Saya tak rajin untuk menuntut ilmu seperti Saidatina Aisyah, saya tak selembut Saidatina Khadijah, saya tak setaat Saidatina Fatimah . Tapi tak mustahil untuk saya dan ' anda ' cuba untuk jadi seperti mereka. InsyaAllah.| Jangan sesekali kita lupakan Al-Quran, takut nanti Al-Quran lupakan kita, siapa nak tolong kita di akhirat kelak? | Doakan mereka yang sedang berjuang mati-matian di Palestin sanaa, insyaAllah sama-sama kita berdoa. | A true dreamer is the one who will never stop dreaming and works very hard to make their dream comes true...
Friday 20 January 2017

Cerpen : Kerana Hijrah dan Pengorbanan.

     Aku seorang lelaki. Nama aku Daniel. Aku punya rupa yang manis dan berkulit hitam manis. Sebelum ini aku membesar seperti orang lain. Ada didikan agama, bekas pelajar sekolah berasrama penuh. Akademik? Bukanlah seseorang yang cemerlang. Biasa. Sempurna seperti pelajar lain. Ada kekurangan itu biasa, seperti mereka yang lain juga punya kekurangan dalam segenap kehidupan.

     Engkau pernah jatuh cinta? Pernah berasa bahawa cinta itu sebuah kehidupan? Pernah terperangkap dalam dosa cinta yang penuh noda? Ikuti kisah aku.

Cinta dan Nafsu

    “Hye” aku hantar mesej dalam Whatsapp.
“Assalamualaikum,” Aliya memberi salam kepadaku. Fuh! Sentap! Aku dan Aliya berkawan baik sejak Tingkatan 4 lagi. Sehingga kini, dia merupakan kawan perempuan yang paling baik dengan aku. Kadang-kadang kami berbalas mesej untuk berbincang pendapat, meluah perasaan dan sebagainya. Namun, sejak Aliya dan aku masing-masing sudah melanjutkan pelajaran ke kolej, kami sudah jarang berhubung. Adapun Aliya akan hanya mencari aku apabila perlu. Aliya juga telah banyak berubah sejak masuk ke kolej. Katanya ingin belajar menjadi wanita solehah yang menjaga ikhtilat.

“Waalaikumussalam, HAHAHA. Deep betul.”

“Ha, kenapa?”

“Takde, saja. Kau sambung degree bila eh?”

“Em, dalam bulan Sembilan ni masuklah. Kau doakan aku eh. Em, kau lagi setahun kan dekat kolej. Aku doakan kau boleh bertahan lagi setahun. Nanti kau susul aku pulak masuk universiti.”

“Em sebenarnya Aliya, aku dah tak belajarlah. Aku dah berhenti belajar.”

“What?! Kau melawak eh?”

“Aku tak melawak Aliya. Aku dah berhenti. Sekarang aku tengah kerja. Kumpul duit untuk apply diploma pulak.”

“Kenapa berhenti? Tak boleh bawak ke subjek kolej? Aku faham susah. Tapi kau pun, sebelum nak berhenti tanyalah aku dulu. Cerita dulu ke apa.”

“Kau pandai takpelah. Takpe, aku kumpul duit mula balik belajar lepastu kahwin dengan tunang aku tu”

“Yelah tu. Tunang? Kau tak habis-habis. Kan aku dah cakap dekat kau, tunang tu yang buat betul-betul majlis pertunangan tu, ini kau setakat cakap dengan dia nak kahwin je pun. Ini bukan dikira bertunang.”

“Hahaha. Aku tahulah. Alah kau dulu tolak cinta aku. Kalau tak sekarang kau lah tunang aku.”

     Aku pernah meluahkan perasaan aku kepada Aliya sewaktu Tingkatan 4 tetapi Aliya menolak perasaan aku. Sekarang, aku bercinta dengan seorang perempuan yang aku kenal sejak sekolah jugak, sewaktu Tingkatan 5. Dia satu-satunya perempuan yang tidak pernah menolak perasaan aku. Ya, dia satu-satunya. Bayangkan selama aku di sekolah menengah, aku pernah menaruh perasaan kepada seseorang selain Aliya, tetapi ditolak jugak mentah-mentah! Bahkan Aliya juga menolak perasaan aku ! Tetapi orang pertama yang menerima perasaan aku ialah orang yang aku anggap sebagai tunang walaupun pada dasar Islam tidak ada istilah tunang dalam hal ni.

……………………………………………….

“Aliya, kau lahir bulan Aprilkan? Kau suka apa?” aku menghantar mesej Whatsapp kepada Aliya pagi itu.

“Hmm, kau nak belikan aku hadiah ke? Aku suka teddy bear. Cokelat.”

“Aku nak belikan teddy bear besar kat tunang aku.”

“Gilalah kau ni. Teddy bear besar tu mahal lah.Ingatkan tanya sebab nak belikan kat aku. Dia lahir sama bulan dengan aku ke? Kalau sama, tak bermaksud apa yang kami suka pun sama.”
“Hahaha.”

Selepas beberapa hari,

     “Aliya *Emoji sedih*…”

“Dah kenapa? Bukan haritu kemain happy sangat.”

“Aku taktau kenapa, tunang aku dah dapat teddy bear tu tapi dia marah sangat. Katanya, aku membazir beli benda yang mahal macam ni. Teruk dia marah dan merajuk.” Aku mengadu pada Aliya sambil menghantar screenshot perbualan aku dengan ‘tunang’ aku.

“*membaca pada skrin perbualan tersebut* . Hmm mungkinlah dia patut tegas sikit sebab mahal teddy bear tu. Tapi tak perlulah marah teruk sangat sampai nak kembalikan hadiah kau tu. Ish Daniel, aku nak cakap sikitlah. Kau tahukan couple ni salah. Lepastu kau ni ikut sangat rentak dia. Kau rela kena marah apa semua. Kau ni layak orang yang lebih baik tau.”

“Aliya, aku ni bukanlah orang yang baik sangat.”

“Daniel, aku kenal kau dari dulu lagi. Kau memang baik. Nakal tu perkara biasa lah. Remajakan?”

“Tak Aliya. Kau taktau apa yang jadi kat aku. Aku ni teruk. Aku ni jahat. Kau nak tahu ke apa yang aku pernah buat?”

“Alah kau ni. Over sangatlah. Kenapa ni? Kau nak cerita apa? Aku baca.”

“Aku sebenarnya…”

“Sebenarnya?”

“Aku pernah terlanjur…”

     Aliya diam. Tidak membalas. Aku tahu dia mesti terkejut. Memang mustahil lah dia nak percaya. Aku sendiri tidak percaya pada mulanya aku boleh terjerumus ke lembah zina. Aku ini bukanlah pelajar nakal di sekolah. Sekolah aku pun sekolah yang ternama. Didikan agama pun boleh tahan mantap di sekolah aku. Kehidupan aku juga macam orang lain. Macam engkau di luar sana mungkin? Tetapi sampai satu ketika, aku sendiri tidak menyangka aku pernah berzina.

“Aliya. Itu dulu, aku dah berubah. Aku dah bertaubat. Aku menyesal sangat atas apa yang aku buat. Hidup aku dah tak sama sejak benda tu berlaku.”

“Aku faham. Daniel, kau kawan aku. Aku kenal kau macam mana tapi aku tak sangka benda macam ni boleh jadi. Kalau aku tahu, waktu kau kenal perempuan tu awal-awal lagi aku dah suruh kau hentikan. Jangan couple. Aku tak sangka boleh jadi macam ni. Aku dah gagal . Aku dah gagal bertanggungjawab sebagai seorang kawan.”

“Aliya, kau tak salah. Aku yang salah.”

“Boleh kau cerita kat aku apa yang jadi?”

      Aku mengimbas kembali apa yang berlaku pada malam itu. Kekasih aku yang aku anggap ‘tunang’ namanya Zulaikha. Malam itu Zulaikha baru pulang sempena cuti sem dari universiti. Aku telah berjanji dengannya untuk menjemputnya di stesen bas. Aku menjemputnya dengan kereta. Pasti engkau tertanya-tanya mengapa aku yang menjemputnya? Mengapa tidak ibu bapanya atau ahli keluarganya? Zulaikha hidup hanya dengan ibunya dan seorang kakak. Hidup mereka serba kekurangan. Kakaknya sibuk bekerja, ibunya pula sakit dan hanya berada di rumah. Jadi, jika bukan aku yang menjemput Zulaikha, pasti dia terpaksa menaiki teksi dari stesen bas untuk ke rumah.

    Sewaktu di dalam kereta. Aku memandu dan berbual dengan Zulaikha seperti biasa. Senyumannya indah. Wajahnya putih mulus. Aku amat merinduinya setelah sekian lama tidak berjumpa. Entah mengapa, tiba-tiba aku berhenti di tepi jalan. Di suatu tempat yang agak terpencil dan gelap. Aku mula memandang Zulaikha. Pada asalnya aku hanya memandang dengan perasaan rindu namun entah mengapa perasaan rindu itu bertukar menjadi nafsu. Aku mula menyentuh tangannya. Zulaikha hanya diam dan terkedu. Mungkin tidak tahu mahu membuat reaksi apa atau mungkin hanya berdiam kerana mahu menjaga hati aku. Selepas aku menyentuh tangannya, entah bila dan bagaimana akibat nafsu yang tidak dapat aku kawal itu, dengan sekelip mata perkara terjadi dengan amat pantas. Aku tidak ingat bagaimana aku dan dia boleh melakukan perkara itu. Sekelip mata. Semuanya berlaku dengan sangat pantas. Seingat aku Zulaikha ada berkata-kata.
“Daniel…”

“Takpe baby, kejap je”

     Ya Allah, ampunkanlah dosa hambamu ini ! Hinanya aku ya Allah ! Aku telah meragut satu-satunya mahkota wanita. Sewaktu kejadian, entah bila perlakuan kami ditangkap oleh seorang polis. Kebetulan seorang polis lalu di tempat kejadian. Mungkin Allah tidak membenarkan kami bergelumang lama dengan maksiat ! Aku dan Zulaikha tertangkap. Kami menangis. Aku sendiri tidak menyangka begitu cepat, aku mampu melakukan hal sedemikian. Perkara yang sangat dikeji. Aku terasa badanku sangat jijik. Aku melihat Zulaikha yang sedang teresak-esak . Maafkan aku, maafkan aku .

     Setelah dimarah teruk oleh anggota polis itu dan dia juga siap menghubungi ayah aku dan kakak Zulaikha, kami merayu agar dilepaskan. Kami merayu agar perkara ini tidak disebarkan atau dilaporkan kepada jabatan agama Islam. Akhirnya , mungkin kerana melihat kami yang punya masa depan yang masih panjang, anggota polis tersebut melepaskan kami dengan syarat aku dan Zulaikha wajib bertaubat.

    Teruk aku dimarahi ayah aku. Ampunkan abang ayah. Abang berdosa. Abang malukan ayah. Aku terfikir, jika aku dimarahi sebegini teruk apatah lagi Zulaikha, pasti dia dimarahi teruk oleh kakaknya yang bengis.

     Sehingga kini, perkara ini telah dirahsiakan daripada ibu aku dan adik-adik aku juga ibu Zulaikha. Aku tak sanggup melihat reaksi ibu aku jika dia tahu dan pastinya Zulaikha tidak sanggup melihat ibunya yang sedang sakit itu tahu akan apa yang telah mereka lakukan. Hanya seorang sahabat aku sejak sekolah sehingga kolej sahaja yang mengetahui perbuatan aku dan sekarang, Aliya telah pun mengetahui aib yang selama ini aku simpan.

“Semuanya berlaku dengan sangat cepat Aliya. Sampai sekarang aku rasa diri aku ni sangat jijik.”

“Daniel, jangan cakap macam tu. Kau dah bertaubat. Kau dah berazam takkan ulang lagi salah kau. Sebesar mana pun dosa kau, Allah itu Maha Pengampun. Allah tu akan terima taubat hambanya. Lagi kau bersungguh-sungguh lagi Allah nak kau kembali ke jalan Dia.” Aliya menangis. Dia berasa sangat kesal, kesal dengan diri sendiri kerana membiarkan kawan terjerumus ke lembah hina.

“Hidup aku dah tak sama macam dulu Aliya. Sejak benda tu jadi, hidup aku huru-hara. Pelajaran aku hancur. Aku kena buang kolej sebenarnya atas keputusan aku yang sangat teruk dan memang dah takde harapan. Aku bukan berhenti kolej, aku dibuang.”

“Ya Allah, maafkan aku Daniel. Aku tak tahu benda ni jadi kat kau. Kau tak pernah cerita. Bila aku whatsapp kau cakap pasal exam kolej kita yang selaras semua negeri, patutlah kau macam mengelak. Maafkan aku.”

“Takpe Aliya. Kau tak salah apa pun. Aku yang tak bagitahu kau awal-awal. Aku tak nak ganggu prestasi kau kat kolej.”

“Sekarang, hidup kau macam mana? Siapa yang bimbing kau? Kau tak boleh bergerak seorang Daniel. Kau perlukan orang untuk bantu kau. Kau perlukan kawan lelaki yang kuat ilmu agama, kuat akidah untuk bantu kau. Aku tak boleh ada dengan kau. Aku perempuan Daniel. Kau kena cari kawan macam tu. Ha, Lutfi ! Lutfi kan baik dengan kau? Dia tahu tak pasal ni?”

      Lutfi? Lutfi merupakan kawan baik aku sejak sekolah menengah. Dia memang baik dan alim. Dia juga seorang yang kacak dan diminati ramai. Walaupun kami berkawan baik, perangai dia sangat berbeza dengan aku. Kalau Lutfi tahu, bolehkah dia terima aku?

“Aku belum bagitahu dia.”

“Kau belum bersedia ke Daniel? Aku tak paksa kau, tapi kau kena ingat yang bila kita nak berubah ni, kita takkan kuat kalau bersendirian. Kita perlukan bantuan. Aku yakin Lutfi tu boleh bantu kau.”

“Baiklah Aliya, sampai masanya aku bagitahu dia.”

“Daniel, kenapa tak kahwin?”

“Aku tak mampu Aliya. Lepas apa yang jadi, aku memang terfikir nak mengahwini ‘tunang’ aku tu tapi, dia tak nak. Dia still nak belajar. Dia nak capai impian dia dulu.”

“Hmm macam tu ke. Kau kata kau dah bertaubat, tapi kenapa kau still couple dengan dia? Aku tak nak benda yang sama berulang !”
“Aku tak boleh tinggalkan dia Aliya. Kau gila ke? Lepas apa yang aku buat dekat dia, kau ingat senang-senang je aku boleh tinggalkan dia? Aku kena bertanggungjawab Aliya. Aku dah ragut satu-satunya mahkota yang dia ada, aku tak boleh tinggalkan dia macam tu je. Hidup dia bukan senang Aliya. Dia hidup susah. Mak dia dahla sakit tenat. Kakak dia pulak asyik marah-marah dia je sejak kejadian tu. Layanan kakak dia dekat dia dah teruk sejak apa yang jadi. Dia ada siapa je dalam dunia ni yang boleh dia bergantung? Sebabtu aku kerja sekarang. Ada je duit, aku simpan untuk belajar dan juga untuk tampung hidup dia. Aku tak boleh tinggalkan dia.”

“Hmmm…Kau memang baik Daniel. Kau lelaki yang bertanggungjawab. Mak dia tak tahu pasal apa yang jadi tapi mak dia tahu pasal Zulaikha couple dengan kau?”

“Tahu tapi mak dia tak suka aku. Aku ni tak pandai, takde rupa. Tak sekaya yang mak dia harapkan dia dapat. Tapi aku tak pernah kisah pun semua tu asalkan aku dapat pastikan dia hidup senang. Sampai sekarang, mak dia tak tahu yang dia still contact dengan aku. Mak dia pun tak tahu aku bagi duit dekat dia. Mungkin mak dia expect duit tu datang daripada kakak dia dan dari pinjaman.”

“Daniel, kau betul-betul kuat. Baru umur macam ni kau dah boleh bekerja dan tampung kehidupan orang yang mak dia sendiri tak dapat terima kau.”

Ya Allah, moga Allah ampunkan dosa Daniel. Berkatilah pengorbanan dia ya Allah….


Apakah sambungan cerpen ini? Apa yang terjadi pada Daniel sekarang? Adakah dia berterusan tabah dalam menampung kehidupan Zulaikha pada masa yang sama kembali mencari jalan yang diredhai Allah? Kalau hampa suka cerpen ni sila komen untuk mahukan sambungan cerita ini. Kalau takda sambutan, Hana nak simpan buat pekasam sambungan dia muehehehe. Moga penulisan aku diredhai Allah.

0 comment: