Saya tak rajin untuk menuntut ilmu seperti Saidatina Aisyah, saya tak selembut Saidatina Khadijah, saya tak setaat Saidatina Fatimah . Tapi tak mustahil untuk saya dan ' anda ' cuba untuk jadi seperti mereka. InsyaAllah.| Jangan sesekali kita lupakan Al-Quran, takut nanti Al-Quran lupakan kita, siapa nak tolong kita di akhirat kelak? | Doakan mereka yang sedang berjuang mati-matian di Palestin sanaa, insyaAllah sama-sama kita berdoa. | A true dreamer is the one who will never stop dreaming and works very hard to make their dream comes true...
Friday 27 December 2013

Senior year.

Hyep assalamualaikum !

'Weyhh, aku senior la next year ! Yahoooo, aku boleh buat apa ja !!! '

'Haa, tahun depan aku dah senior, hamekaww junior-junior yang kuajiaq ngan aku tu. Aku nak balas dendam. Muahahaha *gelak jahat* '

'Kita senior weyhh tahun depan ! Syok auhh ada orang nak respect kat kita ! '

Ohhh wait wait, apa maksud semua ni? Senior ? Junior respect? Boleh buat apa ja? Boleh balas dendam? Are you serious? *angkat kening*

Hampa tau ka apa maksud senior? Tau ka ? Besar sangat ka pangkat 'SENIOR' tu dalam hidup kita? Tahukah kamu bahawa ada yang lebih tua daripada kamu? Form five tu 17 tahun der. Yang 18 tahun tu apa? Seseniorkah? Oh kiranya kalau orang yang tua daripada kita dah keluar dari sekolah, kira kita yang paling besarlahh? Come on guys, tak perasanka apabila kita digelar senior tu bermakna itu satu ujian daripada Allah buat kita? Besar wohh tanggungjawab kita sebab apa yang kita buat akan menjadi contoh kepada adik-adik. Am I right?

Bismillahirahmanirrahim.. Izinkan Hana berkongsi dengan kawan-kawan.

Tegas tapi beradab.

Bila kita jadi senior, yaa, mesti wujud perasaan dalam diri kita nak junior respect kita so bertegaslah sebagai seorang senior. Tegas tu macam mana? Kalau adik2 buat salah, tegur dengan cara yang baik macam Rasulullah selalu buat tapi tegas. Haa, dah tegas tu pulak mestilah beradab. Janganlah pulak kita mencarut-carut kat adik2. Marah pulak, marah gila-gila macam orang yang kehilangan akal. Lebih-lebih lagi perempuan, jaga mulut kita wahai kaum hawa.

Bagi salam.

Amalan junior memberi salam kat senior di asrama . Haa, rasanya semua sekolah ada kan amalan ni? Ya, memberi salam sesama saudara seislam itu adalah sangat mulia tetapi kita sebagai senior jangan asyik nak harapkan adik-adik bagi salam kat kita. Cuba kita bagi salam pulak kat adik-adik? Depa pun saudara seislam jugak. Nampak macam kurang ajar? Kurang ajar sebab senior bagi salam kat junior? Kenapa kurang ajar pulak sedangkan kita buat benda yang dituntut dalam islam? Pemikiran kita biar matang sikit. Ya, Hana mengaku Hana malu jugak tiba-tiba lalu sebelah adik-adik cakap 'assalamualaikum adik' . Hoho disebabkan Hana segan jadi bila Hana nampak adik-adik tengah relax2 dengan kawan dia, Hana datang dekat, bagi salam pastu ajak berbual. Tanya depa sihat tak, bukankah itu boleh merapatkan ukhwah kita?


Hormat cikgu dan orang lain.

Mengikut pemerhatian Hana, ramai dalam kalangan kita sekarang dah kurang rasa hormat kat cikgu. Mengapakah ini terjadi? Kadang-kadang sebab kita rasa kita ni nak dihormati sebab tu sampai cikgu pun kita dah tak hormat. Ingat kengkawan, senior yang baik ialah senior yang disayangi cikgu. Ingat tu. Bila cikgu pun sayang kita, maknanya cikgu respect kita. Begitu juga dengan kawan, bila kita respect kawan, kawan akan buat benda yang sama. Kita nak orang hormat kita, kita kena hormat orang dululah.

Solat.

Allahuakhbar, takkan kot solat pun nak kena suruh? Kita dah besar, pandai-pandai fikirlah benda yang wajib tu mesti kena buat. Kata nak orang nampak kita senior, tapi solat pun takmau. Macam mana nak bagi contoh kat adik-adik? Adik-adik tak solat kita marah, tapi kita tak solat takmau marah diri sendiri ? Tunjukkan contoh yang baik kat orang lain.

Tutup aurat.

Amboi, kemain lagi canang sana sini. Cerita kat orang yang dia ni tak tutup aurat. Adik ni tak pakai stoking. Yang diri sendiri dah cermin ka? Kalau kita sendiri duk buat perangai tak tutup aurat, macam mana adik-adik tak ikut? Haa, ni yang bahaya. Kalau kita nak orang lain nampak sempurna, tunjuk dulu yang kita punn boleh jadi sempurna. Wallahualam.

Jaga hubungan. 

Couple. Benda ni memang tak sah kalau tadak kat sekolah. Kita sebagai senior, kekadang kita bara kan nampak adik-adik dating? Kalau macam tu kita pun janganlah dating. Janganlah couple. Ni tidakk, canang pasal dia kat sana sini kata dia couple lah datinglah. Buat rancangan nak marah  budak tu lah, tapi kita ni yang duk couple ni, kawan-kawan sokong pulak? Apa cerita ni ? Awat? Islam bagi kebenaran ka kat senior couple? Islam bagi kebenaran kat senior nak dating? Tepuk dada tanya mulut sendiri.


Ingat kawan-kawan, terutama batch 97 yang bakal jadi form five 2014. Jadilah orang yang boleh bagi contoh kat generasi yang akan datang. Jangan bagi depa ulangi kesalahan yang kita pernah buat. Buat perubahan mengikut peraturan dan pemikiran yang berlandaskan Islam, insyaAllah Allah jaga hidup kita. Doa-doalah selalu.

'Ya Allah, bagilah aku jadi senior yang baik ya rabb. Amin..'
Thursday 12 December 2013

KAWAN bukan PASANGAN.

Hyep assalamualaikum !

Sorry ehek ehek. Dah lama tak update. Lamalah jugak dah 7 hari T.T Ingatkan nak update seminggu sekali, konon nak bagi peminat sekalian sempat baca dalam masa seminggu. Yelah kan, sekarang ni semua orang duk pakat bercuti. Kutla ada yang missed my entry ke. Kekeke. Biarlah Hana nak perasan sekali sekala, konon ada ramai baca blog Hana but hakikatnya takdepun.

Ok, back to the point. KAWAN bukan PASANGAN. Siapa pernah baca tajuk yang serupa ginilah kat dalam paper Metro dua minggu lepas if Im not mistaken. Ceyhh, tanya jugak kat kau orang nih, muka macam tak pernah sentuh newspaper ja. *muahaha jahat -.- Apa yang Hana nak cerita ni ialah berdasarkan apa yang Hana baca dalam paper, apa yang Hana alami sendiri dan ada yang Hana tengok di sekeliling.



KAWAN bukan PASANGAN atau dalam bahasa omputeh ' Friend but not Lover' . Suka hati ja Hana bagi translation. Kekeke. Maksudnya di sini, jangan harapkan kawan anda untuk menjadi seperti pasangan anda atau nak sedap sikit 'dont expect your friend to be like your boyfriend/girlfriend' Kau orang jangan ingat kengkawan kau orang macam pakwe dan makwe okeyh? Sini mari dekat, mamak mau cerita.

Ada ka orang yang macam tu? Tanya si polan. Bedah pun menjawab, ada, jangan ingat takda. Polan bertanya lagi, macam mana tu? Maksudnya sikap yang macam mana yang membuatkan kita ni sampai nak anggap kawan kita pasangan kita?

Sikap pertama : Anytime, anywhere, bla bla nak bertexting / bermesej.

Nama-nama ini tidak ada kaitan antara hidup dengan mati

Leha : Buat ape? *send*

Bedah : Tak buat apa2 pun. Kau? *send*

Leha : Pun sama. Hehe. *send*

Bedah : :D *send*

Leha : :) *send*

Bedah : *ok, macam dah tadak apa dah. Takpe kut tak balas. lalala*

10 minit kemudian ..

Leha : Asal tak balas? *send*

Bedah : Oh, aku ingat kau dah kehabisan idea >_< *send*

Leha : Mana ade. Aku tunggu kau balas tahu tak. *send*

Bedah : Alahai, sorrylah *sending....message failed...* 'aduhai, pehal pulak ni. Kang tak pasal-pasal Leha mengamuk. Alamak ! Kredit habis. Ayuyuyu.

Leha : Kfine. Suka hati kaulahh ! *send*

Dalam hal ni, takkan setiap masa nak mesej? Ikut orang jugak guys. Kalau macam kawan korang memang suka mesej setiap masa macam Hana ngan Zaf atau Hana ngan Mira, takpelah. Ini tidak, kalau korang sendiri bagi petanda takda idea, memang tak balaslah kawan korang tuu. 



Jealous tak tentu pasal.

Korang tengok kawan korang rapat dengan orang lain. Ok fine, biar jelah bukan dia nak lari daripada hidup korang pun. Selagi kawan tu masih layan kita, okaylah kan? Ini tidak, korang nak konker dia sorang-sorang. Orang lain tak boleh nak baik sangat dengan dia. Hey ! Kawan hang tu bukan laki hang. Hana pun akui Hana pernah mengalami simptom ini, tapi Hana dah cuba buang so alhamdulillah okay ja. Cuma, ingat tau, once kita dah ada kawan baru dan kita baik sangat dengan dia, tolong jangan abaikan kawan lama kita yang pernah tolong kita selama ni. Kesian kawan kan?

Asyik nak berteman.

Pergi mana pun nak kawan kita teman. Pergi situ nak orang teman, pergi sini nak orang teman. Ya, memang kita kawan. Tapi janganlah guna ayat ' macam nilah kawan, ajak teman tanak teman. ' Cuba fikir balik, selama ni kita memang duk teman ka kawan kita pegi mana-mana. Rasanya tak selalu. Macam tulah kat kawan kita, depa ada hak jugak sebagai pengguna. Luls kejadah.


Sebenarnya banyak lagi ciri-ciri orang yang suka anggap kawan tu macam pasangan. Boeh tu ikutla kawan kita, kalau dia memang tak kisah, so go onlahh. Kalau kawan kita sendiri buat-buat ja selesa tapi kat belakang duk mengadu kat orang lain yang dia tak puas hati kat kita, baik kita berubah. Ya, Hana akui Hana pun macam tu jugak kekadang tapi Hana cuba ubah. Hana nak tolong jugak kau orang. Berhati-hati dengan kawan dan jaga perasaan kawan kita. Tapi sebenarnya, kalau orang tu betul-betul sahabat kita dia tak kisah pun perangai kita yang duk anggap pasangan nih. Seriously. :')



Sahabat . Bukan orang yang sentiasa ada kat kita waktu happy ja.. Sahabat ni orang yang selalu ada susah senang kita, selalu doakan kita tanpa kita tahu, walaupun dia tak selalu ada dengan kita tapi bila kita perlukan dia, dia tak pernah menolak. Ingat tu . 

#SayaSayangSahabatSaya. 4S :')


Wednesday 4 December 2013

Muka Bahasa Arab?

Hyep assalamualaikum !

Ana uhibbu enti / I love you . Ainun / Mata . Babun / Pintu. Eh?? Lagi? Yang tu ja Hana tau pasal Bahasa Arab. Malunyaa >_< Ok, sebelum hampa memalukan Hana lagi, Hana adala jugak tahu Bahasa Arab yang hadis punya tapi bukan yang ni semua. Hana bukan budak Arab ! Ok. Tegaskan lagi.


Saya

Hana Shuhada Binti Sarizat Bin Mohd. Nor Bin Ismail Bin ok cukup,

bukan 

budak 

Arab.

Apakah yang membuatkan Hana Shuhada bersuara sebegini rupa? Jeng jeng jeng.

Tersebutlah kisah uda dan dara ~

Kes 1.

Waktu first masuk Mad Jiwa. Entah hapa yang membuatkan mereka semua berfikiran sebegitu rupa. 

'Eh, cenna nak tulis tulisan khat ni? Nak buh 'assalamualaikum' kat depan kelas. Sapa pandai?'

'Kau  tak reti ke Hana? Bukan kau budak sekolah agama ke?'

'Hahh? Sejak bila pulak? Choy, Hana sekolah biasa ja bukan agama -.-'

Kes 2.

*sedang menganggu konsentrasi Ustazah Rusmalina*

Ustazah : Eh dah dah, ustazah busy nih. Hang bukan ada exam Arab kat satgi. Pi la cepat.

Hana : Errkk, sejak bila pulak saya amik Arab ustazah oii. 

Ustazah : Ohyaka, *tengok atas bawah* 

Hana : -.-'

Kes 3.

Kat Kem Kepimpinan Pengawas.

*Sedang khusyuk mendengar ceramah*

Mail Wajdi form 3 : Pssstt, psstt kak Hana.

Hana : Haa?

Mail Wajdi form 3 : Kak Hana tolong sat, kak Hana pandai Arabkan?

Hana : *deyyyy . Haih taklah. Kak Hana mana amik Arab. -.-

Banyak lagi kes yang telah disiasat tapi lupa. Ini ja yang ingat. Kepada manusia-manusia di luar sana, saya bukan budak Arab yah.  Saya sekolah omputeh dulu. Tak belajar Arab -.-' 


Ikhlas, Madam Hana asdghjklllahdfkgjgadlkdfhfkffk, ok enough.

#Hoho, budak Arab >_<
Monday 2 December 2013

Dugaan : Siapa sangka?

Hyep assalamualaikum !

Alhamdulillah tenang ja petang ni. Im waiting for my sushi from my brother and adik.  Pegi Jusco katanya mereka tuh, jalan kaki pulak. Semata-mata nak beli CD game PS2. Al maklumlah yang sorang baru habis SPM, sorang lagi habis UPSR. :P

Bila kita cakap pasal dugaan. Kita tahu, setiap kesulitan pasti berakhir dengan kebahagiaanbut for now, entahlah kebahagiaan apa yang mungkin Hana kecapi? Cerita ni berlaku pada 29 November 2013. Kami satu family happy sangat sebab mak abah nak pergi Bangi amik abang. Yelah, budak tu dah habis sekolah buat apa lagi duduk lama-lama kat situ. Cadangnya lepas amik abang nak tumpang rumah Pak Teh kat Shah Alam, pastu duduklah dalam 3 hari ke, sempatlah pergi jalan-jalan Keyel. Tup tup tup barang abang banyak gileerrr. Haa amekaw, barang dia tudiaaa, nala punya berat-berat nak habaq mai. Sampai kereta pun jadi berat, tayar pun kempis kat bahagian belakang.

Hana : Abang ni bawak apa? adik pun duduk asrama jugak tadaklah sampai banyak barang macam ni -.-.

Abang : Hang tu duduk mana? Duduk Kedah. Aku ni duduk mana?

Hana : Ada beza ka? 

Abang : Ni buku-buku ni semua aku bawak balik kat hang tau, kalau tak aku ingat nak bakar ja.

Disebabkan itu, kami pun tak jadi nak pergi bercuti. Abah kata berat sangat takut bahaya. Lagipun cenna nak berjalan dengan sempitnya barang-barang abang nih. Kami pun dengan rela hati terima kenyataan untuk balik Penang balik. Choyy. On the way balik, tiba-tiba kat Serdang, kereta bunyi pelik gila, kuat pulak tu. Abah pun pergilah singgah kedai repair kereta. Repairlah dalam dua jam. Rosak bahagian belting kejadah apa tah. Aduyai, ni semua sebab barang abang ka? HOHO. Pastu malam tu dalam pukul 9 tiba-tiba dapat call yang tok bah ( belah abah kat Penang ) meninggal dunia. Hmm, setiap yang hidup pasti akan mati. Sedihnya, hmm. Pastu nak balik tu time lepas ja dari Perhentian Tapah, tiba-tiba kereta berasap pastu abah pun berhentikan kat tepi jalan. Dahla malam -.-. Maigadd, giler kau?? Time tu dah pukul 10.30. Kat highway tu kami berdirilah tunggu bantuan PLUS nak tarik kereta. Kereta rosak balik. Entah cenna orang tu repair tadi. Tak reti repair toksah la buat pandaikan? -.-

Belting tu putus-putus macam ni. Inikah yang dikatakan dah repaired?

Nasib baiklah Mak Ngah duk kat Ipoh ja. Mak Ngah pun amiklah kami duduk ja kat rumah Mak Ngah. Time tu dah pukul 12 dah. Ya Allah, dahla tok bah meninggal. Kereta pulak rosak. Huhu. Pukul 2 pagi kami bertolak ke rumah tok kat Penang belah Pulau. Dugaan Allah, siapa sangka? Nasib baiklah kami tak jadi bercuti, kalau jadilah duduk rumah Pak Teh, mesti tak dapat tengok tok bah sebelum dikebumikan. Allah itu Perancang yang HEBAT. :')

Bye bye sekolah abang. :3 

Macam hantu ja gambar nih, memang asalnya gambar ni gelap dah sebabtu buat terus cenni. :3 / with abang.

#Biar pun berat dugaan yang kita hadapi, bersabarlah. :)

Tuesday 26 November 2013

Cerita cuti : Habistu macam mana?

Hyep assalamualaikum !

Sekadar selingan.

Hehehe. Sebut pasal aiskrim, dulu sebelum masuk Mad Jiwa, setiap hari balik sekolah mesti Hana spend my one ringgit to buy an ice cream. Seriously, heaven gilaa. Kekeke. Hana akan beli aiskrim yang macam pisang tu tapi dalam dia ikut nasib kita dapat warna apa. :3

Ok berbalik pada topik asal. Hana tiba-tiba teringat apa yang ustaz pernah cakap dulu. Hana pun tak pasti ustaz mana. Banyak sangat ustaz dalam hidupku ini, tapi yang pastinya ustaz kat High School lah.

Ustaz : Hidup kita ni kena banyak buat amalan. Amalan yang selalu ditanya macam solat, zakat, puasa, sedekah, buat baik kat suami dan bla bla bla.

Hana berfikir sejenak...

Hana : Aqilah, banyak amalan yang penting-penting tu orang dewasa punya. Kita yang kecik-kecik ni duk ada pun solat, puasa.. Yang lain tu zakat semua orang dewasa. Sikitnya amalan kita nanti.

Aqilah : Lahh, amalan sunatkan ada? Solat sunat semua, baca al-Quran... Haa sedekah pun ada. :D

Hana : Ohh, betoi jugak nahh. Kita besar-besar nih kena banyak amalan sunatlah nampaknya. 

Haaa, uolls yang masih bawah umur. Nampak kan? Kita ni besor-besor macam ni kena perbanyak amalan sunatlah nampaknya kan. Haa, yang wajib tu mestilah lagi kena buat. Ini, janganlah pulak buat amalan sunat tapi amalan wajib tinggal. Macam awwr ja. -.- 

Tapi INGAT ! Setiap benda yang kita buat biarlah bersederhana. Janganlah pulak melebih-lebih buat amalan sunat tu. Tak salah tapi, besederhana lebih bagus sebab kita ni manusia, hati ni tak tetap. Biarlah amalan sederhana kita tu beristiqamah. Biar sedikit tapi berterusan. Rasulullah paling sukakan amalan yang berterusan. :)


Selingan.

#Terimakasihsahabat, Aqilah binti Rezali atasperkongsianduludulu. :)
Saturday 23 November 2013

Cerita cuti- 23 November.

Hyep assalamualaikum !

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang, bla bla bla~

Apa hampa buat cuti nih ? Cer kabor. Homework dah siap? Awwrr untunglah dah habis sekolah kan tadak homework *taktau tuju kat sapa sebenarnya, mungkin kak Amanina ngan kak Hanna kuts? LOL.

Ada apa dengan tarikh ni? :) Bagi Hana tarikh ni keramat ouhh.

Tarikh ni buat Hana menangis, frust menonggeng gamaknyee.

Tarikh ni buat Hana berani nak cakap tepon dengan stranger, giler kau? Tahun lepas, tarikh ni malam tu Hana duk bercakap tepon dengan Sufiyana aka Ana Omeyy. Dia tu budak Sakba/ SMS Kepala Batas. Keberanianku membawa kepada kebenaran. Luls.

Tarikh ni buat Hana ehem dengan ehem. Omaigadd sedihnya tamau sebut * terserlah kegedikan.

Tarikh ni buat Hana kenal dengan budak tecikk yang memang kecik pun. Zayyan Alwan :3

Tarikh ni membuatkan Hana disumpah menjadi BIRI BIRI . Muahaha *gelakla -.-

Segala-galanya berlaku pada tarikh ni. You know what, tanpa kebenaran tak membawa Hana kepada realiti. Tarikh ni buat Hana kenal sahabat Hana sekarang and semuanya sebab seorang manusia. Tanpa dia, kita tak kenal Ayyan. Tanpa dia, kita tak buat tarikh keramat Zaf. Tanpa dia, kak Hana tak panggil Ana dengan gelaran budak Omeyy ok?

Ni selingan ja, macam biasalaa kekeke. Ayyan, me, Aqilah and Zaf. :)

Muhammad Akmal bin Mohd. Nurul Badri, thanks sahabat, tanpa hang, Hana takkan kenal Ayyan semuaaa.

Zayyan Alwan binti Zainudin, thanks sahabat, sebab still there when I need you. 

Nur Zafirah binti Mohd. Nazri, thanks sahabat sebab hang reka tarikh keramat. Luls. Adala jugak idea nak tulis entry kan. :P
Thursday 14 November 2013

Cerita cuti- Part One

Hyep assalamualaikum !

Al kisahnya cenggini. Petang Rabu yang menenangkan, terdapat seorang budak pelajar asrama ponteng prep. Ahaks ! Woii woii senyap-senyap dah arr. Kuat gila cakap. Shuhh. Meh dekat sikit.

'Alang alang menyeluk pekasam, baik aku tidur. Malas ah pegi prep. HOHOHO' <-- ini semua bisikan jahat. Tapi entahla Hana ikut jugak. Erkk ? -.-

Memang ah Hana Shuhada berani buat keja gila tak turun prep petang. Haa amekaw. Pukul 3.30 prep tapi Hana duk kat dorm, lena. You know what is lena??? Lena aka TIDUR. Kotlaa ada yang taktau lena tu apa dia. Saja nak bagitau. Kuikui. Memandangkan bukan Hana sorang ja buat keja jahat ni, memang hampir 85 % fom 4 buat keja jahat tak turun prep jadi Hana dengan bangganya join sekaki. Begitulah ceritanya. Ehh ni cerita cuti ka? Sebenarnya nak bagitau yang sebelum Hana tidur dengan lenanya, Hana pegi public fone call mak. Baik kan titew? Tak bawak handphone pun pergi sekolah. Muehehe. Jarang nak tengok senior pergi public fone. Manjang budak fom one ja beratur panjangkan? Tapi minggu lepas memang Hana tak bawak fon. Ceyhh kantoi sebelum ni bawak. Ahak :P

Trett trett trettt.

'Hello assalamualaikum, ya kak?'

'Hello assalamualaikum eh waalaikumussalam mak, mak suruh benny kemas bilik'

'Haa ?'

'Suruh benny kemas bilik sebelum kakak balik'

'Ohh bilik dah kemas dahlaa sejak mak beli karpet baru kat bilik dia. Hehe, jangan risaulah'

'Ohhh baguih baguih. *bangga*'

Sebenarnya Hana dah call mak Hana malam Selasa tu, tapi lupa pulak nak cakap pasal benda ni. Jadi call sat ja la nak pesan benda ni. Benny tu sebenarnya gelaran untuk adik Hana yang perempuan tu ( darjah 5). Kami panggil dia Benny sempena Pak Cik Benny dalam cerita Adi dan Ayah kat Astro Ceria tuh. Pak cik Benny tu kan suka masuk dalam pasu, hoho taktau apa kaitan ngan adik gua yang sorang tuh.  -.-

Banggalah kan dengar kata bilik dah kemas. Takda la Hana balik nanti serabut kepala hotak tengok bilik  yang macam tongkang pecah sebab perbuatan kanak-kanak ribena sekalian tu.

Balik ja....

'Deyy ! Ni SAMPAH ka bilik??? Allahuakhbar -.-'

'Lek arr, satgi orang kemasla'

Dah agak dah. So, bermulalah kisah cuti Hana Shuhada si biri biri penghujung tahun 2013~


Sekadar selingan.

#Bebudak Mad Jiwa dah start panggil Hana BAWAL.. Memang erkk. -.-
Monday 4 November 2013

Pemimpin ? Takkan aibkan orang :)

Hyep assalamualaikum !

Caci maki saja diriku, bila itu bisa membuatmu kembali bersinar dan berpijak seperti dulu kala~~

Bila kita digelar sebagai pemimpin, tak perlu cakap banyak. Amanah ! Itu yang penting untung kita pegang. Sekali kita tak jalankan amanah, semua akan dipersoal di akhirat kelak. Nak ka? Tak takut ka ?

The world is not wrong, it just humans who make it wrong. Seriously.

Sebut pasal AMANAH, jangan ingat bila kita dah jalankan amanah tu kita kira ni lepaslah dari dipersoal. Deyy people ! Wake uplaa. Jangan ingat semudah tu. Cara kita jalankan amanah tu pun penting jugak beb. You know what, korang mesti tertanya-tanya why I've been discussing about this. Ok, baru-baru ni Hana ada Kem Kepimpinan Pengawas. Dalam surau haritu, waktu boys pergi solat Jumaat, kakak-kakak facilitator tu bagi peluang untuk bertazkirah tapi dia pilih orang and then orang tu lepas bagi tazkirah dia kena tunjuk orang lain. I've been waiting for any of them to point at me because I have something to talk about. Memang dah simpan lama dah nak cakap tapi none of them point at me sampailah masa habis. Agak kesal di situ but its okay. Masa tu banyak. Maybe Allah didnt let me to talk on that time.

Dengan izin Allah, I wanna discuss about Pemimpin Tidak Akan Mengaibkan Orang lain.

Korang pun tahu, bila Hana start bercakap about something which means benda tu memang tengah berlaku dalam kalangan kita sama ada uolls sedar atau pun tidak. Okey, bertenang. Tarik nafas, hembus.

Bila kita sebut pemimpin, pasti kita akan mengalami masalah sama ada cara kita nak handle something tu ataupun  people around us yang bagi tomahan kat kita, cacian kat kita. Ok, bila sebut ada orang bagi cacian or what ever it is, kenapa benda tu berlaku? Adakah sebab cara kita memimpin ataupun sebab orang dengki. ? Apa pun jawapan antara kedua-duanya, PEOPLE WILL RESPECT US IF WE RESPECT THEM.



Satu ja Hana nak pesan, setiap masalah yang orang lain hadapi melibatkan pemimpin tu sendiri, kita ni tadak hak nak share benda tu dekat everyone. Hana bagi contoh. Ada seorang ni, dia buat kesalahan, lepastu dia bersikap kurang ajar, kita ni ditugaskan untuk menyelesaikan masalah tu. Wajarkah kita untuk mengaibkan dia which means kita cerita kat semua orang yang tadak kaitan untuk selesaikan malasah tu pasal kesalahan dia? Tahukah kamu bahawa, sekali kamu menceritakan kesalahan dia tanpa kamu berniat selesaikan masalah dia, niat kita tu cuma nak puaskan hati kita, niat kita tu cuma nak bagi orang marah kat budak yang buat kesalahan tu, kita silap. Betapa salahnya kita kat situ. You know what, once kita dah aibkan orang, orang yang tadak kaitan tak teragak-agak untuk monokok tamba cerita kita. Apa jadi bila ada tokok tokok tokok tokok tokok ( ok nak menunjukkan betapa banyaknya tokok lol ) tambah banyak? Fitnah kan? Nampak tak permainanya di situ ? :)


Sekarang ni, Hana nak tanya. Biarlah orang nak cakap apa pun. APA HAK KITA UNTUK MENGAIBKAN KESALAHAN ORANG LAIN YANG DIBERI AMANAH KEPADA KITA UNTUK MENYELESAIKAN BENDA TU TAPI KITA PEGI CERITA KAT ORANG LAIN TANPA RASA BERSALAH DAN MASALAH TU BOLEH SELESAIKAH? Masalah boleh selesaikah lepas orang lain puas hati sebab dapat tau kesalahan someone? Kat situ, dahla timbul fitnah, maruah budak tu jatuh, kita puas hati ka setan yang puas? Lepastu, timbul dendam pulak. Astagfirullahaalazim. *geleng-geleng kepala*

I dont know what to sayla kan, I've been watching this kind of problem happening around us. Please la guys, kita ni tak hebat mana pun setakat nak aibkan masalah orang tu. Kita salahla beb. Amanah kita tu, kita tak jaga dengan baik. Peganglah kata-kata ni :

Seorang pemimpin tidak akan mengaibkan orang lain sebab dia tahu cara untuk menyelesaikan dengan baik. Jagalah aib orang, maka Allah tutup aib kita dunia akhirat. 




#Kita orang islam, ingat tu. Allah hu. :')
Tuesday 15 October 2013

I am not CTSB. :')

Hyep assalamualaikum !

Firman Allah S.W.T :
"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal sholih dan saling menasihati supaya menaati kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi kesabaran” (QS. Al ‘Ashr).



Kita semua manusia. Bila kita digelar sebagai manusia makna kata kita tak terlepas daripada melakukan kesalahan bukan? :)

I am not CTSB. 

CTSB? Kejadah apa tu? Cakap Tak Serupa Bikin. Pernah tak hampa digelar CTSB? Ada yang tak ada yang pernah. Secara kesuluruhannya orang akan panggil kita CTSB bila kita nasihat orang tapi kita sendiri tak buat. 

Hana dah rasa apa yang orang lain rasa when people call us like that. Its hurt, seriously. As far as I could tell, CTSB ada banyak jenis. Some people hanya pandai cakap, tapi tak pernah buat macam apa yang dia cakap. Some people talk about something and they do like what they said. Tapi nama pun manusia, kadang-kadang manusia alpa. No one's perfect. Bila-bila ja kita boleh buat salah. I admit it. Hana nasihat, tapi tak bermaksud sekali Hana tak buat macam Hana cakap tu, bermaksud Hana ni CTSB. Please understand me guys, Im not perfect. Hana macam hampa jugak, kita sama-sama manusia kekadang lupa apa yang kita duk nasihat orang, jangan sekali sebab orang tu tak buat macam apa yang dia cakap, kita boleh senang-senang hina dia. Allah hu. 

Lagi sekali Hana nak tegaskan, tak baik panggil orang CTSB. Kita manusia ni merupakan khalifah Allah di bumi, antara tugas kita adalah saling menasihat antara satu sama lain. Memang sebelum kita nasihat, kita perlu jadi contoh kepada orang lain, tapi tak bermaksud bila seseorang dah jadi contoh, forever dia boleh jadi perfect without doing any mistakes. 

Dear muslims, please. Respect others than people will respect you. 

Tutup aib orang then Allah akan jaga aib kita.

Tegurlah saya jika saya salah bukan menghina/mengumpat.

People do make mistakes.


#Innallahhamassobirin. :')


Friday 13 September 2013

Speechless.

Hyep assalamualaikum !


Permulaan hidupku pada tahun ini, bermula dengan tangisan. Setiap kali air mata mengalir, Hana percaya ada hikmah disebalik semua yang terjadi and of course we have to keep praying to find the hikmah. I laugh, I cried, Im sick and I learned.

Love.




Believe . :)

#4T2^^
Monday 12 August 2013

Raya rayaa dua libu tiga belas.

Hyep assalamualaikum !

Haaa, kome semua macam mane rayaaa? Best idok?  Menurut kajian Hana, ok takdakla kajian sangatkan, ramai manusia dalam twitter tweet kata tak berapa best. Tak sama macam dulu. Ini buktinyaaa :

Bukak twitter kome sendiri. :P

Mengapakah ini terjadi? Haaa, meh keme kabor.

Sebab pertama.

Ramai pak cik dan mak cik yang buat-buat lupa nak bagi duit raya. Muehehe. Punyala kita buat senyuman manis semanis serbuk milo tapi langsung tak dilayan. Tupp tupp mak cik dan pak cik pun pergi begitu sahaja tanpa memberikan uwangg. Waduhh. Takpela, redoo jelakan. Janganlah  pulak kome pergi mintak kat mak cik pak cik tu. Haihh, manala tahu diorang tu tengah takde duit, tak berkemampuan, takpun tengah simpan duit nak pegi haji ye dak? Kekeke. :P

Sebab kedua.

Kome semua dah besor besor. Memang takla kalau nak duit raya. Tula siapa suruh membesor macam orang dewasa sangat, tak dapatla duit raya kan kan. Jadilah kecik macam keme ni haaa. Confirm tanpa soalan dah dapat duit. Wee~

Sebab ketiga.

Bebudak sekarang dah tak pandang sanak saudara. Tahu tahu asyik melekat dengan fon jee. *eh terasa. hakhak. Yela dulu siap main sorok-sorok, main bunga api sama-sama. Sekarang ni majority nya duk pegang ipek ipongg . Kans kans. Hakhakhak, ingat wahai sahabat sekalian, setahun sekali je kita nak merasa raya dengan adik beradik jauh jadi abaikan dulu gadget-gadget yang entah apa-apa tu dulu *LOL.


Haaaa, kokenat kokenaaat :3


Adik adik sekalian, sabor yee. Jap lagi kita minum kokenaat shekk . Luls. :3


Kak Long bawak ronda-ronda pada malam hari.


Pengembala biri-biri dan ahli falsafah yang berjaya. Muahaha. :3

#Hw tak siap lagi ><. Btw, Selamat Hari Raya Aidilfitri uolls. Mintak ampun dari hujung kuku kaki hingga kelimumuq di rambut. Kekeke ^^
Wednesday 31 July 2013

Susah bangun sahur.

Hyep assalamualaikum !

Jeng jeng jeng. Ramai yang pelik bila dapat tau Hana balik awal. Macam-macam reaksi.

'Ohh mana aci ! ' 'Nak ikut Hana balik masuk beg' 'Untunglaa balik awal' ..

Yang paling tak boleh belah punya ayat.

'Bapak gilerr kau balik awal nak mati doeee !!! ' <--- Hani

'Woi, ayat ! Hang doa Hana nak mati awal. Tsk tskk ' <-- Titew. Ok cukup pengimbasan kembali punya drama tuh.. Jawapan sebab Hana balik awal tu, no comment :D

Kita kembali kepada usul yang asal. Selama saya hidup di muka bumi Allah ni, nak bangun sahur tu memangla susah tapi takda la sampai bapakkk malass gilerr nak bangun. Ok, ini semua pengaruh budak-budak keyeelll kelas gua, apa apa pun mesti sebut 'bapak'. Kenapa tak mak ka? Kakak ka? Tok ka? Kesian bapak jadi mangsa.

Dulu, bangun sahur jaa mak yang siapkan. Hana cuma bangun macam mumia jalan-jalan kat sinki buat benda yang patut pastu pergi kat meja terus makan sebab mak dah buh nasi.. Tahun ni mengubah segala-galanya. Nak sahur nasi sedap-sedap? Haa, amekaw, pakai pakaian menutup aurat pastu pergi turun DM, beratur amik nasik lauk semua baru boleh duduk dan makan. Lepas makan tu pulak mana boleh nak tidur dah. Dulu yelaa, semuanya dekat. Sekarang bapakkk jauhhh. Ok bapak dipersalahkan sekali lagi.

Lukisan nak bagi hampa paham situasi. Akibat malas guna paint jadi gua lukis kat kertas ja. Sorry takda scanner.

Manusia yang nak kena kejut Hana pagi-pagi kalau pergi sahur tu siapa lagi kalau bukan Amanina. Ohyea, Amanina dah menjadi scandal kedua Hana selepas Mira. Jyeahh, Ama yang tersayang iaitu budak Cheras. Suke gelak kuat dan happy go lucky. Hee. Kesian manusia ni, akibat gua kesian, bila memang Hana takmau turun sahur tu, Hana bagitau Ama siap-siap yang Hana tanak turun sahur jadi dia pun takla datang dorm untuk kejutkan Hana. Haaa, sebelum Hana balik haritu, semangat pulak Hana turun sahur. Yela, manala tahu, sahur terakhir kaa jadi Hana pun rajin turun sahur dengan Ama.

Kalau tak turun DM makan sahur, jawabnya memang sahur biskut ngan ubat gastrik ja kat dorm. Pernah sekali tu, bapakkk sedih, jam loceng buat gila. Tak bunyi pulak, dengan Hana yang sedap dibuai mimpi tak sedor langsung dah pukul 6 ! Yang baranya ada manusia dalam dorm kami yang bangun sahur tapi tak kejut pun, takpa takpa. Aku telah memaafkan kamu. Kekeke. :P Bukannya apa, Hana ni kalau tak makan ubat gastrik tu, jawabnya puasa Hana macam mayat hidup. Sekian.

Sebelum undur diri, nak mintak maaflah kat semua manusia di luar sana yang tengah baca entry nih. Mintak maaf sangat-sangat atas salah dan silap Hana sama ada disengajakan, tak disengajakan atau buat-buat tak sengaja. :'D Doakan yang terbaik for me. Thanks !

#Abang tak dapat PLKN which means Hana berpeluang besar untuk dapat. @#$%^&.
Wednesday 10 July 2013

Kongsi : Lillahita'ala.

Hyep assalamualaikum !

Sekian lama meninggalkan blog. Well budak asrama la katakan. Dengan kesempatan ini Hana nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak. Semoga Ramadhan kita kali ini lebih baik daripada sebelumnya. Banyakan beribadah jangan ingat raya jaa. Usaha dulu baru tak sabar nak capai kejayaan. :D

Tadi scroll punya scroll kat news feed facebook then terjumpalah note ni. Haa, sempena bulan Ramadhan ni so I would like to share laa. Sama-sama kita ambil pengajaran. InsyaAllah.

Setelah aku bertekad..banyak benar dugaannya.Mereka memandang seolahnya aku ini melakukan kesalahan berat.. 'eh sejak bile tdg labuh ni?kena panggil ustazah ni'
Aku kadang terasa malu dengan usikan rakan- rakan sepejabat.Terasa ingin saja aku pulang ke rumah menukar tudung dan jubah ini..ku rasa malu,rendah diri,mungkin aku tak layak begini ...
Ya Allah begitu lemahkah iman ku..?begitu mudahkah aku menyerah..?ku cuba teruskan..
Seharian kerja diluar bertudung labuh dan berjubah tanpa makeup yg dulu teman rapatku...membuatkn aku seperti tidak dilihat lelaki ajnabi! Aku mula sukakan rasa ini..yg dulu kunantikn mereka memujiku..bukankah kecantikan wanita itu hanya utk suaminya.. ? Allah..ampuni dosaku...Walau menitik peluh didalam pakaianku..cukup panas.. namun ku teruskan..ku kuatkn semangat...ini kan ganjarannya berlipat ganda...
Bukankah api kepanasan di dunia hanya 1% berbanding di neraka...Allah..
Benar..penghijarahanku bukan desakan sesiapa ...aku yg semakin hari semakin sedar..hidup ini terlalu singkat utk disiakn..terlalu rugi utk dibazirkn..biarlah apa kata mereka..kutetapkan tekad bkn utk meraka tetapi hanya kerana takutku kepada ALLAH TA'ALA.


Allah hu..  Melalui kisah ini, kita dapat ambil pengajaran yang setiap apa yang kita buat tu semua kerana Allah. Bukan kerana nak entertain manusia. What we do and what we wear, it is all to please Allah :) Biarla orang nak kata apa pun kat kita yang penting kita buat apa yang Allah suka. Memang sometimes in our life, benda yang sepatutnya kita buat dan Allah suka, bukan semua orang suka so korang pilihla, nak benda yang Allah suka ka manusia suka? :D

#Whatever we do just remember, lillahita'ala. :)
Friday 14 June 2013

Pain pain go away.

Hyep assalamualaikum !

Pain pain go away come again another day, little Hana wants to play..

Sangat pelik sebab budak asrama tengah menaip. Hana Shuhada sudah bertapak di rumahnya dengan bahagia. Kayy tepukk! Wee~ No. Im not happy. Sakit sakit sakit. Kalau bukan sebab sakit takda maknanya boleh balik. Semalam dengan panjang lebarnya Hana terang kat PK Hem sebab nak balik.

'Err cikgu saya nak mintak balik harini boleh? Saya ada appoinment hospital..bla bla bla...'

'Aaa takpala dah sakit nak buat macam mana. Kamu duk Penang? Balik esok petangla ya'

Psstt... Sepatutnya Hana kena balik petang ni tapi disebabkan sakit masih tak reda jadi doktor bagi MC sampai esok. Yeay. !~ Petang ni budak KRS dan uniform lain yang bergabung dengan KRS berlatih kawad untuk pertandingan kat Sakba aka Sains Kepala Batas. Sounds great. My bff, my gf, my craceh, semua sekolah situ. Hana nak join jugak :( Hana cuma boleh join kalau ada sapa-sapa yang perlu digantikan. I hope adalaah kan. Amiin..

#Hana rindu Zaf,Mira,Ayyan,Byna and Ariff. :'( Hana nak pergi kawad kat Sakba. Ya Allah kabulkan doaku. tsk tsk..


Wednesday 29 May 2013

Saya budak asrama !

Hyep assalamualaikum !

Kringgg-kringg-kringgg. <--- bunyi ni ialah bunyi jam loceng yang paling gua benci nak dengar setiap pagi. Yeah as usual la kalau bunyi jaa kejadah ni mesti :

'Ahh, dah pagi ka. Bukan baru tidok ja ka. Allah -_- Nak duk rumah, nak cuti nak cuti. Awwrr'

Dulu memang jam loceng bunyi lagu best-best sebab set alarm guna fon, sekarang dah tadak dah semua tu bedah hoii, sekarang harapkan jam loceng yang set on/off gitu. Kalau bangun waktu orang lain pun dah bangun takpa jugak, ni kalau bangun pun orang lain tengah tidur lagi haa nak kata apa? Dengan perasaan penakuittnya bangun tengok kiri dan kanan. Ahhh.

'Pagi-pagi nak dekat Subuh ni, hantu tak kacau kot. Tak tak.' <--- Hati berkata-kata. :3

Mesti korang ingat Hana penakutkan? Elehh tu pun takut. Hoiy, jangan memain, baru-baru ni sekolah gua kat aspuri, hantu mengganas. Siap kejadah tu ketuk-ketuk pintu dorm lagi haa. Jangan pandai cakap big big. LOL I mean dont boast. :3

Pergi sekolah. Menghadap muka manusia-manusia yang sama. Erkk. *memangla* Balik sekolah pun  menghadap muka manusia-manusia yang sama. Nama pun duduk asrama macam nilah kehidupannya. Boleh buat sajak :


Siang malam nampak,
Malam siang nampak,
Aku tak pernah ingin membayangkan mu,
Namun,
Kau selalu hadir di mana-mana,
Mana-mana saja kupergi,
Pasti terbayang wajahmu,
Mana-mana saja wajahmu pasti kuternampak,
Sampai rasa macam nak sepak.

Ok itu sajak yang Hana reka kepada budak-budak asrama. Memang beb, pergi mana pun korang akan jumpa muka yang sama sampai dah tak larat nak senyum wohh. Lagi satu, benda yang Hana belajar, belajar untuk bersabar. Ya, rupa-rupanya budak-budak asrama ni memang kena belajar bersabar. Nak masuk toilet  pun kena 'booking'. Hana ingat nak main bowling ja ada sistem book book ni. Rupa-rupanya nak masuk jamban pun kena book. Memang tak lepas dari sistem ni sejak SAYA BUDAK ASRAMA.

>_<' AHH <--- Muka desperate nak masuk jamban. ' Erkk, penuhla pulak toilet. Err, *ketuk pintu* ada orang booking tak?'

'Ada!!!'  <---- Jawapan ini paling gua tak suka. Bila dah desperate sangat, toilet semua penuh siap ada orang booking lagi, memang MATILAH KAU. :'3

Hana suka waktu riadah sejak habis sukan nih. Dah tak payah nak lari satu sekolah berapa kali pun taktau untuk practice sukan. Haiyaa boleh mati   kurus. Sejak sukan habis, memang waktu riadah free. So apalagi, ada yang amik masa untuk baca novel, buat homework, tidur -__-, nyanyi kat tepi tasik sekolah kami, bersantai tepi tasik dan err berenang dalam tasik.

Malam-malam, waktu awal-awal masuk dulu memang Hana tidur lambat sebab basuh baju dulu malam-malam. Tapi sejak berlakunya kejadian 'hantu mengganas' jangan haraplaa nak nampak muka Hana tengah-tengah malam kat toilet tu. No no. Hana tanaklaa tidur lambat-lambat dah caihh. Haritu 3 hari kongsi katil dengan kawan, al maklumlah penakutla katakan. T.T

The conclusion is, many kind of things I learn since SAYA BUDAK ASRAMA. Awal-awal memang asyik nangis, lama-lama dah BIASA. :3

#Kepada uolls yang tak pernah masuk asrama, try apply asrama kat sekolah uolls atau SBP/MRSM. Rasailah keseronokan/keperitannya. :D
Thursday 11 April 2013

Penampilan !

Hyep assalamualaikum warahmatullah :)

Tak akan terganti setiap kenangan yang telah terukir.....-Samsons-

I say YOO to uolls.. ! Pejam celik pejam celik dah bulan empatla. Kejapnyaa. Lagi berapa minggu ja tinggal sebelum exam mid year kans kans. I need to focus on my study hah ! No more dreaming, nak lawan Paan Romli bukan senang... Bukan senang =.=

Ok straight to the point, pendahuluan Hana tadi terkeluar tajukss. :P Ok now, apa itu penampilan? Mengikut Prof dot dot Hana Shuhada *ahakss perasan , penampilan ni merujuk pada apa yang kita pakai atau apa yang kita gayakan. Overall penampilan boleh dikatakan cara pemakaian kita lahh. Kalau nak definisi yang lebih tepat dan takda tokok tambah anda boleh carik dalam kamus Dewan Bahasa edisi yang terbaru punya ye. Adakah penampilan itu penting? Suka hatilaa kan kita nak pakai baju apa pun kan, who cares Ohoh, no no..  cek kiah hoii, bukan soal orang kisah ke tidak tapi sometimes it related to our maruah. Ya, penampilan tu menunjukkan siapa kita. Tak caye ke?


First of all, this is based on my own experience and Hana rasa ada antara hampa yang pernah alami perkara ini.

Di kedai accessories phone,

*Dengan gembiranya guaa ushar case phone yang comel-comel gituu hihi tiba-tiba manusia yang jaga kedai tu datang dekat dan berkata :

Manusia tu : Ehem.. This is iphone casing..

Hana : Errkk.. *iphone? gua tau laa gua pakai fon murah jeww, macam perli ja dia nih* Ah, haha Im just looking.. >_<'

Terus takda mood nak beli apa-apa barang pun. Takkan nak syok-syok tengok pun tak boleh. Kalau manusia tu cakap sambil senyum takpala ni buat muka macam Hana ni tak mampu nak beli iphone sangat hoii *memang tak mampu pun. LOL

Look? Pemakaian Hana menunjukkan kat manusia tu yang Hana bukan orang yang berkemampuan which means some people tengok gaya penampilan kita. Caihh, apek tua yang naik basikal pakai baju buruk tu pun sebenarnya orang kaya. Huh :P

So, what is the conclusion eh? Adakah peampilan itu penting atau biar ja orang nak tengok kita macam mana pun? For me laa kan, penampilan kita macam mana pun takpa asalkan menutup aurat dan still nampak macam orang boleh respect kita. Yepp. And one more thing, perkara yang lagi penting is our attitude. Attitude is important because it shows our appearances :)


#Ihik uhukks, sekolah Hana cuti, kesian uolls yang kena sekolah. Ngehehehe. >_<
Friday 22 March 2013

New life.

Hyep assalamualaikum.!

Kringgg. Jam locengku berbunyi tepat pukul 5 pagi. ( sebenarnya kejap pukul 5 kejap pukul 5.30 ) Hihihi....


Ok. Itu pendahuluan untuk cerita hidup Hana yang baru. Bangun awal dengan badan yang telah rehat selama 4 jam alhamdulillah. Itu dah cukup memadai bagi Hana. :) Cerita tentang hidupku, kian berubah hari demi hari. Cerita kehidupan pasal dulu dah lain dari sekarang. Sekarang semuanyaa baru. Sekolah baru. Kawan baru. Cikgu baru. Suasana baru. Tempat baru dan perangai manusia yang belum sepenuhnya kita kaji dapat ditafsir sedikit demi sedikit bila ada kat tempat baru. 


' SO, MACAM MANA SEKARANG NI ??
Soalan favourite. Ramai yang bertanyakan soalan ni kat Hana. Apa yang Hana mampu jawab. 'OK'.. 'BOLEHLA'...'KRIK KRIK'... Sebenarnya alhamdulillah, okay ja. Awal-awal tu memanglaa asyik nangis jaa kan, tapi sekarang bolehla. Macam kawan-kawan cakap, alah mula-mula jettew. Wuut2.

Blok aspuri yang baru. Haa Hana duk blok ni. Alhamdulillah :)

Hana nak share serba sedikit kehidupan seharian Hana sebagai pelajar asrama. Kalau uolls nak tahu, meh baca meh. Bagi yang taknak tahu, tengok gambar pun best jugakss. Alah Hana tak cerita panjang mana pun heh. Hewhew.

Pagi-pagi bangun pukul 5.30. Siap-siap nak ke surau untuk solat Subuh berjemaah. Tapi Hana suka pakai baju sekolah terus ke surau lepas tu lepas solat dah memang tak naik dorm dah. Malas nak buat kerja dua kali. Surau sebelah aspura, jadi kalau nak pergi solat tu memang dok dengarlaa macam-macam bunyi kat aspura.

'Woi, bangun woii ! '

' Bangun, bangun, bangun harimau bangun...'

Honestly Hana cakap, budak-budak lelaki sekolah Hana memang liat nak bangun tidur rasanya sebab kalau sampai kat surau tu memang nampak dua tiga orang ja manusia yang berjantina lelaki. Yang lain semua taktau duk tengah buat apa. Tak muncul-muncul pun. Lepas dah nak masuk rakaat yang kedua tu selalunya baru dapat rasa sekumpulan manusia memenuhi ruang saf.. -.-'



Lepas tu macam biasa pergi sekolah. Ya SEKOLAH. Cikgu-cikgu pun ramai yang dah kenal Hana, alhamdulillah. Theoulls cakap Hana budak cakap banyak sebab tu theoulls kenal iolls. Hihihi. Mana taknyaa, Hana suka tanya cikgu soalan yang bahagia. Ngeh ngeh.

' Assalamualaikum cikgu, cikgu sihat ? '... 'Cikgu, harini cikgu bahagia takk? Hihihi'

Hana jamin 99.9% kalau hampa tanya cikgu soalan tu hari-hari confirm cikgu meluat + kenal hampa. Kekeke. Seterusnyaaa, balik-balik sekolah macam biasa makan, pastu prep. Waktu prep =-= . Hana rasa paling banyak Hana habiskan masa untuk berangan. Hana taktaulaaa kejadahnyaa otak Hana nih. Ikut mood ja boleh buat hw. Huhuhu sebab Hana selalu habiskan hw bila time prep malam. Waktu tu memang menhadap buku sambil minum milo. Kadang-kadang Hana melilau kat bilik study tu nak dapatkan mood. Hewhew.

Mentang-mentanglaa Hana duk kat ujung sekali, hewhew Hana buat semak bila cuti. :D

Basuh baju, sidai baju?? Waktu malam-malam lah menjadi waktu yang sesuai bagi Hana untuk buat semua tu. Selalu malam-malam dalam pukul 12 tu memang kat belakang toilet tu hampa akan nampak Hana Shuhada. Belakang toilet ada ampaian. Haa kat situ memang time-time tu Hana jela yang duk situ. Kadang-kadang ada hari orang lain pun ada jugak tapi selalunya Hana jela berseorangan kat situ. Izzat ada pesan, jangan duk berseorangan tambah lepas baca Al-Mulk. Tapi tapi Hana nak buat bila lagi kerja-kerja tu kalau tak waktu malam? Huhu.

Haa, macam tu laa hari-hari Hana kat sana. Kat sana, seniority tu masih ada dan nak kata kuat tu, bolehlaa. Sekolah Hana ada tasik dan kata cikgu, tasik tu malam-malam bunian duk bermandi manda. Ngeh ngeh ngeh. Menakutkan. -.-

#Alhamdulillah apa-apa pun Hana bersyukur jalan ni yang Allah tentukan. Hana suka. :) By the way, tahniah kat kak Hanna ! 7A 2B pun kira perghhh lettew. :)

Friday 25 January 2013

TWMA High School.

Hyep assalamualaikum !

Accomplish or do not begin...

Waktu pertama kali masuk, I thought High School Bukit Mertajam ni sekolah macam cerita High School The Musical tu. kekeke. Ada nyanyi-nyanyi bagai. Ghupernyaa sama jaa macam sekolah lain, yang lainnya sekolah ni sekolah kawalan =)


Masa mula-mula waktu form 1 tu memang innocent laa kan. Semua kesalahan takut nak buat. Hana takkan pernah lupa waktu first time Hana jumpa Dinie kat bilik SPBT (bilik buku teks). Tanya banyak gilaa mak cikk nii, kekeke sampaikan dalam hati Hana rasa macam ' lembabnya budak ni kahkakah '. Tapi Hana salah, dia ni bukan lembab, tapi antara students yang pandai baqq hangg. Dia selalu dapat number Top 5 dalam kelas. Haishh nak kata jealous, tak jugak sebab dia baik ngan Hana =) Kami selalu gaduh, tapi berbaik balik, alaa biasalaa kanak-kanak ribena. Hana tak sangka 3 tahun berturut-turut same class with her >_< Memang jodoh kot. Hihi.

Naik form 2 yang paling teruk, Hana dah pandai nak berjatuh cinta bagai.. Macam taik jaa bila teringat balik. Ni semua sebab pengaruh hampa-hampa laa ni. LOL *nak salahkan orang pulaks* Tapi takdalaa sampai melebih-lebih couple bagai kan, hehehe. Suka menyuka jaaa sampai kena panggil dengan ustaz. LOL. Sumpah takmau ingat balik benda tuu T.T Pastu pastu, waktu form 2 yang paling best dapat men sofbol sampai kaki rosak. Kahkahkah. Haa dan waktu form 2 laaa Hana ngan Dinie start perangai Lesboo kami. Tahukah kamu apa benda tu?? Tepuk kepala tanya mulut. Kekeke.


Haaa ni naik form 3 kelas yang nih. Buruk kan? HAHA. Banyak gilaa contengan di meja namun itu tidak menjadi masalah untuk weoulls bergembira. Hehehe. Like I used to say before, form 3 laaa yang paling best sekali =) Waktu form 3 nih, budak bangunan sebelah, suka sambut birthday pastu nyanyi kuat-kuat sampai menganggu pembelajaran kami. LOL. Kadang-kadang kami pun nyanyi jugak lagu birthday walaupun di bangunan yang berlainan. Kekeke. Haa, dan waktu form 3 nih, satu kelas nyanyi kat Hana lagu Happy Birthday sebab Brandon yang mulakan dulu. Wuwuwuw. Malu dibuatnyaa tapi Hana sangat happy. Thanks to Brandon ! ^^


Banyak kenangan kat High School Bukit Mertajam. Terlalu banyaakkk sampai tak boleh nak listkan. Apa-apa pun perjuangan Hana kat HSBM sampai kat sini jaa. Perjuangan Hana harus diteruskan di tempat lain. Jyeahhh. Sebelum Hana mengakhiri semuanyaa, Hana ada pesanan kepada kawan-kawan terdekat yang selalu Hana kacau keke :

Dinie : Jadi budak yang baik, lepas ni dah takleh main lesbo2 dah. Dah takleh bermanj-manj dah dan dah takda orang yang nak tumbuk Dinie kuat-kuat. Kekeke.

Aida : Hana takkan lupa Aida walaupun kita dah bercerai. Haha. Hana takleh nak kawan balik ngan Aida sebab Hana nak carik isteri baru kat sekolah baru. Kekeke.

Baby (Ezzaty) : Bie, lepas ni dah takdak orang nak mintak belanja makan minum. Lepas ni dah takdak orang nak jerit panggil 'bieeee baaaa bii' dah kat sekolah kan. Kekeke.

Honey (Fazira) : Hon, lepas ni dah takdak orang nak jerit panggil 'honeeeeeeey' dari belakang kan. Dah takdak orang nak merengek kan kat sekolah tu. Hehehe.

Aufa : Lepas ni dah takdak orang nak carik Aufa pagi-pagi. Dah takdak orang nak peluk Aufa kat sekolah. Kekeke.

Daniel : Lepas ni dah takdak gangguan daripada perempuan laa kan. Haha. Dah takdak orang nak carik hang pagi-pagi. Wekk wekk :P

Kawan-kawan yang lain : Lepas ni dah takdak budak merapu macam Hana kan kan kan. Hihi.

Jangan diucap selamat tinggal...

#Budak2 HSBM, kita buddyzz kan? Takkan terpisah. Ingat tu. =') Till we meet again(TWMA) HSBM..
Wednesday 23 January 2013

Rasulullah S.A.W =')

Hyep assalamualaikum !

Allahumasollialamuhammad waala alihiwasobbihi wassalam..

Once a day, tengok diri kita balik, adakah kita ingat kepada Rasulullah S.A.W? Orang yang akan bagi syafa'at kat kita nanti. Orang yang akan tolong kita nanti. Ingat tak kita kepada baginda? MasyaAllah, kadang-kadang kita lupa kepada baginda. Ya, hina sungguh diri kita ini. Sedarlah bahawa kita ni manusia yang tak reti nak bersyukur, tak reti nak kenang budi. Memang kita tak nampak pengorbanan yang Rasulullah buat semua tu, memang kita tak dapat rasa sebab kita tak wujud pada zaman Rasulullah, sebab kita tak dengar dengan telinga kita sendiri apa yang Rasulullah cakap waktu baginda dah nak meninggal. 'Ummati'

Andai kita ada pada waktu itu, baru kita sedar betapa sayangnya Rasululah kepada kita, betapa care nya baginda kepada kita, perghhh sampai nak wafat dah pun sempat sebut pasal kita. Kita ni buat apa sekarang?? DOSA. DOSA. DOSA. MasyaAllah, lagi sekali, hina sungguh diri kita. ='( Tapi Allah tu Maha Pengampun, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Nabi Muhammad S.A.W pulak sangat sayang kepada kita, jadi seharusnya woulls ni ingat kepada Allah dan Rasulullah. Takpa, mungkin kita leka dulu, tapi lepas nii kita kena sentiasa ingat dan ingat, barulah Allah tak murka dengan kita, barulahh Rasulullah tak sedih tengok kita =)

Sempena Maulidur Rasul ni, Hana nak peringatkan diri sendiri dan jugak kawan-kawan di luar sana.. Sama-sama kita sentiasa berselawat kepada Rasulullah. At least paling kurang pun sehari, selawat lah 3 kali untuk kita peringatkan diri kepada Nabi Muhammad S.A.W. Kalau lebih lagi baik. InsyaAllah, Hana pun akan sama-sama ingat !

So, mari kita refresh otak kita pasal biodata Nabi Muhammad S.A.W. Mungkin ada yang dah lupa, takpun ada yang masih ingat, takpaa baca lagi sekali nak refresh haa, tak salahkan? =)

Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Tarikh Lahir : Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M ( known as Tahun Gajah: sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang Kota Makkah. )
Tempat Lahir : Makkah.
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.

Haa ni serba sedikit berkenaan Rasulullah, kalau dah boleh hafal nama mak pak gepren boypren uolls tu, kenapa biodata Rasulullah tak boleh nak hafal pulak? Haa haaa, jangan kasik alasan kosong-kosong. Tepuk kepala tanya mulut. ^_^

#Esok yee Maulud Nabi, tapi saja buat awal sebab tak pergi sekolah ni, hihi takdek keja. =)
Sunday 20 January 2013

Permata Pintar.

Hyep assalamualaikum !

Esok secara rasminya, Zafirah akan diiktirafkan sebagai pelajar Teknik Tunku Abdul Rahman Putera which means esok dan hari seterusnyaa jugak I'll be absent from twitter, facebook and blog =) So if Im not around, don't ask me whyy!! *sapalaa jugak en nak carik Hana. Hihihi

Oke, harini Hana nak share something kat uolls. Korang pernah dengar tak about 'Permata Pintar' ??? I bet ada antara uolls yang pernah dengar dan ada yang memang tak tahu langsung apa itu permata pintar. Ok then, let me tell uolls pasal benda nih. Hana bukan nak promote ke apa ke, but kalau korang nak future yang cerah, just stay there and read my entry =)

Alright, what is Permata Pintar?

'Macam pernah dengar ahh, yang ujian pelik-pelik tu kan.. '

'Kejadah apa tuuu? O.o'

As far as I know and benda ni atas my own research laa kan. Permata Pintar ni bagi yang tahu, people will say 'ohh ujian IQ tu ehh' Yes it is but ia bukan sahaja ujian IQ semata-mata. Ujian ni akan dijalankan setiap tahun melalui webnyaa yang tersendiri,  http://www.ukm.my/permatapintar/index.php/bm/ from awal February until bulan May if Im not mistaken. Ikutlaa setiap tahun dia nak bagi tarikh bila sampai bila uolls boleh buat exam tuu. Permata Pintar ni bawah UKM if im not mistaken and ujian ni sangat susah except for those who're really rajin to think and think and think. Ok enough.

Taken by me (TBM). Yesterday at The Mesyuarat PIBG. 

Exam ni bila uolls dah habis buat then dia ada saringan untuk ke ujian seterusnya iaitu UKM 2. Yelaa nama ujian tu ujian UKM 2 lee. Yang first tadi tu mula-mula ujian UKM 1. Ujian yang first tadi tu korang duk umah relaks-relaks bukak laptop atau komputer dah boleh jawab tapi untuk ujian seterusnya uolls kena buat ujian tu kat sekolah lain. Depand laa mana-mana sekolah diorang nak kasi korang buat exam kedua ni. Haa bukan senang nak lepas ujian pertama, so kalau korang ditawarkan ke ujian kedua tu kira Alhamdulillah laa, rezeki kan. Haa lepastu ujian kedua pun susah jugakk nak lepas.

Kalau korang dapat melepasi ujian kedua tu, korang akan ditawarkan untuk ke Program Perkhemahan Permata Pintar at UKM, Bangi. Haa, kem ni selalu diorang buat dalam bulan 11 bila start cuti sekolah tu. Haa kat sini adalaa diorang buat apa-apa aktiviti yang menarik kat uolls. Haa, bila dah ada kat sini, bagi pelajar form 3, uolls akan diberikan ujian untuk ke sekolah Permata Pintar ni haaa. Hana lupa nak bagitahu, students yang boleh amik exam ni daripada umur 15 ke bawah jee. So bagi yang pass untuk exam masuk ke sekolah ni, memang untuglaah korang.

Dewan makan diaa. Macam pi dinner hotel jaa. Perghh. *jelly belly* (TBM)

Sekolah Permata Pintar ni sekolah special. Yeaa, special laa sangat~ Kekeke nampak macam jealous je kan Hana nii. Yelaa Hana buat exam tu tak lepas :P Sekolah ni memang kalau nak cakaplaa kan, budak-budak pandai jee. Memang gred diorang punya exam pun tinggi-tinggi. Jadi bila dah sekolah kat sini, jadilah budak yang rajin belajar, kalau setakat belajar last-last minute tuu haa habislaa korang. Bagi students yang pandai, diorang akan hantar ke US, California dan sebagainya. Perghh sila nganga luas-luas. Caihh. Bagi yang tak dapat keputusan yang perghh dalam SPM, diorang still duduk dapat masuk UKM so diorang takyah risau laa en. Untunglaa.

My family.Cantik sekolah diaa =) Hana takda keke. (TBM)

Sekolah ni macam universiti. Fon, laptop, PSP, gadget-gadget kejadah semua tuu memang dibenarkan bawak. So takyah risaulaa uolls yang anak manjaa ni. Keke, nak call mak hari-hari pun tak kisah. =3 Apa yang Hana nak cakap kat sini, bagi korang yang baru tahu or memang dah lama tahu, buatlaa sungguh-sungguh untuk masuk jadi anak-anak Permata ni. Haa especially for muslims yang berbangsa Melayu, korang harumkan nama Islam dan nama anak Melayu dalam kejayaan haa. Hana dah tak boleh join exam ni because dah dua kali Hana try still tak berjaya.

Macam mana Hana tahu nii? Jyeaa, my brother is one of the Permata's students =) He told me everything so jangan lepaskan peluang yang ada nii. ^_^ Macam promote pulak. HAHA memang pun, nak suruh anak-anak Melayu ni bangkit dan amik peluang ni selagi uolls mampu. Pejuangkan Islam dengan kejayaan ilmu yang ada.

#Perghh panjang mempromote. Ade gaji tak abang hoii? Kekeke.

NOTIS BARU UPDATED ON 13/2/2017 : banyak peraturan baru yang dah ditetapkan dalam PERMATA PINTAR, jadi jangan terkejut kalau post Hana lain daripada yang korang akan alami nanti ye.
Thursday 17 January 2013

Journey =)

Hyep assalamualaikum !

Add maths makin lama makin bertambah rumit tapi alhamdulillah berkat doa penerang hati boleh catch up jugak walaupun agak lambat. Tadi Hana balik lambat, pergi jumpa cikgu Normah dan mintak cikgu ajarkan add maths lagi sekali. Nak buat macam mana dah otak kesayanganku tiba-tiba 'blank' bila tengok soalan. Huhu.

Hari demi hari ku menanti sesuatu yang tak pasti. Sesuatu yang sangat sukar untuk diperolehi namun itu tidak langsung mematahkan semangatku untuk terus percaya dan yakin dengan takdirNya ='). Keep believing. Akhirnyaa... SubahanaAllah !



I got tawaran from the school that I applied before. Auuh, orang lain semua dapat sekolah yang diorang tak mintak tapi Hana sorang ja dapat sekolah yang Hana mintak. Ahaks, memang rezeki ku di sana mungkin. Rasa nak jerit kegembiraan pun ada sebab akhirnya dapat jugak keluar dari high school dan pergi ke sekolah yang lebih baik. Allahu. Hana sorang ja dapat sini. Nampaknyaa kena mulakan kehidupan baru dengan kenalan baru. Ohya, Hana baru tahu yang kawan lama Hana waktu sekolah rendah, namanya Alya Farzana. Dia pun dapat Sains Mahommad Jiwa. Good then, at least there is someone yang Hana kenal. Awwr.

Right now, semua orang dah nak pindah except for my wives. Masih meneruskan pelajaran kat high school. Hana, Zafirah, Aqilah, Elya, Huda, Fatin Asmida and many more dah nak belah. So weoulls pasti akan merindui high school. =') Anyway, this's what we call JOURNEY. Dah macam nama blog Aqilah pulak haha. Life is not a destiny. Life is a journey where we have to go through it and make it beautiful with happiness and joyful. This is my journey that had been written. Terima kasih kat semua yang selalu mendoakan Hana. Terharuu >_<

#SM Sains Mohammad Jiwa, saya datanggg. !! Peace yoo (Y)
Saturday 12 January 2013

Zafirah Nazri.

Hyep assalamualaikum !

Hana masih ingat, pertama kali Hana tengok dia, takda apa yang ada dalam fikiran, satu ja ' Dia budak kelas 2H ' I don't know her and I don't want to. Tak terasa dalam hati ingin berkenalan dengan dia sebab dia budak kelas lain tapi kuasa Allah, kami mula berkenalan sejak masing-masing jadi pengawas sekolah. Bila berjumpa senyum sahaja dan bercakap sesama sendiri mungkin untuk hal yang penting saja.

Dia kuat berfacebook. Yeaa, selalu nampak dia dalam facebook and Hana pun jenis yang diam dalam fb, so we started to chat. I begin to know her since she asked me about everything. I like her. Dia banyak cakap, rajin hantar mesej buatkan Hana rasa, Hana diberi perhatian. And that moment, we're just friend.


Tahun 2012, bermulalah segala-galanya. Hana mula kenal bini-bini Hana dan dia merupakan salah seorang daripada bini Hana. Hihi. She's always there when I need her. Dia selalu buat bagi Hana rasa Hana tak sunyi. Al-maklumlaah, dalam fb tu, sapa lagi nak chat ngan Hana kalau bukan dia? Sapa lagi nak mesej Hana kalau bukan dia? Sapaa? Habaq kat cheq sat. :'3 Hana tahu sesuatu tentang dia, bila dia sedih, dia akan senyap. Senyap jaa. Bila orang tanya, dia kata takda apa-apa. Dia tipu ! Hana tahu ada yang tak kena.

Hana suka orang, Hana bagitau dia. Dia suka orang, dia bagitau Hana. Hana suka merengek, menangis, macam-macamaa dan dia saja yang sanggup dengar semua tu even banyak kali mungkin, benda yang sama Hana ulang, dia still sedia mendengar. Hana jahat, dia sabar. Hana pernah gaduh dengan dia tapi kami berbaik balik because I can't live without her. She's everything. Dia jelaa yang sanggup ada susah senang Hana walaupun sekarang dia just my ex wife. Hakshaks. Bini-bini yang lain pun sentiasa ada dengan Hana jangan jealous pulak tapi uolls kadang-kadang hilang. Huhuhu. Dialaa yang ada bila uolls hilang. Sapa lagi kalau bukan dia? =')


Tapi sekarang, sekarang semuanya akan berubah. Zaf nak pindah ke sekolah baru. Teknik Abdul Rahman Putra. Lepas ni, agak-agak sapalaa yang nak hantar mesej kat Hana bila hang takdak woii? Sapa nak chat dengan Hana bila hang takdak woii? Woi woi woi berjuanglaah dekat sekolah baru. Hana akan sentiasa sokong hang monyet. Always. Pesan Hana, jangan lupa Hana woii, jangan curangs dengan Ayyan hihi. Kat sana nanti Hana dah tak boleh jaga hang macam Ayyan pesan. ' Jaga Zaf HAHAHAHA ' Lepas ni hang jaga diri sendiri. Dah jadi budak asrama yankk oii. Kahkahkah. Kalau kat sana, jangan lupa call I guna public fone. Akan ku tunggu rungutan kau di sana kahkahkah. SAYANG MONYET SAMPAI BILA-BILA ! =')

Hihi. Macam entry hang nak pegi mana jaa kan. Tapi terasa kot, terasa sangat bila hang takdak nanti.
#Nur Zafirah Binti Mohd Nazri. ='D