Saya tak rajin untuk menuntut ilmu seperti Saidatina Aisyah, saya tak selembut Saidatina Khadijah, saya tak setaat Saidatina Fatimah . Tapi tak mustahil untuk saya dan ' anda ' cuba untuk jadi seperti mereka. InsyaAllah.| Jangan sesekali kita lupakan Al-Quran, takut nanti Al-Quran lupakan kita, siapa nak tolong kita di akhirat kelak? | Doakan mereka yang sedang berjuang mati-matian di Palestin sanaa, insyaAllah sama-sama kita berdoa. | A true dreamer is the one who will never stop dreaming and works very hard to make their dream comes true...
Sunday 4 January 2015

Garisan Halus : Bab 4

BAB 4 : GARISAN HALUS

“Aisyah, kau pasti takde barang yang kau tinggalkan?” soal Aminah sambil membetulkan tudungnya. Sudah 10 minit agaknya dia membetulkan tudungnya tetapi ada sahaja yang tidak kena.

“Alhamdulillah semua dah bawa rasanya. Ha, kau tu Mina dari tadi asyik tiup-tiup je tudung tu. Tak jadi lagi ke tudung tu?”

“Tak. Aku tak tahu la kenapa harini juga dia nak buat hal. Kembung pulak tudung ni.”

“Alah, kau bukan nak pergi dating ke ape. Kau nak hantar aku je kan?”

“Yelah, tapi macam kau tak kenal perempuan. Kalau kau pun mesti geram kalau tudung tak jadi.”

“Sini aku tengokkan. Bismillahirahmanirrohim. Ha, kan dah jadi?” Aisyah membetulkan tudung Aminah dengan lembut sekali beserta bacaan ‘bismillah’. Akhirnya tudung Aminah ‘jadi’ seperti yang dimahukan.
   
Hari ini merupakan hari terakhir Aminah bersama Aisyah. Aisyah akan bertolak ke Mesir pada hari ini dan sudah pasti Aminah mahu kelihatan cantik untuk kali terakhir dia bersama sahabatnya. Bukanlah kali terakhir yang membawa maksud berpisah selama-lamanya tetapi maksud terakhir tu bagi Aminah ialah terakhir dia belajar, bergelak-tawa dengan Aisyah dan mendengar nasihat Aisyah. 3 tahun kot Aisyah pergi. Entah apalah yang lama sangat dibuatnya di sana, fikir Aminah.

....................................

     “Mina, jaga diri kau tu baik-baik ya. Jangan nakal-nakal waktu aku takde. Jangan buat benda-benda yang Allah larang. Buatlah baik-baik dengan Rahimah ye?” lembut Aisyah berpesan kepada Aminah.

“Yela yelah. In sha Allah, aku jage diri aku bebaik. Kau tu ha pun sama. Jaga iman ek kat sana. Yelah, tempat orang kan. Kita tak tahu apa yang bakal jadi. Aku takut. Aku risaukan engkau Aisyah,” Aminah cuba menguatkan hatinya supaya tidak menitiskan air mata di depan Aisyah. Tak ‘macho’ lah kalau dia menangis.

“In sha Alah, kau doakan aku ye. Fi hifzillah Aminah,” Aisyah meleraikan pelukan mereka lalu menarik begnya yang agak besar. Dia berjalan meninggalkan Aminah dan juga keluarganya

   Sayu hati Aminah. Terasa bagaikan satu hentakan yang kuat di hatinya apabila melihat Aisyah berlalu pergi. Ish, siapalah agaknya yang nak support dia nanti bila dia ada masalah? MasyaAllah, sungguh engkau uji aku kali ini Ya Rabb.

..................

“Hai Aminah !” sapa satu suara yang agak garau. Kalau garau tu lelaki punya suaralahkan. Tak mungkin perempuan, fikir Aminah.

“Hai. .. Er.. Zharif? Kau buat ape kat sini,” soal Aminah agak terkejut. Aminah sememangnya kenal dengan jejaka yang bernama Zharif ini. Sememangnya seorang yang agak popular . Siapa tak kenal? Nama yang selalu disebut-sebut oleh mahasiswi di sini , tetapi agak pelik secara tiba-tiba dia disapa oleh jejaka ini. Berkenalan pun tak pernah?

