Saya tak rajin untuk menuntut ilmu seperti Saidatina Aisyah, saya tak selembut Saidatina Khadijah, saya tak setaat Saidatina Fatimah . Tapi tak mustahil untuk saya dan ' anda ' cuba untuk jadi seperti mereka. InsyaAllah.| Jangan sesekali kita lupakan Al-Quran, takut nanti Al-Quran lupakan kita, siapa nak tolong kita di akhirat kelak? | Doakan mereka yang sedang berjuang mati-matian di Palestin sanaa, insyaAllah sama-sama kita berdoa. | A true dreamer is the one who will never stop dreaming and works very hard to make their dream comes true...
Monday 30 May 2016

Resipi : Ayam Goreng Berkerak

Hyep assalamualaikum !

Sorry haritu janji nak share banyak resipi tapi alih-aih baru dua ja masuk kalini haha. Masak tu rajin yang tak rajinnya nak menulis balik apa yang kita masak. Kan kan. Korang pun mesti macam tulah. Ok harini memandangkan Hana rajin sikit ja pastu resipi kalini pun senang dan sangat simple so Hana rajinlah nak tulis.

Bahan-bahan

7 ketul ayam.
Dua biji telur.
Tepung jagung.
Rencah Maggie Cukup Rasa.
Garam secukupnya.
Lada hitam.

Cara-cara memasak

1. Lepas dah basuh ayam tu, korang salutkan ayam-ayam tadi tu dengan dua sudu tepung jagung. Nak lebih sikit pun takpa.

2. Lepastu pecahkan telur tadi tu atas ayam yang dah disalut dengan tepung jagung tu. Salutkan pulak dengan telur. Bagi celup-celuplah kena telur tu.

3. Dahtu buh garam cukup rasa and then buh Rencah Maggie Cukup Rasa ikut korangla nak buh banyak mana. Hana main campak ja. Tapi jangan banyak sangat kang masin pulak. Boleh ja tak pakai maggie cukup rasa ni. Kalau korang ada pilihan rencah lain yang korang selalu pakai pun boleh buh macam Known Pasti Sedap tu ka .

4.  Lepastu buh lada hitam kat atas ayam-ayam tu secukupnya. Lepastu goreng sampai garing ! Dah siap !


Kerak tak banyak sebab adik-adik dah telan.





0 comment: