Saya tak rajin untuk menuntut ilmu seperti Saidatina Aisyah, saya tak selembut Saidatina Khadijah, saya tak setaat Saidatina Fatimah . Tapi tak mustahil untuk saya dan ' anda ' cuba untuk jadi seperti mereka. InsyaAllah.| Jangan sesekali kita lupakan Al-Quran, takut nanti Al-Quran lupakan kita, siapa nak tolong kita di akhirat kelak? | Doakan mereka yang sedang berjuang mati-matian di Palestin sanaa, insyaAllah sama-sama kita berdoa. | A true dreamer is the one who will never stop dreaming and works very hard to make their dream comes true...
Monday 2 December 2013

Dugaan : Siapa sangka?

Hyep assalamualaikum !

Alhamdulillah tenang ja petang ni. Im waiting for my sushi from my brother and adik.  Pegi Jusco katanya mereka tuh, jalan kaki pulak. Semata-mata nak beli CD game PS2. Al maklumlah yang sorang baru habis SPM, sorang lagi habis UPSR. :P

Bila kita cakap pasal dugaan. Kita tahu, setiap kesulitan pasti berakhir dengan kebahagiaanbut for now, entahlah kebahagiaan apa yang mungkin Hana kecapi? Cerita ni berlaku pada 29 November 2013. Kami satu family happy sangat sebab mak abah nak pergi Bangi amik abang. Yelah, budak tu dah habis sekolah buat apa lagi duduk lama-lama kat situ. Cadangnya lepas amik abang nak tumpang rumah Pak Teh kat Shah Alam, pastu duduklah dalam 3 hari ke, sempatlah pergi jalan-jalan Keyel. Tup tup tup barang abang banyak gileerrr. Haa amekaw, barang dia tudiaaa, nala punya berat-berat nak habaq mai. Sampai kereta pun jadi berat, tayar pun kempis kat bahagian belakang.

Hana : Abang ni bawak apa? adik pun duduk asrama jugak tadaklah sampai banyak barang macam ni -.-.

Abang : Hang tu duduk mana? Duduk Kedah. Aku ni duduk mana?

Hana : Ada beza ka? 

Abang : Ni buku-buku ni semua aku bawak balik kat hang tau, kalau tak aku ingat nak bakar ja.

Disebabkan itu, kami pun tak jadi nak pergi bercuti. Abah kata berat sangat takut bahaya. Lagipun cenna nak berjalan dengan sempitnya barang-barang abang nih. Kami pun dengan rela hati terima kenyataan untuk balik Penang balik. Choyy. On the way balik, tiba-tiba kat Serdang, kereta bunyi pelik gila, kuat pulak tu. Abah pun pergilah singgah kedai repair kereta. Repairlah dalam dua jam. Rosak bahagian belting kejadah apa tah. Aduyai, ni semua sebab barang abang ka? HOHO. Pastu malam tu dalam pukul 9 tiba-tiba dapat call yang tok bah ( belah abah kat Penang ) meninggal dunia. Hmm, setiap yang hidup pasti akan mati. Sedihnya, hmm. Pastu nak balik tu time lepas ja dari Perhentian Tapah, tiba-tiba kereta berasap pastu abah pun berhentikan kat tepi jalan. Dahla malam -.-. Maigadd, giler kau?? Time tu dah pukul 10.30. Kat highway tu kami berdirilah tunggu bantuan PLUS nak tarik kereta. Kereta rosak balik. Entah cenna orang tu repair tadi. Tak reti repair toksah la buat pandaikan? -.-

Belting tu putus-putus macam ni. Inikah yang dikatakan dah repaired?

Nasib baiklah Mak Ngah duk kat Ipoh ja. Mak Ngah pun amiklah kami duduk ja kat rumah Mak Ngah. Time tu dah pukul 12 dah. Ya Allah, dahla tok bah meninggal. Kereta pulak rosak. Huhu. Pukul 2 pagi kami bertolak ke rumah tok kat Penang belah Pulau. Dugaan Allah, siapa sangka? Nasib baiklah kami tak jadi bercuti, kalau jadilah duduk rumah Pak Teh, mesti tak dapat tengok tok bah sebelum dikebumikan. Allah itu Perancang yang HEBAT. :')

Bye bye sekolah abang. :3 

Macam hantu ja gambar nih, memang asalnya gambar ni gelap dah sebabtu buat terus cenni. :3 / with abang.

#Biar pun berat dugaan yang kita hadapi, bersabarlah. :)

0 comment: