Saya tak rajin untuk menuntut ilmu seperti Saidatina Aisyah, saya tak selembut Saidatina Khadijah, saya tak setaat Saidatina Fatimah . Tapi tak mustahil untuk saya dan ' anda ' cuba untuk jadi seperti mereka. InsyaAllah.| Jangan sesekali kita lupakan Al-Quran, takut nanti Al-Quran lupakan kita, siapa nak tolong kita di akhirat kelak? | Doakan mereka yang sedang berjuang mati-matian di Palestin sanaa, insyaAllah sama-sama kita berdoa. | A true dreamer is the one who will never stop dreaming and works very hard to make their dream comes true...
Saturday, 23 April 2016

Life kat matrik : Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)

Hyep assalamualaikum !

So ramai yang request kat Hana suruh cerita pasal life kat kmpp aka Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Mesti excited nak tau kan yang hadek hadek nak masuk kmpp bulan 6 ni ha. Huahua. Ok memandangkan yang nak tau pun mesti hadek-hadek so Hana gelarkan diri sendiri sebagai hakak lah ya. Apa yang hampa nak tau pasal KMPP sebenarnya?

Dulu awal-awal hakak sebelum masuk kmpp kemain benda yang hakak nak tahu sekali ialah cerita hantu ! Wuuu. Tapi tak ramai yang cerita pasal hantu kat kmpp. Dahtu bila cerita cam tak clear. Tak syiok ah baca en. Tak feel. So memandangkan hakak pun pernah jadi jakun cam hampa nak tau padia yang ada kat kmpp. Cemana life matrik, susah dak. Stress dak. Hakak akan kongsikan satu persatu in sha Allah. Mohon bersedia untuk baca. Kalau rasa malas sangat nak baca hakak merapu ni boleh angkat kaki dah kot, haha.

 PERSEDIAAN AWAL 

Mestilah kena bersedia mental dan fizikal secukupnya. Yang tu semua orang tau kan. Maksud hakak, borang-borang yang nak kena cop, slip akaun semua pastikan cukup. Pastikan apa yang depa nak tu hampa dah sedia siap-siap. Yang salinan fotostat semua make sure dah dicop /disahkan tok penghulu ka apa ka okay? Jangan dh smpai sana baru kalut nak prepare semua. Sebab bila sampai sana, memang lecturers bagi masa hampa balik rumah hujang minggu untuk settle borang tapi kalau yang duduk jauh2? Tambah-tambah orang Kelantan dahla ramai yg dapat kmpp. Takkan nak balik rumah kot. Pengalaman hakak, kawan2 yang Kelantan terpaksa post borang-borang depa semua kat rumah suh mak ayah tolong settle kan cop semua. Ish menyusahkan ja. Jangan susahkan parents hampa ok? Settlekan siap-siap.

LIFE KAT MATRIK

*maaflah malas nak crop. ni ss ja dri insta. banyak gmbar kmpp kat insta hakak.


Saya lemah sains, cemana nak go on matrik?

Secara jujurnya hakak nak cerita pasal life kat matrik ni banyak benda dek. So cerita penting-penting jelah ya. Sebelum masuk matrik, mesti hampa akan dengar orang cakap ish matrik ni susahlah. Takdak sijil. Keluar nanti kalau result tak ok kena lelong bla bla bla. Stress bla bla. Ya, hakak ngaku memang hampa akan dengar punya semua tu. Seriously hakak cakap, siapa yang cakap tu semua pemalas nak belajar sebabtu depa cakap cam tu. Hakak duk sini syiok ja serious2. Stress tu biasalah. Nama pun pelajar dan kita belajar, mestilah stress. Pasal kena lelong tu, buat apa nak fikir kena lelong ke dak? Hampa mai belajaq dulu kat sini. Rasa dulu baru fikir apa nak jadi lepastu. Kita yang tentukan masa depan kita. Kalau kita fikir ish aku ni tak berapa okay subjek sains, nanti mesti kena lelong.

Dak dak. Hakak ni subjek sains smua C waktu SPM dulu. Hakak dapat 6A 3C. Yang tiga-tiga subjek C tu yang nak kena amik kat matrik ni ha. Chemistry, Physics and Add Maths. Gila bak hang, mula-mula masuk memang jammed ah. Bayangkan basic pun hakak dapat C cemana nak go on kat matrik kan? Tapi sebabkan semangat nak belajar dan hakak memang sangat sangat sangat fikirkan ummah Islam kita. Hakak berusaha jugak. Alhamdulillah boleh ja dapat pointer 3.7++ untuk sem 1. See? Kita boleh bangkit . Hampa yang rasa bodoh gila subjek sains tu boleh amik contoh hakak lah kot, hakak macam hampa ja. Bezanya sama ada kita rasa nak majukan diri kita atau tidak. Itu ja.

Kelas harian... 

Kelas ni terbahagi kepada tiga. Satu kelas tutorial iaitu kelas hampa ngan lecturer buat latihan. Assignment apa semua. Kelas kuliah, duduk dalam dewan kuliah tidur dengar apa lecturer duk ajar. Dewan kuliah kat kmpp ada enam kat kawasan pentadbiran. Dan ada dua dekat BSG (bangunanserba guna) anda ada lagi kot kat makmal *tak pernah masuk . Kelas seterusnya kelas amali. Kelas hampa nak kena buat experiment bagai. Amali ada untuk subjek sains komputer, kimia, bio dan fizik.

Kelas mula pukul 8 pagi dan berakhir pukul 5 petang secara rasminyalah. Tapi ada ja yang kelas habis awal pukul 3 untuk budak akaun. Ada pukul 4. Ada yang lecturer baik sikit dia lepas hampa pukul 6 petang huahuahua. Jangan risau, ada waktu rehat paling banyak 3 jam rehat untuk sehari.


 *time kelas amali. 

Kelas malam....

Untuk pengetahuan hadek-hadek, kmpp ada jugak kelas malam. Tu bergantunglah kat lecturer. Kalau dia rasa nak buat kuliah malam dia suh la hampa mai. Tapi selalunya kelas malam banyak time dah nak dekat exam ataupun lepas dapat result sebab result hampa teruks ka apa ka kena pi kelas malam. Tapi yang result ok pun kena kerah pi kelas malam jugak sebab nak bagi result maintain A lah katakan. 

Waktu berjimba/berseronok/berhaving fun... 

Selama hakak duk matrik, tadak pulak masa specific depa bagi untuk kita berjimba. Tapi jangan risau, kalau hampa bijak hampa pandailah bahagikan masa bila hampa nak enjoy bila time nak beriadah bila nak buat homework. Jangan risau. Hakak cool ja ha ha ha. Hakak ni pemalas jugak buat homework sebenarnya tapi hakak siap jugak hw. Ha cenna tu? Hakak pandai agaklah bila lecturer nak mintak homework tu. Kalau lecturer tu tak garang takyah buat hahaha. Tapi janganlah ikut perangai hakak. Cuma hakak pesan satu ja, jangan lurus sangat. Jangan sampai ishhh kerja tu tak siap ni tak siap. Hampa ni lek dah ah, hidup ni jangan straight sangat. Buatlah jahat sikit. Sikit ja tak banyak pun. Bukannya jahat tu boleh bawak hampa masuk neraka. Jahat yang bukan baik terlampau. Cemana nak cakap tah, entahlah pandai-pandai fikirlah. 

Selalunya yang straight sangat ni girls. Hakak pesanlah kat hampa, jangan straight sangat nanti hampa mulalah stress bagai. Jadi cool cam budak laki. Depa leklu leklu pun pandai jugak. Haa gitu. Tapi jangan lek sangat sampai result pun hancuss. Macam hakak, hakak cari time berjimba dengan tengok movie malam sabtu ka cemtulah. Join aktiviti-aktiviti hujung minggu. Hampa kena join baru best. Orang akan kata haish penat ahh nak kena uruskan event tu event ni. Dak-dak. Seronok weyh percaya cakap hakak. Hakak duk kat kmpp ni dah pernah uruskan macam-macam event and join event. Paling besar event MEMORI dengan Pertandingan Senamrobik. Serious best ! 

Selain tu, hampa bolehla carik jawatan macam Annur Club (ANC) . ANC ni mcm badan dakwah kat kmpp. Brotherhood pun ada. Pkoknya joinnlahhh semua yang boleh sampai hampa tak berdaya haha. (jangan over gila kuasa sangat k)

Outing/Pulang Bermalam...

Outing setiap minggu boleh cuma dependlah kadang ada tak boleh. Kalau dengan parents, setiap minggu boleh keluar outing. Pulang bermalam depend jugak. Btch sebelum ni boleh ja pulang bermalam setiap minggu. Batch kami depa ketatkan sikit. tapi kalau nak balik, buat ja surat bagi kat HEP (Hal Ehwal Pelajar) nanti guard lepaslah. And then kalau HEP tak bagi balik, hakak selalu keluar hari sabtu kononya nak outing ngan parents tapi balik hari Ahad. HUAHUA buat jahat lagiii. Outing pakaian bebas. Laki perempuan tadak asing. Boleh keluar ja. Haish peraturan cemnilah yang buatkan banyak masalah sosial. Huhuhu 


*ni malam bila khamis, berbuka puasa ngan kawan-kawan kelas/praktikum

Ha macam tu. Kami rancang makan ramai-ramai. Ni bukan bulan puasa. Ada ja yang lepastu ada kelas maths. Kelas malam. Boleh ja kami rancang nak makan-makan dulu. Nilah caranya nak berjimba sambil beribadah. Ha cakap pasal kelas/praktikum. Kita akan gabung dengan satu lagi kelas. Macam hakak Modul 2. Kuliah F2. Kelas P7. So F2P7 mostly semua benda akan gabung dengan F2P8. So kami dua-dua praktikum cam satu kelas lah. Kalau kelas 6 mungkin dengan kelas 5 ka ha cemtulah. Nanti hampa fahamlah bila dah masuk.

Lagi hampa nak tau apa? Tadak idea dah nak cerita. Cerita hantu nanti hari Rabu ni hakak cita. Hakak sibuk ni. Still ada kat kmpp sampai Selasa nih. Exam last paper Physics. Wuuu. Doakan Hana ya semua. Nak tanya apa-apa tanya kat ruangan komen. In sha Allah Hana jawab. =>

*astaka padang


 *musim bunga


*f2p7p8

*bilik hakak. Ni nanti hampa masuk takdak cemni nah. Ni hakak hias haha.

NOTIS PEMBERITAHUAN : ni hakak update balik untuk peraturan baru kmpp.  Tarikh akak update ni 9/2/2017 . Mengikut kawan-kawan akak yang still kat kmpp. Depa cakap outing dah asing lelaki perempuan. Pastu nak masuk kena ada sticker bagai la. Jadual pun dah lain sikit sebab waktu rehat dah lebih kepada time tengahari ja ha lebih kurang camtulah. Cafe LV dan Dpongsu pun dah takdak. Akak taktau sangat sebab akak sekarang dah masuk degree dek oi. Apa-apa pun semoga seronok belajar kat KMPP. Dah baca jangan lupa tinggal komen kat chatbox akak takpun like FB PAGE yee.

#penatnyamenaip

1 comment:

Nabila Syifa said...

wahh..syok ya jd budak matrikulasi?