Saya tak rajin untuk menuntut ilmu seperti Saidatina Aisyah, saya tak selembut Saidatina Khadijah, saya tak setaat Saidatina Fatimah . Tapi tak mustahil untuk saya dan ' anda ' cuba untuk jadi seperti mereka. InsyaAllah.| Jangan sesekali kita lupakan Al-Quran, takut nanti Al-Quran lupakan kita, siapa nak tolong kita di akhirat kelak? | Doakan mereka yang sedang berjuang mati-matian di Palestin sanaa, insyaAllah sama-sama kita berdoa. | A true dreamer is the one who will never stop dreaming and works very hard to make their dream comes true...
Friday 20 March 2015

Jangan Hanya Berdiam. Kongsi !

Hyep assalamualaikum !

Panas sungguhkan harini, ish ish . Eh, nanti ada orang akan cakap 'panas lagi kat padang mahsyar'.

Ambui. Hihi. Panas-panas cemni panas lagi hati Hana nak bersuara nih.

Ramai sekarang ni Hana tengok alhamdulillah dah berubah. Ya, ramai yang dah berubah. Mula bertudung labuh semua. Mula pakai stoking. TAPI  ! Ha, ada tapi tu. TAPI ini tidak bermaksud korang terlepas daripada tanggungjawab korang sebagai seorang Muslim Muslimah.

Sedang kita seronok dengan perubahan kita, kita rasa selesa. Lupakah kita ada lagi saudara-saudara seislam dengan kita yang masih di belakang. Masih keliru dalam kehidupan depa. Uish cenna tu?


Ada yang masih tak tutup aurat lagi. Ada yang masih solat tak cukup lima waktu lagi. Ada yang kurang ilmu agama. Takkan kita nak biar ja depa terkapai-kapai dalam dunia ni? INGAT. Kita ni share satu bumi, share satu ayaq ( yang mai dari laut tu). Share jenis oxygen yang sama.

Takkan ilmu tamau share kot? Bila kita dah berubah tu bermaksud ilmu kita dah mula bertambah. Pehtu nak buat? Nak peram buat pekasam? Kongsilah dengan kawan-kawan. Tarbiyah weyhh. Bukan bermaksud kalau kita banyak bercakap, banyak beringat dengan kawan-kawan kita ni annoying. Dak ehh sapa cakap macam tu mentaliti dia tu kena campak ke laut.

Kononnya kalau kita dah berubah, kita kena jadi pendiam ja. Diam angguk geleng-geleng. Pastu apa yang kita keluarkan? NOTHING. Memang Islam ajar kita supaya banyak berdiam. Tapi berdiam kalau tadak benda penting nak cakap. Kalau ada perkara atau ilmu kita nak share, takkan nak diam kot?



Hana tengok mentaliti masyarakat kita sekarang suka ingat orang yang banyak bercakap ni annoying. Orang yang banyak berdiam ni baik. Tak salah berdiam, tapi dengan berdiam kita dapat sumbang apa-apa ka dekat Islam? ADAKAH PEJUANG HANYA BERDIAM DIRI?

TIDAK.

Yang namanya pejuang tu dia kena banyak usaha. Banyak menyumbang. Jangan hanya berdiam. Tolong kawan-kawan kita yang terkapai-kapai tu sama. Bila kita ingatkan orang maka kita akan sentiasa beringat kat diri sendiri jugak. MALU? Tu ha Moment Wechat ada, Instagram, Twitter, Facebook. GUNAKAN ia untuk dakwah . Bersuara. Kongsi ilmu dengan kawan-kawan.


Monday 16 March 2015

Bercinta gaya barat. Islamkah kita?

Hyep assalamualaikum !

Lamanya nya nya nyaaa tak update blog. Dahla tak update cerita Garisan Halus tu. Mohon maaf ya. Haha. Haritu lepas result ada kem. Lepastu ada macam-macam event nak kena pi KL lah balik mai Penang pulak. Hambui, sibuk beno.

Bercinta gaya barat. Islamkah kita sebenarnya ni?

Tanya pada diri anda.

Aku pernah bercinta tak? Pernah. Siapa yang tak pernah. Even sebaik-baik manusia pun pernah bercinta. Cuma depend pada ujian seseorang. Ada yang Allah uji dia tak pernah couple. Acey kononnya dia tak pernah bercinta, just crush crush kat orang ja. Katanya aku suci sebab tak pernah couple. TAPI dia tak sedar. Allah uji dia kot lain. Allah uji dia dengan aurat, Allah uji dia dengan kpop. ADA ja orang yang tak pernah bercinta diuji dengan lain cara.

Kenapa ya Hana cakap BERCINTA tu kita sedang diuji? Bukannya maksud Hana, Tuhan uji iolls sama ada uolls cintakan iolls tak gittew kejadah tu bukan. Masing-masing dah besar panjang. Boleh fikir sendiri. Bila kita mula bercinta nafsu ni yang sebelum kahwin ni memanglah namanya diuji. Yalah, cara ni sangat senang nak hampiri zina. Walaupun kita kata ahh tak buat apa pun. I sentuh dia pun tak pernah. EH , JANGAN BERLAGAK. Banyak ja Hana baca dalam newspaper, majalah yang orang baik-baik tak pernah tinggal solat pun boleh terlanjur dengan gepreng dia sebab berduaan.



Hana tahu. Ramai ja antara kita ni yang pernah bercinta atau sedang bercinta. Tak kisahla macam mana sekali pun. Nak bercinta? Hana sebagai kawan, Hana tak halang TAPI Hana tak halang bila umur hampa dah besar panjang . Ramai ja kahwin awal kan. Dah 20 tahun pun kahwin dah. So tak boleh nafikan lah umur 18 macam ni hampa terfikir nak kahwin nak carik pasangan tapi at the same time hampa study. Tu ikut suka hampa lah nak buat apa pun.

CUMA, Hana nak tegurlah. Tak kisahlah siapapun. Kita ni bukan mainlah, bercinta macam BARAT.. Macam mana tu?

Minum air kongsi straw, Kononnya sweetlah.

Simpan habis gambar-gambar gepreng boypreng dalam fon. Sampai gambar dia bersin pun hampa simpan. Takpa, kononnya sweetlah. Love is blind. Even your face the ugliest but I can still look at you like youre the prettiest.  Come on lah, adik hang bersin kat muka hang pun hang marah-marah. Ni orang yang tiada kaitan dengan hang pun hang sanggup. Kita ni terpengaruh dengan ayat-ayat orang Barat duk cipta. Sedarkah kita?

Asyik-asyik date. Kepebenda jadah puii apa lah hampa duk buat. Tak bosan ka weyhh? Asyik-asyik jumpa. Sembang apa pun taktau. Kononnya bercinta macam bestfriend. Cerita semua benda sebab hampa anggap pasangan hampa macam kawan baik. Ayat barat. The best thing about love is the couple act like bestfriend. Barat jugak. Cuma hampa translate ja. Islam tadak ajar eh semua tu.

Date ni jugak Hana nak tegur. Tolonglah. Kita orang islam kan? Apa perasaan hampa bila duduk dekat-dekat dengan yang bukan mahram? Yang perempuan tiada rasa malu ka? Tak takut ka? MasyaAllah. Kita tak kisah duduk sebelah dengan yang bukan mahram bahu kena bahu . Tadak apa ka bagi hampa? Tolonglah fikir. Malulah. Ada orang yang sampai punyalah nak lalu sebelah lelaki pun takut inikan pulak kita? Kita tadak rasa MALU ka? Kawan-kawan, Hana tanya ni. TAK MALU ka?



Allahu. Kalau tak malu. Malulah dengan Rasulullah. Sedih kalau dia tengok umat yang dia sayang buat macam ni. Orang lain sedang bertungkus lumus nak hafal AL QURAN. Kita buat perkara yang memalukan.

Tak salah bercinta. Tapi biarlah betul. Bercinta ni kalau betul dah nak kahwin, dengan cara yang betul lah perhubungan kita tu. Tak bodoh aih kalau tak ikut BARAT. Hana pun pernah jahil dulu. Sama-samalahh kita beringat.