Saya tak rajin untuk menuntut ilmu seperti Saidatina Aisyah, saya tak selembut Saidatina Khadijah, saya tak setaat Saidatina Fatimah . Tapi tak mustahil untuk saya dan ' anda ' cuba untuk jadi seperti mereka. InsyaAllah.| Jangan sesekali kita lupakan Al-Quran, takut nanti Al-Quran lupakan kita, siapa nak tolong kita di akhirat kelak? | Doakan mereka yang sedang berjuang mati-matian di Palestin sanaa, insyaAllah sama-sama kita berdoa. | A true dreamer is the one who will never stop dreaming and works very hard to make their dream comes true...
Sunday 29 January 2017

Cerpen : Tanggapan

Cerpen : Tanggapan

      Nama aku Hanis. Aku bukanlah seorang yang suka menilai seseorang daripada luaran tetapi kalau bab lelaki ni aku sensitif sikit. Ada saja benda buruk yang lelaki buat, aku akan tak suka keseluruhannya. Ikuti kisah aku.

“Hanis, kau dengar tak cerita ada budak lelaki baru masuk kelas kita?” Tanya Syarifah. Syarifah ni merangkap kawan baik aku dekat kolej ni.

“Takda pula. Awat? Lelaki ka perempuan?”

“Lelaki.”

     Hari itu, ada seorang pelajar lelaki baru masuk daftar ke kelas aku. Pada mulanya, memang budak itu bukan main baik lagi. Cakap sopan-sopan, datang kelas pun tepat waktu dan dia pernah tolong aku dalam projek eksperimen subjek kimia aku. Sejak dia tolong aku tu, bukan main lagi setiap hari aku cakap benda yang sama kepada Syarifah[u1] .

“Sya, si Talha tu baik betul. Aku respect dia Sya. Bukan senang nak jumpa lelaki yang suka tolong orang.”

“Ye Hanis, iye. Dah beribu kali aku dengar benda yang sama keluar daripada mulut kau.”

     Hari demi hari, cukup seminggu. Talha tiba-tiba dah menunjukkan belangnya. Dia selalu datang kelas lambat. Selalu tak siapkan tugasan yang diberi pensyarah. Lagi satu benda yang paling aku tak suka ! Dia suka sangat usik aku. Macam-macam gelaran dia panggil aku. Aku jadi meluat dan tak suka. Talha ni jenis lelaki yang nakal dan tidak menjaga pergaulan. Aku pula jenis perempuan yang agak menjaga pergaulan dengan lelaki tetapi apabila aku lalu sahaja sebelah Talha, dia suka sangat membuat aku terkejut dari belakang. Bila aku ada di tempat yang agak jauh daripada dia, nampak sahaja aku bukan main lagi jerit nama aku. ‘Hanis !’ ‘Hanis!’

     Pernah sekali tu, dia jerit daripada kompel lelaki bila dia nampak aku jalan menuju ke kawasan perkarangan kompel. Malu betul aku apabila ramai lelaki tengok. Jatuhlah standard aku sebagai muslimah.

     Suatu hari di makmal fizik, aku sibuk menyiapkan laporan eksperimen. Tiba-tiba Talha bersuara,

“Eh, korang! Bulan puasa nak dekat dah. Nanti kita pergi bazar Ramadan satu kelas nak?”

“Mana boleh pergi sama-sama lelaki perempuan. Mula-mula pergi bazar, nanti entah ke mana pulak melencong. Jaga ikhtilat boleh?” Aku mula bersuara kepada Talha dalam keadaan tegas.

“Kenapa pulak tak boleh? Bukannya nak pergi peluk-peluk pun.”

Aku senyum sambil menggeleng tetapi selepas itu aku terdengar suara perlahan Talha.

“Weyh, ikhtilat tu apa?” Tanya Talha kepada ketua kelas aku.

“Ikhtilat tu pergaulan antara lelaki perempuan. Ha kau, kan dah kena.”

“Alah, bukan nak pergi buat apa pun.”

……………………………………………………

     Setelah hari berlalu, perkara yang sama berulang. Tiba-tiba ada seorang lagi pelajar lelaki mendaftar masuk ke kelas aku. Kalini, aku memang malas ambil tahu tetapi dengarnya dia ni bekas pelajar sekolah agama.

     Lelaki yang baru masuk daftar ni namanya Amir. Dia memang baik dan sopan sahaja. Memang bukan seseorang yang konon berlakon macam Talha. Aku pernah nampak Amir menundukkan pandangan dia apabila pelajar perempuan membuat pembentangan di hadapan kelas. Sesekali sahaja dia  mengangkat muka untuk melihat pembentangan mereka. Aku terpesona !

“Sya, hang tengok Amir tu, baik ja kan?”

“Haah, baik je. Dia tak nakal macam Talha tu dan aku jarang nampak dia bercakap dengan perempuan.”

“Itulah, aku macam respect gila dekat dia. Jarang jumpa lelaki macam itu.”

“Tak habis-habis dengan respect kau tu.”

       Suatu hari, sewaktu aktiviti mentor-mentee. Aku dan Syarifah ditugaskan untuk memberi usrah untuk perempuan. Pihak lelaki punya usrah pula diasingkan tetapi aku ada mencetak beberapa helai kertas mengenai penerangan tentang ikhtilat. Aku telah memberikan kertas-kertas tersebut kepada Talha.

“Nah Talha, ini ada sikit penerangan pasal ikhtilat. Aku harap kau baca dan cuba fahamkan.”

“Terima kasih Hanis. Aku akan baca.” Talha mengangguk dan patuh.

………………………………………………..

       Sejak aku menegur Talha berkenaan ikhtilat. Talha lebih mengawal pergaulannya. Dia tidaklah 100% menjaga tetapi dia tidak terlampau melebih-lebih seperti sebelum ini. Aku juga kerap nampak dia ke surau setiap kali aku ingin menuju ke surau sebelum Maghrib.

      Talha juga pernah membantu aku dan ahli kumpulan aku dalam projek kelas bahasa Inggeris. Pernah sekali itu, pensyarah pernah marah kumpulan kami dengan sangat teruk dan tidak mahu menerima projek kami kerana beberapa kesilapan tetapi disebabkan Talha mempunyai hubungan baik dengan pensyarah tersebut, dia berjaya memujuk pensyarah itu untuk menerima projek kami semula. Aku masih ingat lagi dia sanggup menolong walaupun kerjanya sendiri belum siap.

      Sejak itu, tanggapan aku terhadap Talha berubah. Walaupun dia seorang yang nakal dan tidaklah pandai dalam bab agama, namun dia sangat baik dan suka menolong orang di sekeliling.

………………………………………………….

     Suatu hari, sedang aku melihat gambar-gambar di Instagram, tiba-tiba aku ternampak akaun Instagram Amir. Aku ternampak Amir meninggalkan komen-komen di gambar-gambar selfie perempuan. Dia mungkin tidak memuji gambar-gambar tersebut tetapi gayanya komen sangat membuatkan perempuan tertarik untuk berbalas-balas komen. Aku juga terdengar cerita daripada kawan-kawan kelas aku yang berbeza kelab dengan aku. Mereka mengatakan bahawa Amir sangat aktif dalam Whatsapp Group dan kerap bergaul dengan pelajar perempuan daripada kelas lain. Aku sendiri pernah melihat perbualan-perbualan mereka.

      Sewaktu minggu teater di kolej aku, Amir telah menyertai kumpulan teater. Malam persembahan teater, aku pergi untuk menyokong rakan sekelas tetapi hormat aku kepada Amir terus hilang apabila ternampak Amir berpegangan tangan dengan watak heroin dalam teater tersebut.

“Mana lelaki yang aku respect selama ni Sya? Kenapa dia jadi macam tu?”

“Kenapa yang kau nak marah sangat?”

“Yalah, tengoklah dia Sya ! Kononnya kita ingat dia tunduk pandanganlah bagai. Kita siap gelar dia budak jaga ikhtilat kot !”

“Sekarang kau nak salahkan siapa?”

“Tak, aku tak salahkan siapa-siapa. Hmm, salah aku?”

“Kau yang salah. Siapa suruh kau letak expectation kepada manusia? Siapa kita ni nak expect orang tu macam ni macam tu. Kita takkan pernah kenal manusia. Tanggapan tu datang bila kau sendiri yang nak anggap sesuatu macam itu. Kau tengok kes Talha. Mula-mula kita sendiri yang nak anggap Talha tu baik sebab dia buat itu buat ini tapi lepas dia dah tunjuk perangai sebenar dia, kita cakap dia mengarutlah bagai. Tapi lepas dia dah tolong kita, kita letak lagi tanggapan yang dia dah baik apa semua sedangkan kita tahu memang dari awal dia suka tolong orang walaupun dia nakal. Kita nampak sendiri dia suka tolong orang sebelum ini, tapi kita sendiri yang nak anggap dia mengarut sebab perangai nakal dia.”

“ Macam Amir pulak, kita baru nampak yang dia jarang sembang dengan perempuan. Kita nampak dia tundukkan pandangan tapi kita tak nampak macam mana pergaulan dia dalam media sosial atau pergaulan sebenar dia. Mungkin dia sebenarnya tengah cuba nak berubah, siapa tahu?.”

“Betul cakap hang. Aku terlalu cepat letak expectation kat someone.”

“Dalam hidup ni, apa yang kita nak nampak depan mata kita, itulah yang kita akan nampak. Macam kita nak nampak keburukan Talha je, sebab itulah kita tak pernah nampak kebaikan dia. Macam Amir pulak, kita nak nampak kebaikan dia je, sebab itulah kita tak pernah nampak keburukan dia sampai dia aktif dalam media sosial pun kau boleh tak perasan sedangkan dah lama dah dia follow aku dalam insta.”
“Ha?! Dia follow kau? Kau tak cerita pun kat aku.”

“Buat apa aku nak cerita benda tak penting macam tu. Bukannya aku approve pun request dia. Ish, kau ni! Kan dah lari tajuk.”

“Hehehe. Maaflah, aku melawak ja. Terima kasih sahabat sebab ingatkan aku.”

“Terima kasih jugak sebab buat aku nampak benda realiti macam ni. Baru aku boleh ambil ibrah daripada kisah kau ni. Lepasni, kita kena pandang semua orang baik baru kita akan kerap nampak kebaikan orang dan takkan pandang rendah kat orang lain. Biar kita nampak buruk kita je baru kita sedar diri kita ni banyak kesalahan.”

“Baik Sya, in sha Allah. Jom pergi usrah, dah lewat ni.”

“Jom !”

Thursday 26 January 2017

Cerpen : Kerana Hijrah dan Pengorbanan Part 2

     Bagi yang belum membaca part 1, jangan gelabah. Klik sini

     Sudah setahun berlalu, aku  masih belum menyambung pengajian aku. Aku masih sibuk menyimpan duit yang tidak pernah mencukupi. Aliya pula sudah lama menyambung ijazah sarjanamudanya. Sudah lama dia tidak berhubung dengan aku, mungkin sibuk dengan pelajaran dan dakwah. Bagus Aliya, jangan jadi macam aku.

    Sekarang, aku bekerja di pejabat pos. Pagi itu aku pergi ke kerja macam biasa. Bertugas dan melayan kerenah pelanggan yang ingin membayar bil, mengepos barang dan sebagainya. Tiba-tiba,

“Assalamualaikum bro, muka baru. Kau baru kerja ke? Nampak macam muda lagi je.” Sapa seorang pemuda yang berbadan kurus dan rambut yang agak tidak terurus. Umurnya mungkin sebaya aku.

“Waalaikumussalam, ye bang. Saya baru je kerja sini dalam tiga bulan. Takdelah baru sangatkan? Ada apa boleh saya bantu?”

“Nah, tolong aku packing barang ni. Sambil tu sembang-sembang ah. Bukannya ada pelanggan pun. Berapa umur kau? Kenapa tak sambung belajar?”

“19 tahun bang. Em, saya memang nak sambung belajar tapi lepas kumpul duit dulu.”

“Kebetulan ! Aku pun 19 bro. Bro, kau tengok aku. Hidup aku rileks je bro. Tak perlu susah-susah fikir nak kena sambung belajar. Kerja, dapat duit aku enjoy.”

     Aku sekadar mengangguk kepada pemuda tersebut. Malas aku nak layan. Tiba-tiba bunyi mesej masuk. Zulaikha menghantar mesej mengatakan dia rindu pada aku yang kebelakangan ini sibuk dengan kerja. Aku segera membalas mesejnya.

“Senyum-senyum je bro. Awek ke? Aweklah tu kan. Kau pernah ‘sentuh’ dia?”

     Terkejut aku mendengar soalan dia. Mulalah kenangan dosa aku yang pahit dulu kembali dalam benak fikiran.

“Kau fikir apa bro? Kalau kau tak pernah ‘sentuh’ dia bro. Kau rugi. Hidup kita ni kena enjoy. Rugilah kalau kau dah awek tapi tak pernah ‘sentuh’ dia. Kau tahu aku, ni tengok tangan aku. Berapa banyak dah awek aku tarik dengan tangan aku ni. Aku pernah rasa semua jenis perempuan bro. Daripada yang muda sampai tua. Kau pernah rasa?”

“Bang, salah ni bang. Hidup kita bukan semata-mata nak enjoy. Kita ada Tuhan. Kita ada pegangan. Kita ada agama. Melalui agama kita tu, kita dah disarankan untuk berkahwin kalau nak berasa nikmat bersama dengan pasangan tu semua. Salah bang kalau buat hubungan macam ni. Abang bukan sahaja memusnahkan hidup abang, bahkan abang juga memusnahkan hidup gadis-gadis tu.”

“Kau ingat dengan kau cakap macam ni kau boleh berasa nikmat tu dengan pelbagai perempuan? Tak boleh bro. Kita ni nafsu satu ja. Nafsu kita untuk benda tu ja bro. Rugilah bro. Rugilah kau muda lagi dah tolak ‘nikmat’ macam ni.”

     Pemuda itu lantas membuka beg sandangnya. Sewaktu begnya dibuka, aku terbau satu bau yang pernah aku bau. Bau ni sangat menakutkan aku. Ya! Bau ini ialah bau yang aku pernah terhidu sewaktu aku pernah melalukan perkara keji dengan Zulaikha dulu.  Ya, Allah ! Bau apa ini. Kenapa bau ni datang kembali. Aku tak boleh ya Allah. Aku mula terbayang semula perbuatan aku kepada Zulaikha. Aku mula terbayang kata-kata lelaki tadi. Arghh!!

………………………………………………….

    Esoknya aku membuat keputusan untuk berjumpa dengan Lutfi, sahabat baik aku yang agak alim dan pandai menjaga diri. Aku perlu berjumpa dengan Lutfi  untuk membimbing aku. Aku sudah tidak boleh bergerak sendiri !

……………………………………………….

     “Assalamualaikum Daniel ! Sihat? Apa khabar iman?” Mesej daripada Aliya masuk ke skrin telefon aku.

“Waalaikumussalam. Sihat je. Iman mana ni? Iman tu adik aku. Dia okay je kat sekolah dia.”

“Kau ni apahal? Aku maksudkan iman kau. Iman dalam hati kau tu bukannya adik kau.”

“Yelah haha! Aku tahulah. Gurau je. Iman aku okay je. Aku dah bagitahu Lutfi dah.”
“Wah! Yeke? Dia cakap apa? Dia boleh tolong kau kan? Mestilah dia boleh tolong kau sebab kau kan sahabat dia.”

“Dia pesan kat aku jangan buat lagi. Kebelakangan ni keraplah jugak kami keluar makan sekali memandangkan dia tengah cuti sem. Kau pun tengah cuti sem kan?”

“Haah, aku tengah cuti sem jugak. Alhamdulillah, baguslah kau tak seorang sekarang. Risau tau aku dekat kau ni. Takut kau terulang balik.”

“Takdelah. Aku takkan ulang. Kau risau ke? Aku tengok lama menghilang betulke kau risau?”

“Aku mungkin tak tunjuk kata aku risau tapi aku selalu doakan kau tahu? Sweet tak?”

“Sweetnya kau. Bolehlah lepasni kita kahwin.”

“Kau tak habis-habiskan. Zulaikha tu nak letak mana? Ajak aku kahwin konon. Eh, tak boleh dah! Aku sebenarnya nak bagitahu kau. Aku dah nak bertunang.”

“What?!! Bertunang? Apa ni lama hilang tiba-tiba datang nak bertunang. Lelaki tu okay ke? Kau jangan pilih lelaki sembarangan.”

“Lelaki tu baik gila. Dia rajin ke surau. Bila aku nak pergi surau selalu nampak dia. Dia bilal kat surau kolej aku jugak. Hensem tu taklah tapi dia dulu budak sekolah agama. Dia approached aku dulu. Minggu depan aku dah bertunang.”

“Lelaki sekolah agama pun tak semestinya baik. Tak rasa cepat sangat ke? Kau dahlah baru Tahun 1”

“Benda baik tak boleh lambat-lambat.”

     Aku mengeluh. Apa boleh buat? Aku harap Aliya bahagia. Aku bukannya cemburu. Entah mengapa terasa tidak sedap hati. Aku pun sebenarnya dah banyak berubah. Aku dah mula rajin pergi solat berjemaah dekat masjid tapi tak bermakna aku baik gila. Kalau Aliya tahu aku rajin ke masjid jugak mesti dia akan cakap benda yang sama. Aliya ni pun satu, tengok luaran saja. Geram pulak aku.

…………………………………………………

     Setelah beberapa bulan, aku berjaya membuat permohonan ke sebuah institusi pengajian. Aku hanya perlu menunggu masa untuk mendaftar masuk. Zulaikha? Hmm, perhubungan aku dengan dia biasa saja. Tiada perkembangan. Kami kerap bergaduh kerana Zulaikha selalu mencari pasal dengan aku setiap kali aku sibuk bekerja. Aku bukan tidak mahu membalas mesej-mesej dia, aku sibuk dan penat. Tetapi setiap kali perkara macam ni jadi, dia mesti akan mengungkit perbuatan aku yang keji dulu terhadap dia.

“Oh! Dah sedap-sedap dapat aku, sekarang nak buang aku pulak?!”

     Itulah ayat yang sering kali diulanginya. Aku penat mental dan fizikal. Aliya pula, sejak bertunang tidak lagi berhubung dengan aku. Ya, tunang orang mestilah dia perlu menjaga diri. Bukan tunangan orang pun dia perlu menjaga pergaulan.

………………………………………………..

     Suatu hari, aku mendapat khabar daripada Aliya bahawa dia telah berputus tunang kerana tunangnya itu meninggalkannya untuk berkahwin dengan orang lain. Tunangnya merupakan pelajar tahun akhir. Lebih tua daripadanya. Aku dah agak, lelaki itu bukan boleh dipercayai. Kesian Aliya, aku tak tahu cakap macam mana. Susah-susah kau jaga diri yang semahal mungkin, senang-senang sahaja jatuh hati kepada lelaki macam itu.

“Kalau dapat kat tangan aku mamat tu, aku bunuh dia!”

“Bunuh? Kau nak buat dosa membunuh pulak sekarang?”

“Takdelah aku gurau je. Kau kahwin dengan aku jelah nanti.”

“Kau tak habis-habiskan. Tapi kalau Zulaikha kahwin dengan lelaki lain dan kau dah tiada siapa. Aku kahwin dengan kau.”

      Aku tahu waktu itu Aliya hanya sekadar berkata. Mana mungkin perempuan seperti dia mahukan aku yang sudah tidak teruna lagi.

…………………………………………………..

     Hari itu, aku gaduh besar dengan Zulaikha.

“Kenapa Zu tak faham abang, Zu? Jaga diri Zu. Jangan contact dengan lelaki sembarangan.”

“Kau kan dah malas nak layan aku. Suka hatilah aku nak contact dengan siapa pun. Berapa ramai lelaki pun.”

     Sejak kebelakangan ini, Zulaikha sering menghantar screenshot perbualan mesej dia dengan seorang lelaki daripada universiti yang sama dengannya. Lelaki itu cuba memikat hatinya. Bersungguh-sungguh lelaki itu. Aku takut perkara yang sama akan berulang kepada Zulaikha kerana mempercayai lelaki seperti itu.

“Zu, tolongla faham. Abang sibuk cari duit, abang mintak maaf. Jangan buat abang macam ni. Jangan cakap dah dengan lelaki tu!”

“Apa hak kau? Kau dah sedap-sedap dapat aku sekarang kau nak apa lagi? Aku dah takde apa nak bagi kat kau. Kau dah ambil semua yang aku ada. Jadi suka hati akulah nak buat apa pun dengan lelaki lain. Aku dah rosak. Biar rosak je !”

“Zu, please baby. Jangan cakap macam itu. Zu berharga Zu. Abang mintak maaf. Jangan buat macam ni.”

     Beginilah hidup aku setiap hari. Cuba menjaga hati dia. Menjaga emosi dia agar dia kuat dalam kehidupan dia. Aku berharap sangat dia tidak akan mengulang perkara lama. Aku tidak kisah berapa kali dia hina aku kerana perbuatan aku dulu. Ungkitlah sebanyak mana pun aku tidak akan biarkan dia jatuh lagi.

     Sekarang aku telahpun menyambung pengajian aku dalam bidang seni bina. Aku juga bekerja separuh masa untuk mencari duit bagi menampung hidup Zulaikha. Sejak dua bulan lepas, Zulaikha disyaki menghidap kanser hati. Aku terpaksa mencari duit lebih bagi perubatan dia. Kakak Zulaikha sudah tidak mempedulikannya. Mak Zulaikha pula semakin tenat kerana sakitnya. Kadang aku berasa seperti ingin memberontak. Ingin hidup seperti lelaki lain. Lelaki lain yang sebaya dengan aku tetapi apakan daya, aku tidak punya hak berbuat demikian. Aku perlu bertanggungjawab atas segala perbuatan lalu aku. Aku perlu berkorban.

………………………………………………..

      Setelah dua tahun berlalu, pagi itu, aku mendapat berita yang amat menyedihkan. Aliya telah pergi meninggalkan dunia. Dia telah terlibat dalam kemalangan kereta. Pada mulanya, dia tidak cedera apa-apa tetapi malam itu, dia meninggal dalam tidur. Mengikut siasatan, berlaku pendarahan dalam organ dalamannya. Sebenarnya sepanjang dua tahun itu jugalah dia tidak pernah berhubung dengan aku. Seingat aku kata-kata terakhirnya,

“Daniel, sejauh mana pun kau pergi. Sehebat mana pun kau suatu hari nanti. Jangan lupa pada Allah. Allah dah tetapkan jalan pengorbanan buat kau untuk latih kau jadi seseorang yang berjaya. Aku percaya satu hari nanti kau akan berjaya jadi manusia yang hebat dalam agama dan hebat dalam perniagaan.”

……………………………………………….

     Tahun demi tahun, aku berjaya membuka sebuah syarikat kecil untuk perniagaan aku sebaik sahaja aku menamatkan pengajian. Aku juga banyak menyertai pasukan sukarelawan bagi membantu mereka yang memerlukan. Zulaikha? Setahun sebelum aku tamat pengajian, dia juga telah pergi dijemput Illahi kerana kansernya yang tidak dapat diselamatkan. Sekurang-kurangnya dia berjaya bertahan dengan sakitnya selama empat tahun dengan perubatan yang dia terima.


     Aku tak menyesal dengan apa yang telah berlaku bahkan aku bersyukur Allah meletakkan aku di jalan ini. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa susahnya aku untuk berhijrah pada masa yang sama berkorban dan bertanggungjawab. Aku yakin Allah menjemput orang-orang yang aku sayang dengan sebab untuk aku memulakan kehidupan baru aku. Terima kasih ya Allah. Pesanan aku, setiap manusia itu diuji dengan berbeza-beza tahap tetapi tak bermakna kau mempunyai tiket untuk memulakan dosa-dosa besar. Aku lihat zaman sekarang, orang sudah tidak peduli lelaki perempuan keluar lepak malam-malam sekali. Duduk bersebelahan sekali macam tidak ada apa yang akan berlaku. Tidak! Jika kau berfikiran begitu, lihatlah aku. Dahulunya aku juga fikir begitu. Setakat lepak sekali, duduk bersebelahan sekali tidak ada apa-apa tapi akhirnya? Sama-sama berfikir. Doakan aku kuat sampai bila-bila.
Friday 20 January 2017

Cerpen : Kerana Hijrah dan Pengorbanan.

     Aku seorang lelaki. Nama aku Daniel. Aku punya rupa yang manis dan berkulit hitam manis. Sebelum ini aku membesar seperti orang lain. Ada didikan agama, bekas pelajar sekolah berasrama penuh. Akademik? Bukanlah seseorang yang cemerlang. Biasa. Sempurna seperti pelajar lain. Ada kekurangan itu biasa, seperti mereka yang lain juga punya kekurangan dalam segenap kehidupan.

     Engkau pernah jatuh cinta? Pernah berasa bahawa cinta itu sebuah kehidupan? Pernah terperangkap dalam dosa cinta yang penuh noda? Ikuti kisah aku.

Cinta dan Nafsu

    “Hye” aku hantar mesej dalam Whatsapp.
“Assalamualaikum,” Aliya memberi salam kepadaku. Fuh! Sentap! Aku dan Aliya berkawan baik sejak Tingkatan 4 lagi. Sehingga kini, dia merupakan kawan perempuan yang paling baik dengan aku. Kadang-kadang kami berbalas mesej untuk berbincang pendapat, meluah perasaan dan sebagainya. Namun, sejak Aliya dan aku masing-masing sudah melanjutkan pelajaran ke kolej, kami sudah jarang berhubung. Adapun Aliya akan hanya mencari aku apabila perlu. Aliya juga telah banyak berubah sejak masuk ke kolej. Katanya ingin belajar menjadi wanita solehah yang menjaga ikhtilat.

“Waalaikumussalam, HAHAHA. Deep betul.”

“Ha, kenapa?”

“Takde, saja. Kau sambung degree bila eh?”

“Em, dalam bulan Sembilan ni masuklah. Kau doakan aku eh. Em, kau lagi setahun kan dekat kolej. Aku doakan kau boleh bertahan lagi setahun. Nanti kau susul aku pulak masuk universiti.”

“Em sebenarnya Aliya, aku dah tak belajarlah. Aku dah berhenti belajar.”

“What?! Kau melawak eh?”

“Aku tak melawak Aliya. Aku dah berhenti. Sekarang aku tengah kerja. Kumpul duit untuk apply diploma pulak.”

“Kenapa berhenti? Tak boleh bawak ke subjek kolej? Aku faham susah. Tapi kau pun, sebelum nak berhenti tanyalah aku dulu. Cerita dulu ke apa.”

“Kau pandai takpelah. Takpe, aku kumpul duit mula balik belajar lepastu kahwin dengan tunang aku tu”

“Yelah tu. Tunang? Kau tak habis-habis. Kan aku dah cakap dekat kau, tunang tu yang buat betul-betul majlis pertunangan tu, ini kau setakat cakap dengan dia nak kahwin je pun. Ini bukan dikira bertunang.”

“Hahaha. Aku tahulah. Alah kau dulu tolak cinta aku. Kalau tak sekarang kau lah tunang aku.”

     Aku pernah meluahkan perasaan aku kepada Aliya sewaktu Tingkatan 4 tetapi Aliya menolak perasaan aku. Sekarang, aku bercinta dengan seorang perempuan yang aku kenal sejak sekolah jugak, sewaktu Tingkatan 5. Dia satu-satunya perempuan yang tidak pernah menolak perasaan aku. Ya, dia satu-satunya. Bayangkan selama aku di sekolah menengah, aku pernah menaruh perasaan kepada seseorang selain Aliya, tetapi ditolak jugak mentah-mentah! Bahkan Aliya juga menolak perasaan aku ! Tetapi orang pertama yang menerima perasaan aku ialah orang yang aku anggap sebagai tunang walaupun pada dasar Islam tidak ada istilah tunang dalam hal ni.

……………………………………………….

“Aliya, kau lahir bulan Aprilkan? Kau suka apa?” aku menghantar mesej Whatsapp kepada Aliya pagi itu.

“Hmm, kau nak belikan aku hadiah ke? Aku suka teddy bear. Cokelat.”

“Aku nak belikan teddy bear besar kat tunang aku.”

“Gilalah kau ni. Teddy bear besar tu mahal lah.Ingatkan tanya sebab nak belikan kat aku. Dia lahir sama bulan dengan aku ke? Kalau sama, tak bermaksud apa yang kami suka pun sama.”
“Hahaha.”

Selepas beberapa hari,

     “Aliya *Emoji sedih*…”

“Dah kenapa? Bukan haritu kemain happy sangat.”

“Aku taktau kenapa, tunang aku dah dapat teddy bear tu tapi dia marah sangat. Katanya, aku membazir beli benda yang mahal macam ni. Teruk dia marah dan merajuk.” Aku mengadu pada Aliya sambil menghantar screenshot perbualan aku dengan ‘tunang’ aku.

“*membaca pada skrin perbualan tersebut* . Hmm mungkinlah dia patut tegas sikit sebab mahal teddy bear tu. Tapi tak perlulah marah teruk sangat sampai nak kembalikan hadiah kau tu. Ish Daniel, aku nak cakap sikitlah. Kau tahukan couple ni salah. Lepastu kau ni ikut sangat rentak dia. Kau rela kena marah apa semua. Kau ni layak orang yang lebih baik tau.”

“Aliya, aku ni bukanlah orang yang baik sangat.”

“Daniel, aku kenal kau dari dulu lagi. Kau memang baik. Nakal tu perkara biasa lah. Remajakan?”

“Tak Aliya. Kau taktau apa yang jadi kat aku. Aku ni teruk. Aku ni jahat. Kau nak tahu ke apa yang aku pernah buat?”

“Alah kau ni. Over sangatlah. Kenapa ni? Kau nak cerita apa? Aku baca.”

“Aku sebenarnya…”

“Sebenarnya?”

“Aku pernah terlanjur…”

     Aliya diam. Tidak membalas. Aku tahu dia mesti terkejut. Memang mustahil lah dia nak percaya. Aku sendiri tidak percaya pada mulanya aku boleh terjerumus ke lembah zina. Aku ini bukanlah pelajar nakal di sekolah. Sekolah aku pun sekolah yang ternama. Didikan agama pun boleh tahan mantap di sekolah aku. Kehidupan aku juga macam orang lain. Macam engkau di luar sana mungkin? Tetapi sampai satu ketika, aku sendiri tidak menyangka aku pernah berzina.

“Aliya. Itu dulu, aku dah berubah. Aku dah bertaubat. Aku menyesal sangat atas apa yang aku buat. Hidup aku dah tak sama sejak benda tu berlaku.”

“Aku faham. Daniel, kau kawan aku. Aku kenal kau macam mana tapi aku tak sangka benda macam ni boleh jadi. Kalau aku tahu, waktu kau kenal perempuan tu awal-awal lagi aku dah suruh kau hentikan. Jangan couple. Aku tak sangka boleh jadi macam ni. Aku dah gagal . Aku dah gagal bertanggungjawab sebagai seorang kawan.”

“Aliya, kau tak salah. Aku yang salah.”

“Boleh kau cerita kat aku apa yang jadi?”

      Aku mengimbas kembali apa yang berlaku pada malam itu. Kekasih aku yang aku anggap ‘tunang’ namanya Zulaikha. Malam itu Zulaikha baru pulang sempena cuti sem dari universiti. Aku telah berjanji dengannya untuk menjemputnya di stesen bas. Aku menjemputnya dengan kereta. Pasti engkau tertanya-tanya mengapa aku yang menjemputnya? Mengapa tidak ibu bapanya atau ahli keluarganya? Zulaikha hidup hanya dengan ibunya dan seorang kakak. Hidup mereka serba kekurangan. Kakaknya sibuk bekerja, ibunya pula sakit dan hanya berada di rumah. Jadi, jika bukan aku yang menjemput Zulaikha, pasti dia terpaksa menaiki teksi dari stesen bas untuk ke rumah.

    Sewaktu di dalam kereta. Aku memandu dan berbual dengan Zulaikha seperti biasa. Senyumannya indah. Wajahnya putih mulus. Aku amat merinduinya setelah sekian lama tidak berjumpa. Entah mengapa, tiba-tiba aku berhenti di tepi jalan. Di suatu tempat yang agak terpencil dan gelap. Aku mula memandang Zulaikha. Pada asalnya aku hanya memandang dengan perasaan rindu namun entah mengapa perasaan rindu itu bertukar menjadi nafsu. Aku mula menyentuh tangannya. Zulaikha hanya diam dan terkedu. Mungkin tidak tahu mahu membuat reaksi apa atau mungkin hanya berdiam kerana mahu menjaga hati aku. Selepas aku menyentuh tangannya, entah bila dan bagaimana akibat nafsu yang tidak dapat aku kawal itu, dengan sekelip mata perkara terjadi dengan amat pantas. Aku tidak ingat bagaimana aku dan dia boleh melakukan perkara itu. Sekelip mata. Semuanya berlaku dengan sangat pantas. Seingat aku Zulaikha ada berkata-kata.
“Daniel…”

“Takpe baby, kejap je”

     Ya Allah, ampunkanlah dosa hambamu ini ! Hinanya aku ya Allah ! Aku telah meragut satu-satunya mahkota wanita. Sewaktu kejadian, entah bila perlakuan kami ditangkap oleh seorang polis. Kebetulan seorang polis lalu di tempat kejadian. Mungkin Allah tidak membenarkan kami bergelumang lama dengan maksiat ! Aku dan Zulaikha tertangkap. Kami menangis. Aku sendiri tidak menyangka begitu cepat, aku mampu melakukan hal sedemikian. Perkara yang sangat dikeji. Aku terasa badanku sangat jijik. Aku melihat Zulaikha yang sedang teresak-esak . Maafkan aku, maafkan aku .

     Setelah dimarah teruk oleh anggota polis itu dan dia juga siap menghubungi ayah aku dan kakak Zulaikha, kami merayu agar dilepaskan. Kami merayu agar perkara ini tidak disebarkan atau dilaporkan kepada jabatan agama Islam. Akhirnya , mungkin kerana melihat kami yang punya masa depan yang masih panjang, anggota polis tersebut melepaskan kami dengan syarat aku dan Zulaikha wajib bertaubat.

    Teruk aku dimarahi ayah aku. Ampunkan abang ayah. Abang berdosa. Abang malukan ayah. Aku terfikir, jika aku dimarahi sebegini teruk apatah lagi Zulaikha, pasti dia dimarahi teruk oleh kakaknya yang bengis.

     Sehingga kini, perkara ini telah dirahsiakan daripada ibu aku dan adik-adik aku juga ibu Zulaikha. Aku tak sanggup melihat reaksi ibu aku jika dia tahu dan pastinya Zulaikha tidak sanggup melihat ibunya yang sedang sakit itu tahu akan apa yang telah mereka lakukan. Hanya seorang sahabat aku sejak sekolah sehingga kolej sahaja yang mengetahui perbuatan aku dan sekarang, Aliya telah pun mengetahui aib yang selama ini aku simpan.

“Semuanya berlaku dengan sangat cepat Aliya. Sampai sekarang aku rasa diri aku ni sangat jijik.”

“Daniel, jangan cakap macam tu. Kau dah bertaubat. Kau dah berazam takkan ulang lagi salah kau. Sebesar mana pun dosa kau, Allah itu Maha Pengampun. Allah tu akan terima taubat hambanya. Lagi kau bersungguh-sungguh lagi Allah nak kau kembali ke jalan Dia.” Aliya menangis. Dia berasa sangat kesal, kesal dengan diri sendiri kerana membiarkan kawan terjerumus ke lembah hina.

“Hidup aku dah tak sama macam dulu Aliya. Sejak benda tu jadi, hidup aku huru-hara. Pelajaran aku hancur. Aku kena buang kolej sebenarnya atas keputusan aku yang sangat teruk dan memang dah takde harapan. Aku bukan berhenti kolej, aku dibuang.”

“Ya Allah, maafkan aku Daniel. Aku tak tahu benda ni jadi kat kau. Kau tak pernah cerita. Bila aku whatsapp kau cakap pasal exam kolej kita yang selaras semua negeri, patutlah kau macam mengelak. Maafkan aku.”

“Takpe Aliya. Kau tak salah apa pun. Aku yang tak bagitahu kau awal-awal. Aku tak nak ganggu prestasi kau kat kolej.”

“Sekarang, hidup kau macam mana? Siapa yang bimbing kau? Kau tak boleh bergerak seorang Daniel. Kau perlukan orang untuk bantu kau. Kau perlukan kawan lelaki yang kuat ilmu agama, kuat akidah untuk bantu kau. Aku tak boleh ada dengan kau. Aku perempuan Daniel. Kau kena cari kawan macam tu. Ha, Lutfi ! Lutfi kan baik dengan kau? Dia tahu tak pasal ni?”

      Lutfi? Lutfi merupakan kawan baik aku sejak sekolah menengah. Dia memang baik dan alim. Dia juga seorang yang kacak dan diminati ramai. Walaupun kami berkawan baik, perangai dia sangat berbeza dengan aku. Kalau Lutfi tahu, bolehkah dia terima aku?

“Aku belum bagitahu dia.”

“Kau belum bersedia ke Daniel? Aku tak paksa kau, tapi kau kena ingat yang bila kita nak berubah ni, kita takkan kuat kalau bersendirian. Kita perlukan bantuan. Aku yakin Lutfi tu boleh bantu kau.”

“Baiklah Aliya, sampai masanya aku bagitahu dia.”

“Daniel, kenapa tak kahwin?”

“Aku tak mampu Aliya. Lepas apa yang jadi, aku memang terfikir nak mengahwini ‘tunang’ aku tu tapi, dia tak nak. Dia still nak belajar. Dia nak capai impian dia dulu.”

“Hmm macam tu ke. Kau kata kau dah bertaubat, tapi kenapa kau still couple dengan dia? Aku tak nak benda yang sama berulang !”
“Aku tak boleh tinggalkan dia Aliya. Kau gila ke? Lepas apa yang aku buat dekat dia, kau ingat senang-senang je aku boleh tinggalkan dia? Aku kena bertanggungjawab Aliya. Aku dah ragut satu-satunya mahkota yang dia ada, aku tak boleh tinggalkan dia macam tu je. Hidup dia bukan senang Aliya. Dia hidup susah. Mak dia dahla sakit tenat. Kakak dia pulak asyik marah-marah dia je sejak kejadian tu. Layanan kakak dia dekat dia dah teruk sejak apa yang jadi. Dia ada siapa je dalam dunia ni yang boleh dia bergantung? Sebabtu aku kerja sekarang. Ada je duit, aku simpan untuk belajar dan juga untuk tampung hidup dia. Aku tak boleh tinggalkan dia.”

“Hmmm…Kau memang baik Daniel. Kau lelaki yang bertanggungjawab. Mak dia tak tahu pasal apa yang jadi tapi mak dia tahu pasal Zulaikha couple dengan kau?”

“Tahu tapi mak dia tak suka aku. Aku ni tak pandai, takde rupa. Tak sekaya yang mak dia harapkan dia dapat. Tapi aku tak pernah kisah pun semua tu asalkan aku dapat pastikan dia hidup senang. Sampai sekarang, mak dia tak tahu yang dia still contact dengan aku. Mak dia pun tak tahu aku bagi duit dekat dia. Mungkin mak dia expect duit tu datang daripada kakak dia dan dari pinjaman.”

“Daniel, kau betul-betul kuat. Baru umur macam ni kau dah boleh bekerja dan tampung kehidupan orang yang mak dia sendiri tak dapat terima kau.”

Ya Allah, moga Allah ampunkan dosa Daniel. Berkatilah pengorbanan dia ya Allah….


Apakah sambungan cerpen ini? Apa yang terjadi pada Daniel sekarang? Adakah dia berterusan tabah dalam menampung kehidupan Zulaikha pada masa yang sama kembali mencari jalan yang diredhai Allah? Kalau hampa suka cerpen ni sila komen untuk mahukan sambungan cerita ini. Kalau takda sambutan, Hana nak simpan buat pekasam sambungan dia muehehehe. Moga penulisan aku diredhai Allah.
Thursday 19 January 2017

Cerita Hantu UKM : Bas Hantu Sem 1

Hyep assalamualaikum !

Mueheheh. Malam-malam macam ni sejuk pulak tu dahla malam Jumaat kan macam sesuai ja nak cerita hantu. Cerita yang bakal Hana kongsi ni ialah kisah benar. Tidak terjadi pada diri Hana tapi rumet Hana. Rumet Hana ni macam innocent, baik ja. Jadi mustahil dia nak tipu. Lagipun kami boleh tahan rapat so boleh dipercayailah kesahihannya.

Pernah dengar tak pasal cerita hantu bas kat UKM ni? Kot yang jenis fanatik gila cerita hantu ni memang duk google pelbagai jenis cerita hantu kan. Kat UKM ni ada bas hantu. Waktu mula-mula kami masuk memanglah duk dengar senior cakap.

"Korang kalau dah pukul 12 lebih ke atas tu terserempak dengan bas lagi jangan pegi naik pulak. Tu bukan bas betul."

Duk dengarlah senior pesan cenggitu kan. Tapi Hana macam ek eleh ada ka bas hantu. Bila jadi kat rumet baru teruja nak percaya.

Ceritanya begini....

Malam tu, malam Jumaat. Rumet Hana ni namanya Ilaiha. Malam tu Ilaiha baru habis kelas silat. Depa punya kelas silat memang selalu habis lewat malam. Tapi kalau habis lewat malam selalunya depa jalan kaki ja jauh-jauh cemtu takpun tumpang kereta senior. Tapi malam tu dia dengan kawan-kawan dia jalan kaki cam biasa la. Memang jauh tempat depa berlatih silat dengan kolej kami. So jalan ramai-ramai ni kat tepi jalan dalam pukul 12.30 dan ke atas pada malam buta.

Bas UKM ni beroperasi dari 7 pagi sampai 11 malam. Selalunya bas terakhir jam 10.45 malam. Hana sendiri pernah naik bas terakhir. So memang taulah lepas daripada pukul 11 malam tu memang tadak bas dah. Tapi waktu depa duk jalan tu tiba-tiba bas ada bas lalu. Bas tu lalu ja tepi depa memang tak berhenti pun. Bas tu gelap ja dalamnya. Lampu pun tak bukak. Tapi memang ada pemandu lah. Ok bas ni gambarannya macam bas rapid tu. Lebih kurang bas rapid bas UKM ni. Kita boleh nampak sapa kat dalam dan nampak kerusi apa semua.

So waktu bas tu lalu depa ni memang tak pikir apa dah. Ha la depa pun taktau dah lewat mana lah pak cik bas nak berhenti kan. Jalan punya jalan lagi tiba-tiba ada satu bas lalu pastu berhenti tepi depa. Kali ni bas tu cerah. Dan ada penumpang. Ada dua tiga orang dalam tu. Depa pun dengan penatnya baru habis kelas silat memang tak pikirlah apa pun, yang depa tau waktu tu nak naik ja sebab dah penat sangat. * dan juga depa tak fikir langsung pasal hantu.

Orang pertama yang naik bas tu, kawan si Ilaiha ni. Dia pakai t-shirt kolej. Lepastu naik ja pak cik bas tu bukan main lagi tersenyum-senyum.

"Nak pergi kolej Zaba ye" kata pak cik bas,

Lepastu kawan yang tu angguklah . Lepastu Ilaiha pulak naik. Ilaiha berpakaian lengkap baju silat. Pastu pak cik tu cakap.

"Oh patutlah berani, budak-budak silat rupanya"

Dan seterusnya kawan-kawan silat semua naik bas. Memang depa sengih ja waktu pak cik tu cakap. Memang tak fikir langsung apa-apa. Cuma Ilaiha dah syak pelik dah awat pak cik bas ni kan.

Dalam bas tu, penumpangnya semua memang manusia la. Memang nampak macam manusia. Cumanya depa tu semua diam ja. Mata depa pandang depan ja tak beralih mana-mana. Tak pandang depan, pandang depa-depa yang budak silat nih. Memang tak pegang fon ka. Tak main fon. Tak sembang ngan kawan. Tak tengok luar tingkap ka apa macam kita selalu buat kalau naik bas. Pelik kan? Hanya pandang depan sambil tengok depa ni semua. PELIK.

Dan lagi pelik Hana terbayang tau gaya orang yang duduk dalam bas tu. Hana teka ja kat Ilaiha. Sorang lelaki cina duduk kat seat belah kanan. Dua orang perempuan bertudung duduk kat seat kiri. Memang betul ! Ilaiha cakap memang betul depa ni yang duduk kat dalam bas haritu. Hana pun taktau macam mana Hana boleh terbayang tepat macam tu.

So sambung cerita. Dah sampai kat simpang nak naik ke bukit kolej kami, pak cik bas tiba-tiba tanya.

"Korang taknak pergi FUU ke?" [FUU tu Fakulti Undang-undang]

FUU ni sebelum ke simpang kolej kami, nak pergi FUU jalan straight ja. Tapi yang peliknya FUU ni kalau ikut jadual bas pun kalau sebelum berhenti ke FUU memang akan lalu Kolej Zaba dulu baru pi FUU tapi taktau kenapa pak cik ni tanya macam ni.

Depa pun jawablah takmau pi. Depa dah penat sangat. Pastu pak cik tu cakap lagi.

"Ala yeke, pak cik ada barang nak kena angkut ni"

Depa pun tak pikir apa. Cuma cakap taknak ja. Lepastu depa tanya penumpang lain yang belakang tu. Ada sapa-sapa tak nak pergi FUU. Yang lain tu semua tak jawab langsung. Angguk tak, geleng pun tak. Cuma pandang ja depan. Pandang depa. SCARY KAN.

Lepastu pak cik tu pun naik ke kolej kami. Lepas depa turun dari bas tu yang peliknya rumet Hana dah syak dah. Kenapa penumpang lain tu tak turun, Sedangkan ni perhentian terakhir. Sebab kan dah nak dekat pukul 1, pak cik tu mesti dah nak berhenti beroperasi kenapa yang lain tak turun. Lepastu depa tak pikir just terus balik.

Esoknya baru rumet Hana si Ilaiha tu rasa pelik. Pastu dia pun ceritalah kat sorang budak kelas dia ni. Budak ni dulu asasi pintar kat UKM. Lepas ja dia cerita, budak tu terkejut. Dia tanya Ilaiha kenapa naik bas pukul 1 pagi cam tu. Katanya bas UKM kalau time macam tu bukan bawak orang, dia bawak benda lain. Katanya mitos UKM lah, memang ada bas beroperasi tengah malam buta macam tu tapi bawak benda lain. Macam bunian ka yang nak ke tempat-tempat lain. Bukannya bawak manusia. Huhuhu. Katanya lagi pasal ada cerita 7 perigi kat UKM ni dan cerita pasal perhentian bas ni salah satunya kat FUU. ERGHHH PATUTLAH PAK CIK TU NAK PI FUU.

Hana pun cakap kat Ilaiha, mesti pak cik tu sebenarnya dah janji dengan mana-mana benda tu ka kata nak pi amik kat FUU pastu dia takut terlambat haha. Lepastu sepatutnya bas tu tak berhenti selagi kita tak suruh berhenti, mungkin time depa berjalan tu ada benda yang tahan bas tu kot tapi depa yang pi naik sekali dengan benda tu. Sebab tu lah kot pak cik tu berhenti dan cakap beraninya haha. Macam kan bas first tak berhenti kan dahla gelap. Mungkin bas first tu dah penuh muehehe.

Okay tu ja setakat ni. Penatlah taip. Sorry tadak gambar. Nak letak tapi nantilah bila Hana amik gmbar bas UKM. Lupa nak amik haha. Moga terhibur muehehe.


Wednesday 18 January 2017

Life universiti : Degree

Hyep assalamualaikum !

    Perhatian ! Post ini hanya untuk mereka yang berminat untuk tahu kehidupan degree di universiti sahaja. Bagi mereka yang terlintas dalam fikiran 'eleh aku dah lama masuk degree dia baru nak hapdate life dia' sila beredar huehue.

Okay nak cerita apa nih? Em life universiti? Hampa yang budak asasi, budak diploma, mesti dah tau dah kan lide universiti macam mana. Buat apa ja kan. Tapi sebenarnyalah ada kelainan life waktu degree dengan asasi, diploma. Kenapa tak sebut matrik? Sebab matrik bukan universiti? Tak boleh nak kait pun sebenarnya. Hana sendiri bekas matrik kan, memang lain lah. Lain sangat.

Sebenarnya dulu, Hana minat sangat nak masuk U. Sebab dulu waktu kecik-kecik Hana suka sangat drama malam-malam tu. Drama Dunia Baru kat TV3 tu. Cerita pasal budak-budak life universiti. Memang menarik ah bila tengok.

Ingat nak selit gambar drama tu kat atas ni tapi pelakon-pelakon yang dulu semua, hmm nak jaga aurat haha lagi pun mostly semua pelakon tu dah bertudung alhamdulillah so kalau hampa rasa nak tau drama apa tu bolehla google.

Waktu Belajar

Kat universiti ni atau lebih tepatnya kat UKM ni kalau subjek wajib fakulti, dia dah tetapkan jadualnya. So hampa tak bolehla susun. Tapi macam subjek 'citra' kat UKM ni ada subjek citra ni kononnya macam subjek kokurikulum lah kiranya. Ada kelas bahasa ka apa ka. Yang tu hampa boleh susun sendiri nak bila. Boleh pilih time . Rasanya memang lain universiti pun sama ja. So macam kalau hampa ni jenis yang pemalas bangun awal pagi, bolehla susun jadual kelas petang-petang. Tapi kalau jadual dah tetap tak bolehla ya.

Ha study untuk kuiz ka revision untuk exam ka semua tu terpulang pada diri masing-masing. Dulu kan, kat matrik waktu dah fixed, balik kelas ja malam tu mesti buat assignment takpun tutor. Tapi kat universiti ni masyaAllah, no one cares. Hang nak tidur ka, hang takmau buat kerja ka bukannya kena hantar pun. Macam Hana, kami punya lecturers jarang bagi assignment suruh hantar. Ada pun dia mintak buat ja nanti bincang dalam kelas. Tapi macam biasa lah, who cares. Aduh !


Ponteng Kelas

Kat U, ikut suka lah hang nak mai kelas ke dak janji tak lebih percentage yang dia amik kira untuk CGPA tu. Tapi kan, kat kelas kami nih satu kuliah Fizik ni lebih kurang 30 orang lebih ja jadi sapa takmai tu macam lecturer kenal lah. Sebenarnya, kalau nak ponteng tu nasihat Hana pandai-pandai lah guna alasan yang baik. Mungkin haritu hang memang betul-betul barai ( serabut ) ka, memang takleh masuk pun kalau study, bolehla jugak takpi kelas. Ni kalau hari-hari memang pemalas taktau lah nak kata apa.

Tapi mostly lecturer kan, dia suka bagi kuiz time hang tak mai kelas. Ha nasiblah ! Dahla kuiz tu penting untuk carry mark.

Hana sepanjang sem 1 ni tutorial dua kali ja Hana pernah ponteng ( jujurnya ) Haha. Tutorial maths. Tahniah lah buat sesiapa yang sangat suci tak pernah ponteng kelas. I've told you kan, Hana ni bukannya jenis budak-budak suci sangat. Hana macam budak biasa ja. Bagi Hana sekali dua perlu kot untuk hilangkan stress. Tapi waktu Hana cuti sakit, time tu lah lecturer suka sebut nama Hana panggil suruh jawab soalan Mekanik. Cis. huehue


Carik Pengalaman

Hana duduk universiti nih kan, setakat ni pengalaman yang Hana dapat banyak melalui badan dakwah yang Hana join iaitu PEMBINA. Yezza, sapa yang berminat nak tau lebih lanjut pasal PEMBINA sila lah pm tepi. Banyaklah pengalaman Hana dapat sepanjang satu sem. Apa yang kita perlu tau, hidup dalam universiti ni bukanlah hanya semata-mata BELAJAR. Pleaselah minda tu tolong berkembang sikit. Time hang duduk kat universiti ni lah hang kena carik platform untuk hang kerja ka, berdakwah ka, carik connection baru dengan orang besar-besar ka. Time ni lah! Hana nasihat ni untuk kawan-kawan yang dah masuk uni jugak ye, Hana tau ada antara hampa yang asyik belajar ja. Tapi tak cuba carik pengalaman baru. Nanti masuk kerja, orang bukan nak tengok pointer sangat, orang tengok pengalaman kita. Secacara generalnya, orang yang banyak pengalaman ni soft skills dia baguih.


Ni gambar time Hari Keluarga Isma. Dapat makan free oiii. Banyak pulak tu.


Setakat ni Hana sangat seronok duduk universiti. Alhamdulillah sebab kalau pandai carik kawan, pandai bergaul dengan orang. Kita takkan ada masalah. Kadang masalah tu berpunca dari diri kita sendiri. Susah sangat nak bergaul dengan orang lain sebab kita terlalu nak sangat orang ikut cara kita.  Well, duduk uni ni rasa macam takmau balik rumah actually. Sebab duduk rumah dah tadak apa nak buat. Tapi fikir baliklah, kita ada mak bapak kat rumah. Kena balik jugak tolong apa yang patut. Jadi anak yang baik ya anak-anak sekalian. Kadang kalau nak balik sangat tu sebab malas belajar huehue teruk betul.



Inilah kuliah kami. Ramai lelaki hergh. Sebab fizik kan.

Cakap pasal ada tak pengalaman terlanggar orang pastu buku berterabur pastu bertentangan mata macam dalam drama tu oh ya Allah NO. Hana tak experience benda-benda tu. Hergh tolonglah. Tapi memang dalam kelas Hana budak lelaki yang Hana macam bolehla sembang just Edwin, and he's an indian guy. Hana tak sempat pun nak experience tu setakat ni sebab Hana garang tau haha. Depa takuit ngan Hana. Ha la kena lah garang nak jaga ikhtilat kan. Tadak maknanya nak belajar sekali apa semua. .T.T



Inilah barisan akhawat dalam usrah Hana. Semua baik-baik belaka alhamdulillah moga istiqamah.

Ohya , masuk sini Hana ada seorang sahabat yang sangat Hana sayang nama dia Hadirah. Tapi banyak sebenarnya gambar Hana dengan dia malulah nak share kat sini. 


Dan inilah akhwat Pembina Daerah Hulu Langat. Ha semua ni hebat-hebat belaka ni subahanAllah. Memang akhlak apa semua terbaik aceywah cam nak promote pulak akak-akak ni kat hampa eh.


Okaylah tu ja. Kalau nak tanya apa-apa sila komen ya.

p/s nanti Hana cerita pasal cerita hantu UKM muehehehe.
Monday 16 January 2017

Kembali.

Hyep assalamualaikum !

Lamanya tinggal blog ni. Sejak Ramadhan kan? Maaf sangat-sangat kepada readers yang memang tunggu post daripada Hana. So Hana baru habis satu sem degree. Hana ingat nak sambung menulis balik lepas ni. Ingat nak cerita life degree so far untuk next post. Setuju tak? Hihi. Hana tau mostly readers ramai hadek2 sebabtu nak cerita tu. Macam mana life degree. Macam dalam drama tu ka bla bla. So kalau nak tau nantikan next post ! Hana janji tak hilang lagi hahaha. Tunggu tau. :D