“Saja ja. Aku suka tengok kau. Kau comel, dah lama aku teringin nak berkenalan dengan kau. Lagipun kau pelajar first year kan?” soal Zharif dengan riak wajah yang sungguh menggoda.

‘Ah, handsomenya mamat nih !’ jerit hati Aminah. ‘Ish, tapi aku tak boleh cair nih. Ni semua tipu helah buaya darat yang jarang masuk sungai nih! Eh, ape aku merepek?’

“ Awak suka saya? Lawaknye. Sorrylah Encik Zharif. Saya takde masa untuk semua ni. Saya dah berpunya,” jawab Aminah selamba. Jual mahal jugak aku ni walaupun tak berpunya lagi, fikirnya.

“Yeke? Kalau macam tu takpelah. Haha, aku gurau je! Aku sebenarnya nak tackle budak-budak perempuan kat sini so that diorang boleh siapkan assignment  aku ni. Tak sangka kau ni lain pulak. Kalau budak lain confirm cair!”

“Maksud kau bila diorang cair, diorang sanggup tolong siapkan assignment kau ke?” bertukar pulak gelaran Aminah ke ‘kau aku’.

“Ha’ah. Aku memang selalu buat macam tu. Kuat jugak iman kau. Jarang nak jumpa perempuan macam kau.”

‘Ini bentuk pujian ke? Heh, nak seronok ka apa ni.’ Fikir Aminah.

“Yeke? Aku ni kuat iman? Tak semestinya aku tolak maksudnya aku ni kuat iman. Banyak je perempuan alim yang akan tolak kau berbanding aku. Ha yang kau ni, tak baik la nak mainkan perasaan perempuan macam tu. Mesti budak lain ingat kau suke diorang. Seriously aku tak setuju cara kau buat macam tu. Kalau nak orang lain buat assignment kau, bayarlah diorang. Kan senang? Daripada buat bende yang berbentuk penindasan macam tu,”

“Bayar? Ha’ah bijak jugak otak kau nih. Kau selalu duk buat ek?”

“Aku? Mestilah aku buat hahaha.” Aminah termalu sendiri kerana mengaku. Ish ish.

“Dah agak. Anyway aku Zharif . Jangan lupa nama aku. Kau Aminah, aku akan ingat nama kau. Bye, see ya !”

   Entah kenapa Aminah terasa selesa bergaul dengan Zharif walaupun baru saja berkenalan. Ish, ikhtilat kena jaga ! Pesan hati Aminah.

...........................

“Assalamualaikum ustazah,” Aminah memberi salam tatkala memasuki pejabat Ustazah Shuhada.

“Wa’alaikumussalam, ha duduk,” senyuman Ustazah Shuhada sekali lagi menenangkan hati Aminah.

“Saya panggil awak ni beritahu. Esok, awak akan dapat roommate baru.”

“Roommate baru? Dari mana tu ustazah?”

“Dia tu bekas pelajar sini juga. Cuma dia nak ulang semula exam dia kat sini. Dia gagal di sana, di Mesir,”

“Eh, macam tu pun ade ke?”

“Adalah dah ada. Ustazah nak kamu jagakan dia ye,”

“Jaga dia? Dah sah-sah dia tua lagi daripada saya. Takkanlah saya yang nak kena jaga dia? Dia tu sekarang mesti setaraf dengan budak tahun ketigakan?”

“Nampaknya macam tulah cuma dia dah gagal kat sana. Dia amik final kat sini sajalah. Ulang balik,”

“Hmmmm. Kenapa dia gagal? Tiga tahun kan belajar di sana? Macam Aisyah akan tempuhi sekarang?”

“Entahlah Aminah, nanti kamu tahulah.”


“Harap-harap Aisyah ke sana tak gagal macam dia.”

Tapi apa sebenarnya gagal yang dimaksudkan ustazah?

-Assalamualaikum, Hana mintak maaf banyak-banyak sebab lambat update. 

0 comment: