Saya tak rajin untuk menuntut ilmu seperti Saidatina Aisyah, saya tak selembut Saidatina Khadijah, saya tak setaat Saidatina Fatimah . Tapi tak mustahil untuk saya dan ' anda ' cuba untuk jadi seperti mereka. InsyaAllah.| Jangan sesekali kita lupakan Al-Quran, takut nanti Al-Quran lupakan kita, siapa nak tolong kita di akhirat kelak? | Doakan mereka yang sedang berjuang mati-matian di Palestin sanaa, insyaAllah sama-sama kita berdoa. | A true dreamer is the one who will never stop dreaming and works very hard to make their dream comes true...
Monday 12 August 2013

Raya rayaa dua libu tiga belas.

Hyep assalamualaikum !

Haaa, kome semua macam mane rayaaa? Best idok?  Menurut kajian Hana, ok takdakla kajian sangatkan, ramai manusia dalam twitter tweet kata tak berapa best. Tak sama macam dulu. Ini buktinyaaa :

Bukak twitter kome sendiri. :P

Mengapakah ini terjadi? Haaa, meh keme kabor.

Sebab pertama.

Ramai pak cik dan mak cik yang buat-buat lupa nak bagi duit raya. Muehehe. Punyala kita buat senyuman manis semanis serbuk milo tapi langsung tak dilayan. Tupp tupp mak cik dan pak cik pun pergi begitu sahaja tanpa memberikan uwangg. Waduhh. Takpela, redoo jelakan. Janganlah  pulak kome pergi mintak kat mak cik pak cik tu. Haihh, manala tahu diorang tu tengah takde duit, tak berkemampuan, takpun tengah simpan duit nak pegi haji ye dak? Kekeke. :P

Sebab kedua.

Kome semua dah besor besor. Memang takla kalau nak duit raya. Tula siapa suruh membesor macam orang dewasa sangat, tak dapatla duit raya kan kan. Jadilah kecik macam keme ni haaa. Confirm tanpa soalan dah dapat duit. Wee~

Sebab ketiga.

Bebudak sekarang dah tak pandang sanak saudara. Tahu tahu asyik melekat dengan fon jee. *eh terasa. hakhak. Yela dulu siap main sorok-sorok, main bunga api sama-sama. Sekarang ni majority nya duk pegang ipek ipongg . Kans kans. Hakhakhak, ingat wahai sahabat sekalian, setahun sekali je kita nak merasa raya dengan adik beradik jauh jadi abaikan dulu gadget-gadget yang entah apa-apa tu dulu *LOL.


Haaaa, kokenat kokenaaat :3


Adik adik sekalian, sabor yee. Jap lagi kita minum kokenaat shekk . Luls. :3


Kak Long bawak ronda-ronda pada malam hari.


Pengembala biri-biri dan ahli falsafah yang berjaya. Muahaha. :3

#Hw tak siap lagi ><. Btw, Selamat Hari Raya Aidilfitri uolls. Mintak ampun dari hujung kuku kaki hingga kelimumuq di rambut. Kekeke ^^