Saya tak rajin untuk menuntut ilmu seperti Saidatina Aisyah, saya tak selembut Saidatina Khadijah, saya tak setaat Saidatina Fatimah . Tapi tak mustahil untuk saya dan ' anda ' cuba untuk jadi seperti mereka. InsyaAllah.| Jangan sesekali kita lupakan Al-Quran, takut nanti Al-Quran lupakan kita, siapa nak tolong kita di akhirat kelak? | Doakan mereka yang sedang berjuang mati-matian di Palestin sanaa, insyaAllah sama-sama kita berdoa. | A true dreamer is the one who will never stop dreaming and works very hard to make their dream comes true...
Wednesday, 11 May 2016

Resipi Udang Butter Cheese

Hyep assalamualaikum!

Harini Hana nak share resipi paling senang untuk masak udang. Mestilah udang masak butter plus cheese ! Yang baru nak belajar masak pun boleh je masak udang butter ni tau.

Bahan-bahan

Buttercup (dalam 1/4)
Cili padi 3 (saiz kecil, boleh tambah kalau nak pedas lagi)
Bawang putih 3 ulas (boleh tambah kalau suka)
Udang 16 ekor.
Susu sejat.
Sekeping cheese keping.(cheese Mozarella, Cheddar ke yang bukan jenis kepingan pun boleh)

Cara-cara memasak

1. Sediakan bahan untuk tumis dulu macam cili padi dan bawang putih yang korang dah hiris. Tumiskan bawang putih dan cili padi tadi. Tumiskan dengan minyak boleh, dengan butter pun boleh. Buh butter cukup untuk tumiskan bahan tumisan tadi dulu. *kalau guna butter untuk tumis, pastikan api perlahan takut butter hanguih.

2. Lepas bahan tumisan dah naik bau, korang masukkan buttercup yang 1/4 tadi tu. Api sedang-sedang je kot. Tak perlu api besar. Nanti hanguih pulak butter ngan bawang.

3. Dah cair butter, masukkan susu sejat tadi agak-agak yang banyak mana korang nak kandungan kuah dia. Kalau korang nak udang butter korang berkuah, buhla susu sejat tu dalam setengah mug. Kalau nak yang jenis kering, buh sikit sudah dalam 1/4 mug.

4. Masukkan 16 ekor udang korang tadi. Ni resipi Hana buat untuk 16 ekor udang. Kalau korang pakai udang kurang sikit atau lebih, kena pandai agak nak buh susu sejat tadi. Tapi boleh ja banyak mana.. Rasa dia tetap sama.

5. Tunggu sampai udang nampak kemerah-merahan tu, lepastu masukkan cheese ! Sebenarnya cheese ni ikut koranglah nak masukkan banyak mana. Tapi nanti pekat dan berlemak sangatlah kalau banyak. Sebabtu Hana just masukkan sekeping cheese keping. Dah cair cheese tu. Udang pun dah masak. And siap ! *kalau korang nak kuah dia kering tunggu lama sikit tapi jangan lama sangat sebab udang cepat masak.


Jeng-jeng siappp

Lepasni Hana akan share banyak lagi resipi yang Hana dah masak. Tunggu yaaa ;)

4 comment:

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

Fuhhh ok boleh cuba ni =)

zafirah nazri said...

patut cari cheese ritu yerrrrrrr . okay , nampak sedap :)

Hana said...

@ainayazid silalah cuba haha

Hana said...

@zafirahnazri haha ya zaf