Saya tak rajin untuk menuntut ilmu seperti Saidatina Aisyah, saya tak selembut Saidatina Khadijah, saya tak setaat Saidatina Fatimah . Tapi tak mustahil untuk saya dan ' anda ' cuba untuk jadi seperti mereka. InsyaAllah.| Jangan sesekali kita lupakan Al-Quran, takut nanti Al-Quran lupakan kita, siapa nak tolong kita di akhirat kelak? | Doakan mereka yang sedang berjuang mati-matian di Palestin sanaa, insyaAllah sama-sama kita berdoa. | A true dreamer is the one who will never stop dreaming and works very hard to make their dream comes true...
Sunday 2 December 2012

Tugas saya kat sekolah?

Hyep assalamualaikum !

Benarku mencintaimu, tapi tak begini... -Anang-

Kali ni Hana terasa nak buat entry yang berkaitan dengan sekolah, al maklumlah Si Ayyan ngan Piroh pun buat entry yang sebut nama sekolah Hana. Ohya sebelum Hana mulakan apa-apa. Hana nak mention nama kawan baru Hana. Say 'hi' to Ariff Assyakirin. =)

Ok, benda first sekali yang kita niat dan kita tahu tugas kita ke sekolah ialah BELAJAR. Am I right? Habistuu kalau uolls pergi sekolah sebenarnya untuk apa? Sebab parents suruh? Sebab nak jumpa kawan-kawan? Sebab nak jumpa bf/gf? Ok cukup. Lain orang lain niat tapi setiap orang mesti pergi sekolah sebab nak/kena belajar kan? :D Selain daripada 'kena' belajar, Hana ke sekolah jugak memegang tugas sebagai seorang pemimpin atau lebih tepat lagi PENGAWAS.

Pengawas? Hana rasa tugas Hana senang ja. Waktu rehat, Hana kena jaga jalan kat depan kiosk ( kiosk ni macam kedai snacks ngan barang-barang cenderamata ). Yea, jaga? Rasanya Hana berdiri depan tu sambil menari-nari sebab boring. Memang takdek keja kat situ sebenarnya. Orang lalu Hana senyum. Hehe. Crush lalu? Ermm, sorry takde crush. LOL. Lepastu kalau kena duty pagi pulak. Jaga budak-budak form five yang perangai macam kanak-kanak ribena gituu. Sungguh penat.-___-


Tugas Hana kat sekolah bukan hanya sebagai seorang pelajar. Hana juga merupakan supplier kepada manusia-manusia yang berjantina perempuan yang bergelar 'terdesak'. Www what is that? Ok, mari saya terangkan. Agak-agak uolls laa kan, kalau girls ni terdesak selalunya terdesak apa? Tak lain tak bukan sanitary pad. Kah kah kah. Terkeluar sudah. Ok, cukup. Kebanyakannya selalu lupa bawak atau tak agak pun bila menstruate dia akan bermula so jadila kejadian 'terdesak'. Hana ni memang suka supply banyak-banyak dalam beg supaya Hana sentiasa selamat. Hana tak tahu laa macam mana ada certain manusia yang tahu Hana ni bawak banyak jadi kadang-kadang pagi-pagi tu kat kelas, adalaa manusia yang berdiri tegak kat depan pintu kelas 3 Dedikasi dan berkata. ' Hana mana Hana ? ' takpun akan ada orang yang cakap ' Tanya Hana. Hana selalu ada ' . Wow, tak sangka Hana sungguh dikenali . LOL. Sampai kakak senior dari blok sebelah pun carik Hana =3 Jadi lepas ni kalau uolls 'terdesak' carilah Hana Shuhada yee tapi sorryla kalau stock habis. Kekeke.


Kat sekolah jugak tugas Hana waktu rehat, kalau Hana takdek duty, Hana akan duduk sebelah honey(Fazira) untuk menunggu sisa makanan diaa. Kekeke. Bila Honey makan, Hana akan tunggu sampai dia habis, tapi dia tak habis makan pun, dia akan bagi makanan tu kat Hana. ' Nah, kami tak lalu ' . Setiap kali perkataan yang sama akan keluar. Hana pun terfikirlakan, honey ni kesian kat Hana ke memang tak lalu nak makan? Entahla. Tapi Hana sukaa. Hehe, jimat duit pergi Paris Makkah. Jadi tugas Hana di sekolah jugak untuk jadi Tukang Makan Sisa Makanan Orang. ^^

Ok, yang paling utama, tugas Hana kat sekolah untuk menggembirakan bini-bini Hana. Weee~ Kalau kat baby(Ezzaty), Hana akan selalu jerit panggil dia. Bieeee ! Bieee baaa biee ! Errkk bunyi semacam dah, kekeke tapi baby tetap menyahut dengan manjanya  ganasnya. ' Apa ??! ' Ok itu baby. Kalau honey(Fazira) pulak. ' Honeyyyyyyy, honeyy tengoklaaa sini kejap ! ' dengan manjanya Hana menyeru honey tapi honey buat derk ja. Buat macam Hana tak wujud sampaila Hana sendiri pergi kat dia -_____-. Pirohh? I mean Zafirah. Hehe, Zafirah Hana dah cerai ngan dia tapi waktu sebelum ni kat sekolah, Hana pergi kelas dia untuk bercerita ja. Hana mesti akan cerita semua yang terjadi kat Hana. She's a good listener. Rasa sayang pulak pergi ceraikan dia. Ohyea, how about Aufa? She's my scandal. Dah dekat setahun scandal ja, tak kawin-kawin pun. Entahlaa bila nak kawin. Nantilaaa. Kekeke.

#Haaa inilah tugas-tugas Hana kat sekolah. Pasal belajar satu ja. Pasal benda lain lagii banyak. Hihi. =)

0 comment: