Saya tak rajin untuk menuntut ilmu seperti Saidatina Aisyah, saya tak selembut Saidatina Khadijah, saya tak setaat Saidatina Fatimah . Tapi tak mustahil untuk saya dan ' anda ' cuba untuk jadi seperti mereka. InsyaAllah.| Jangan sesekali kita lupakan Al-Quran, takut nanti Al-Quran lupakan kita, siapa nak tolong kita di akhirat kelak? | Doakan mereka yang sedang berjuang mati-matian di Palestin sanaa, insyaAllah sama-sama kita berdoa. | A true dreamer is the one who will never stop dreaming and works very hard to make their dream comes true...
Monday 31 December 2012

Dah nak habis?

Hyep assalamualaikum !

Tutup tirai. Jeng jeng jeng.

Tirai apa nak tutup ni? Tirai apa apa apa? Tirai 2012. Sobsob. Agak sedih. 'agak' =.= Sebenarnyaa sedih banyakk. Lepas ni tukar kelas, taktau lagi dapat sama kelas dengan my wives. Awwr. Sungguh sedih. Agak-agak lepas ni mesti susah nak jumpa si bini-bini untuh luahkan perasaan. Err rasanyaa start tahun 2013 Hana akan cuba berubah.

2012-Talkative person. ---> Ubah ubah ubah. Cuba diam sikit Hana. Ingat tak Dinie selalu cakap apa?

'Hana, Hana boleh berhenti cakap dak?'  Oke, Hana akan ubah untuk jadi lebih diam.

2012-Drama queen.---> Yeaa, nak suruh guaa berlakon meh panggil guaa. Memang orang duk cakap Hana ni macam-macam. Yelaa, sikit-sikit ada masalah, ada sajaa. Ingat tak Elya selalu cakap apa?

'Hang ni macam-macamlaa' Oke, Hana akan cuba ubah untuk jadi 'tak macam-macam'.

2012-Perangai macam monyet(bukan Zafirah LOL, ni monyet species lain) ---> Memang, perangai guaa macam monyet yang kojernyaa macam budak-budak jee perangai. Chill laa, nikmati hidup remaja anda sebelum anda meningkat dewasa. Ahaks. Yang ni Hana tak sure nak ubah ke tak, kalau Hana ubah, dah takdelaa gila-gila Hana. Entah mungkin kena ubah jugak. Dah tak boleh men senapang-senapang guna penyapu dengan Daniel. LOL, guaa ja lebih, dia buat taktau kat guaa. -__-

2012-Suka sangat 'suka orang'. ---> Yelaaa kan, sikit-sikit suka orang tu orang ni. Ni sebenarnya men saja-saja ja suka-suka saja syok-syok. Layan perasaan sorang-sorang. Awwr, Hana ingat lagi waktu Hana suka kat budak form 5 sekolah Hana tuu, kah kah kah, sampai selalu stalk diaa macam bod lagi. =P LOL sekali sekala duk menyukaa, bukan orang tu tau pun. Puihh. Lepasni jangan suka sapa-sapa dah Hana oii.


Semua ni dah nak habiss? Semuaa ni kaaa yang nak ubah? Maybe. Tahun baru kenalaa azam baru, kenaa ubah sikap yang negatif ke sikap positif. Yeaa. Dah  nak habis, dah nak habis. 2013 pulak cerita baru, hidup baru, gaya baru. Ahaks. >_< Harap-harap apa yang weoulls semua nak untuk tahun 2013 tercapai, insyaAllah. ;D

#Babaiii 2012 yang penuh dengan kenangan. Im gonna miss you 2012. =')
Wednesday 26 December 2012

Make up?

Hyep assalamualaikum !

I have a wish. *abrakadabraaa* Ting ting ting. *intro sekejap kekeke*

Uolls tahu apa itu make up? Make up secara terperincinya kalau di'translate' kan menggunakan Kamus Cap Ayam ialah buat atas. Yelaa make tu kan buat dan up tu pulak atas. Kekeke. Tolong abaikan kamus ni, sungguh sesat ajarannya. LOL. Make up ni ada banyak jenis. First, make up yang girls selalu pakai tu : ' You kena pakai eye shadow yew, bagi nampak cantik sikit mata you, kena pakai mascara so that bulu mata you panjang melentik gituu awwr, you kena pakai lipstick so that mulut you jadi seksi dan menawan awwr. Ok, cukup. Haa, itu make up yang jugak digelar sebagai alat solek. Paham takk? Haa, maksud make up yang lain pulak macam 'Make up your mind' gituu. Haa yang ni bukan dia suh uolls letak gincu kat kepala yee, ini dah maksud lain dah ni. Hee~


Oke, cukup dengan maksudnyaa. Kali ni Hana nak bincang pasal MAKE UP yang orang Melayu panggil ALAT SOLEK. Hana terfikir nak buat entry ni sebab haritu abang Hana tanya :

'Adik, kenapa tak pakai make up?'

Jeng-jeng-jeng. Hana tak suka pakai make up. Kenapaaaa? Entahlaa sebab menyemak jaa muka I yang natural gitu ahaks. Oke, terlebih sudah guaa. Make up ni memang buatkan muka kita berseri-seri, cantik gituu tapi jangan ingat yang make up ni takdek kesan sampingan tauu. Make up ni ada chemical yang err Im not sure. Mungkin ada orang yang boleh pakai, takdak masalah dengan kulitnya, tapi ada jugak yang tak boleh pakai sebab kalau pakai akan rasa gatal-gatal lepas tu naik pimple awwr. Macam muka Hana, bila Hana pakai make up, jadi gatal-gatal sebab tu Hana tak pakai pun kalau keluar pergi mana-mana.


Ada satu kisah yang buatkan Hana serik nak pakai make up. Al kisahnya terjadi waktu Hana ada lawatan ke Pulau Langkawi when I was twelve. Time tu nak keluar pergi Makam Mahsuri kot, room mate Hana semua jenis yang lawa-lawa and memang pakai make uplaa. Jadi waktu tengah bersiap tu, Hana nampaklaa diorang touch up muka dengan make up. Cun gilaa, jealous pun ada. So I decided to do the same thing. >_< Well, perempuan ni kalau dah ter'jealous' nak kata apa lagii? 

Hana pun buhlaa make up kat muka. Dahlaa memang Hana tak pernah make up pun, tetiba jaa buat pandai nak make up. Lepas dah make up tu, Hana tengok kat cermin, 'Emm nampak macam elok jaa' dengan blurrnya Hana taktau elok ke tak sebenarnya. Hana pun tanyalaa kawan Hana ' Elok tak ?? *senyum kambing* ' Waktu tu dah lambat, jadi diaa pun tengah kelam kabut dan cakap ' Haaa err dah elokk ' Hana pun senyum kambing lagii HEHEHE dengan bahagianya keluar bilik nak pergi berkumpul dengan kengkawan lain.

Dah sampai kat kengkawan lain, Hana pun beratur. Lepas tu time tu Hana duk depan sekali, al maklumlah titew ni pendek. Tiba-tiba cikgu tengok Hana lepas tu buat muka terkejut. Hana pun buat muka terkejut jugaklaa LOL. Lepas tu semua orang gelak sebab cikgu kata kat Hana. ' Ambooooi make up~ ' Wargh semua orang gelak tau tak. Hana pun pelik, kenapa??? Ada yang terlebihka? Lepas tu pergilaa toilet, rupa-rupanyaa macam badut jaa Hana make up. Dasar tak reti pakai make up buat pandaii, amekaw Hanaaa. :P


Sejak kejadian itu, iolls memang serik ahh nak pakai make up. Takmau dahh. Huhuhu. Kalau Hana ada pakai pun mungkin mak Hana yang paksa tapi itu dululaaa sekarang NO. Tapi nanti kahwin kena pakai make up jugakkan.. LOL. Ada jenis muka orang yang cantik pakai make up. Hana suka tengok orang pakai make up, berseri jaa muka. Teringin tu ada tapi sebabkan dah serik jadi taknak. Huhu. Bila tengok barang make up tambah-tambah yang jenama MAC tu, mulaalaa menggedik awwr cantiknyaa tapi menggedik dalam hati jaa. Tak mungkin ku ulangi sejarah itu. Kekeke.

#Eh, bini-bini Hana pun tak pakai make up. =D
Monday 24 December 2012

Keep Walking.

Hyep assalamualaikum !

Lebih kurang sembilan hari lagi nak sekolah ye dak? Hana tanak pergi sekolaah. =/ Ohman !

Oke, tajuk Hana tadak kaitan pun dengan ayat kat atas tu walaupun kat sekolah memang asyik berjalan je kojernye. :P Berbalik kepada tajuk, uolls pernah ada pengalaman pahit tak ? Pengalaman pahit tu something like benda yang jadi kat uolls tanpa gula. Kekeke. Ok cukup merepek. Yela dah nama pun PAHIT. Mestilaa tanpa gula kan? Hana tak suka kopi sebab pahit >_<. Eh, dah terkeluar tajuk pulak. Oih? Pengalaman pahit tu perkara yang terjadi kat uolls dan benda tu sangat-sangat-sangat-sangat hampa tak suka tapi masalah sikit, dah tak suka tak boleh lupa pulak dah. :P

Hana nak cerita, kalau tanak baca ludah kat sinki. Kekeke ayat haritu LOL. Hana tak sure sama ada benda ni pengalaman pahit ataupun cuma pengalaman biasa jaa. Bagi Hana, takdalaa pahit mana benda nih. Kisahnya bermula sewaktu saya masih MUD. Mud? Kejadahnyaa? Bukan lumpur ehh. Mud tu singkatan untuk MUDA. Inilah bahasa singkatan. Keke. Muda tu waktu umur 14 tahun. Hehe, tahun lepaslaa kiranya. Hana ni ahli kelab Sofbol. Jadi dalam bulan Mac tahun lepaslaaa, ada tournament Softball kat Sekolah Abdul Kadiaq. Hana joinlaaa almaklumlah memang kat rumah pun dulu selalu dok main jugak sofbol tapi guna bola tennis. Ehh? Keke.


Hana ingat lagi. Waktu kami bertanding dengan Sekolah Kampung Selamat kot. Hana pun tak pernah tahu yang wujudnya sekolah itu. LOL. Time tu giliran Hana untuk pukul bola. Dengan actionnya lepas pitcher( tukang baling bola) baling bola tu, Hana pun memukul bola itu dengan penuh perasaan. Tett. Tengok-tengok Hana pukul angin ja. Taik betul Pitcher tu tak baling bola tu betul-betul. Lepas tu dia baling lagi sekali, Hana duk diam jaa sebab dia tak reti baling bola jadi Hana dapat lari ke first base dengan freenyaa sampailaa dapat buat home run. LOL. Bukan tu yang Hana nak cerita sebenarnya, nampak beno nak menunjuk. :P

Macam ni, kisah pahitnya bermula bila turn kami yang kena jaga base. Pihak lawan pulak giliran untuk memukul. Jadi Hana ni, yang kecik ni, jaga third base. Boleh tahan jugaklaa first base ni. Kejanya senang ja, bola banyak mai kat Hanaa, Hana kena pass kat catcher. Time tu Hana dapat bola, so Hana cepat-cepat nak bagi kat catcher tapi waktu tu Hana duk kat base catcher. So kaki Hana, Hana letak satu kat base, satu lagi kat bahagian catcher, waktu tu tengah mintak bola kat catcher, TIBA-TIBA Hana jatuh dan kakiku macam ter tergeliatlaa, tapi parah jugak ah bukan tergeliat biasa, kaki Hana macam ter apa orang panggil tu. Terkepak eh? LOL. Dahtu si mak cik pihak lawan tu pulak jatuh kat atas Hana. Pungkoq ayam betoi ' bak kata Zafirah '. Dahlaa kaki guaa terkepak, lu pulak lompat atas guaa dah tu lepas dia bangun bukan nak tolong guaa, dia pegi buat home run terus. Taik-taik-taik. Hana ditinggalkan di situ. Menahan sakit yang tak dapatku bayangkan lagii. Arghh menangis meronta-ronta. LOL terlebih sudah. :P


Lepastu, coach tanya Hana. Sakit tak sambil dia duk tekan kaki Hana. Hana kata SAKITTTT. ='( Pastu dia kata tergeliat biasa jaa nih. Hana pun ' oke '. Lepastu Hana nangis kat Hamizah. ' Mijahhh, sakit wuu ;( ' Hana ingat lagi, Hana tak boleh berjalan, Hamizah yang tolong papah. Tiba-tiba kan waktu duk berjalan keluar padang, nak menuju kat bawah pokok yang teduh, tiba-tiba jaaaa, ada seorang pelajar perempuan menerkam ke arah Hamizah dan memeluk Hamizah. Hamizah pun pergi peluk dia balikk. Hana ni? Jatuhlaaa. Gilaaa taik, dahlaa sakit tak boleh berjalan, jatuh pulak lagi sekali. Depa boleh buat drama depan Hanaa. :P

Budak perempuan tu (merangkap kawan lama Mizah) : Mizahh, dah lama tak jumpa hampaa. *nangis*

Hamizah : *Taktau nama apa dia panggil budak tu* ,, tulaa dah lamaa tak jumpaa. *nangis*

Hana : Woiii, waaaaaaaaaaaaaaa. Sakit woi... *nangis*


Memang ujian gilaa, tengah merana pun ada drama diselitkan. Sungguh awwr. Lepas depa berdrama baru Hamizah sedar kewujudan Hana di situ. LOL. Rupa-rupanya tu kawan lamaa Hamizah yang masuk pertandingan tu jugakk. Haduyai, nak buat drama pun nanti-nantilaa, drama guaa tengah sakit tak habis lagi. :P Kekeke. Lepas tu Hana hanya mampu menonton permainan mereka. Hana duduk di tepi padang dengan muka yang sedih. Dasar sekolah kampung selamat betoi, guaa jugak yang tak selamat. :P Dah-dah tu baru Hana perasan, kaki Hana bengkak gilaaa. Macam kaki apa pun taktau. Besar -___-

Lepas cikgu dah hantar Hana balik rumah, haaa, ayah Hana pun terkezut sebab Hana balik dengan kaki sebesar taktau nak kata. Jadi, esoknya Hana masuk hospitaaal. Wuishh sedih-sedih. Bukan tergeliat biasa rupanya, ligament kaki Hana terkoyak. Awwr -__-. Ligament tu macam tissue laa kot. Kaki Hana bengkak dan berlaku pendarahan dalaman dalam kaki. I tak sangka sampai cenggitu sekali hanya sebab bermain SOFBOL. Hana duk kat Hospital KPJ kat Bandar Perda tuu. Nasib baiklaa kan, syok jaa, hewhew waktu masuk tuu, Hana sorang ja penghuni bilik tu. Bilik tu boleh didiami oleh dua orang patient tapi waktu tu Hana sorang jaa. Hehe. First time duduk hospital.LOL. Rasa macam boss tautakkk. Nak makan pun orang tu bagi  menu, Hana just tick nak makan apaa. Well, kekeke. Lepas tu ada tv pulaks. Hohoho.


Tiga hari ka empat ka lima tah Hana duduk hospital. Hurmm, kaki Hana kena simen. Jadi Hana berjalan pakai tongkat. Memang awwrr gitu. Tapii bestlaa men tongkat tu huhu. Selama Hana kat hospital tu agak meranalaa dengan kaki yang bersimen. ='( Bila nak kena pergi jumpa doktor, nurse tu bawak kerusi rodaa mai. Rasa best jugak naik kerusi roda. LOL. Nak mandi susah, nak jalan susah. Yang paling perit sekali bila kena pergi treatment room tuu. Nurse tu amik ais letak kat kaki bagi bengkak dan darah beku hilang. Sakitt gilaaa bila letak ais. Wuu sobsob nasib baik nurse itu cun. Kekeke. Kat treatment room tu jugak Hana diajar menggunakan tongkat dengan betul. Yelaa, Hana suka hati jaa pakai tongkat tu, ingatkan takda cara-cara nak pakai, rupanya nak pakai tongkat pun kena ada peraturan. Ceyhh. :P

Sebulan setengah Hana tak pergi sekolah. Duduk menghadap tv, menghadap game habbo. Emm agak monyet di situ. Yang teruknya, bila dah boleh bukak simen tu, Hana lupa macam mana nak berjalan. Hoii mana ada orang lupa nak berjalankan? Ingat baby kew? Yelaa serious Hana cakap. Hana taktau macam mana nak berjalan. Bila Hana letak kaki kat lantai, sakit gilaaa rasa macam tapak kaki Hana tu dicucuk beribu-ribu jarum. ='( Hana putus asa. Malas nak berjalan. Tapi ayah Hana selalu pesan suruh practise. Hari-hari Hana cuba berjalan walaupun sakit. Kaki kanan yang sakit huhu. Sampailaa Hana dah boleh. Alhamdulillah. Berkat mencuba dan sentiasa yakin Hana berjaya berjalan balik. =')

#Panjangkan? Huhu. The moral is KEEP WALKING. Kekeke. =D
Saturday 22 December 2012

2012 and the rest of it.

Hyep assalamualaikum !

2012, di mana tahun yang dikatakan berakhirnya duniaa. Muahaha. Gelak sikit? Ceyhh bukan tu yang Hana nak bahaskan. Korang pun tahu tu semua hanya rekaan semata-mata. Kita belajar dalam Islam, kiamat tu berlaku bila-bila masa saja. Mati pun bila-bila masa saja. =)

Oke cukup. Bukan pasal itu Hana nak cerita kat uolls. Hana nak tanya, seronok tak tahun ni? 2012. Mungkin Hana akan dapat macam-macam jawapan, ada yang kata tak. ada yang kata biasa-biasa ja, ada yang kata SERONOK dan orang yang kata seronok tu iolls lew. 2012 tahun yang banyak mengajar Hana macam-macam. Tak percayaaa?


Pertama sekali, waktu Hana masuk ke alam 2012 ni, what's in my mind? Acecey dah macam kat fb status pulak. Hana rasa sangat takut sebab nak PMR. LOL, takotlaa sangatkan :P sedangkan last-last minute baru pulun cheq nak baca itu ini. Sungguh awwr -_- Dahtu tahun ni pulak first time sekolah pagi, waktu form 1 ngan form 2 dulu Hana sekolah petang. Jadi agak 'luar biasa' di situ kerana 'tak biasa' sekolah pagi. Ghuper-ghupernyew sekolah pagi ni beshh and yang Hana tak sabar nak sebut 'Kehidupan Form 3 sangat BEST'. Budak high school, sapa yang nafikan statement ni, titew tumbuk diaaa ! :P

(Hana takdak dalam gambar ni. Jangan carik. Hihi)

Hana nak cerita, taknak baca sudah boleh ludah kat sinki sekarang. Kekeke. Waktu baru masuk kelas 3 Dedikasi, Hana berkepit dengan Dinie jaa. Yelaa, mak cik tu dari form 1 lagi sama kelas dengan Hana, entah memang dah dijodohkan kot kami nih, asyik kelas sama jaa. Menyibukkan mak cik tu, meniru orang. LOL. Lepas tu masuk bulan dua dah mula boleh bergaul dengan kawan-kawan lain. 2012 mengajar Hana berkawan dengan ramai orang termasuk lelaki. Haa, memang susah nak tengok Hana kawan dengan lelaki dulu, kecuali Mudarris tu, masuk ja form 3 Hana ada kawan seperti Daniel si Jiwang, Syahmi si Pendiam, Suriaprakash si Megan Fox dan Arrvind si Otak Maths dan otak perasan. LOL.

(Brandon the happiest guy in the class and Vinisha. Pei Lee and Sabitha the BFF =D. sumber Aisha.)

Hana jugak dah pandai ber'bini' dah sejak masuk form 3 nih. Hana tak berapa ingat cemna Hana lamar depa-depa nih. Mula-mula sekali bini Hana Aida, pastu Zafirah pastu Ezzaty(baby) pastu Fazira(honey). Tapi sayangnya sekarang Hana dah bercerai dengan Aida dan Zafirah. Maknanya baby naik pangkat jadi bini nombor satu, honey naik pangkat jadi bini nombor dua dan Aufa pulak dah jadi bini nombor 3. Kaki perempuan pulak gua nih. Susah senang Hana, depalaa tempat Hana mengadu tempat Hana merengek, tempat Hana menggoda. Tak lupa jugak kat Aisha, my beautiful friend, selalu bagi nasihat kat Hana waktu Hana dilamun 'cinta kambings'. Ish-ish jangan tiru aksi 'cinta kambings' ni. LOL.

(Hana,Zafirah,Honey,Baby. sumber baby)

Tahun ni jugak., buatkan Hana rapat balik dengan Amirah, kawan baik Hana waktu darjah enam. Hewhew. Gila-gila cemtu jugak. =D. Tahun ni jugak, Hana pergi tuisyen Inotek kat Seberang Jaya tuh, ada scandal I yang selalu chit chat ngan I, my Hani aka Izzati Farhani. Hana terfikirlaa kan, waktu tuisyen tu Hana belajar ka bersembang? LOL.

(Cikgu Mas and Faris yang comot. Dinie tengah makan :P.sumber Aisha)

Kat kelas jugak Hana bergila-gila. Nadia yang selalu bila tak paham mai kat tempat Hana ngan Dinie tanya soalan. Hanani pun suka mai kat tempat Hana ngan Dinie dan cakap ' Weyhh, aku tak pahamlaaa' ala-ala mami gitu awwr. Setiap hari cemtu. Kekeke. Faris yang suka buat bising dalam kelas, tanpa dia tak riuhlaa kelas Puan Oh. Cakap pasal Puan Oh, thank you Puan Oh sebab ajar kami semua English. Wuuu. =) Cikgu Maheran pulak, yang selalu buat lawak waktu kelas BM, Ustaz Ghazali ngan Ustaz Azmir yang banyak membantu dalam PAI, Cikgu Elias yang gila-gila gituu LOL, Cikgu Masliana guru kelas yang penyabar dan paham kami anak-anak buah cikgu ni, cikgu Masliana sudi tau balik lambat semata-mata nak ajar Science kat Hana, baby ngan Hanani ( yang lain pemalas nak stayback :P). Cikgu Sa'adiah yang ajar maths bagi sampai kami paham baru masuk tajuk lain!! Oh oh oh, kami ada gelaran kat Cikgu Sa'adiah (SPM) iaitu Syamil Punya Mak. :P Cikgu Hamisah yang ajar Sejarah, sampai beranak uhh lepas beranak pun mai sekolah bagi latihan wuuu. Cikgu err CKC ( Chan Kam Chun ) , cikgu yang entahlaa dia ajar apa selama ni pun Hana taktau. LOL. Cikgu Zulkifli yang ajar seni, yang sentiasa bercerita tentang percutiannya ke luar negara, cerita hantu dan amcam-macam lagi. Haa Hana pernah cabar cikgu Zul ' cikgu, saya cabar cikgu carik calon isteri sampai sekolah bukak balik nanti '. Kekeke.

(Nadia, Zafirah ngan Nani =D)

Tahun ni jugak Hana dapat ayat awwrr daripada Daniel. ' Hang nak tau dak, kalau hang macam ni, sampai bila pun tutttt. Cuba jadi matang ' Ermm mungkin sebab Hana terlalu kebudak-budakan. LOL. tahun ni jugakk Hana rapat ngan sorang kakak form 5 nama Nur Hanna binti Rosni. Kak Hanna yang sentiasa bagi semangat kekeke. Siti Amira, adik form 2 yang selalu hantar chat kat titew. Tahun ni jugak Hana masuk syarahan Agama spontan sampai peringkat Daerah, alhamdulillah. Tahun ni jugak Hana dapat ramai kawaaaaaaaaaaaan. Elya, Huda ngan orang laainnn laa. =D Alif yang banyak gosip dan ajar Hana masak !Intan yang selalu teman Hana makan. :3Kalau nama tak sebut tu jangan la frushh. Huhu.

Tahun ni jugak buat Hana kenal balik kawan lama Hana, Muhammad Akmal. Tahun ni jugak buat Hana kenal dengan blogger lain. Tahun ni jugak buat Hana rapat dengan budak-budak Sains Kepala Batas, Ayyan, Ariff, Sufiyana, Nasir dan lain-lain.
#2012 is everything =') Thank you Allah.
Thursday 20 December 2012

Usah bersedih.

Hyep assalamualaikum !

Alhamdulillah, berkat usahaku yang tak seberapa banyak tu, Allah berikan 'reward' yang sangat sangat sangat bermakna buatku. Seriously, Hana cakap :

'A true dreamer is the one who will never stop dreaming and works very hard to make their dream comes true..'

Siapa cakap angan-angan hanya angan-angan? Angan-angan boleh bertukar menjadi kenyataan if only you work for it. Ingat, Allah itu Maha Adil. If you didn't get things that you've been always wanted now, It doesn't mean you'll never get it. Allah tu sayang semua hamba-hambanya. Ar-Rahman Allah tu tak kira islam atau tidak, Allah kasi jaa semua. Mungkin kita dapat apa yang kita inginkan itu suatu hari nanti. Ingat, jika bukan sekarang, di akhirat kelak pasti kita dapat apa yang kita inginkan. Hikmah Allah itu benar. =)


Siapa cakap fairy tale yang penuh dengan angan-angan tu hanya layak untuk budak-budak. Disebabkan fairy tale la, Hana selalu berangan dan tak pernah berhenti sehingga berjaya. Walaupun air mata kadang-kadang jatuh kerana apa yang diinginkan tak dapat, tapi Allah tak pernah berhenti memberikan apa yang terbaik untuk kita. 

To all my friends yang got 8A's in PMR, Hana ucapkan TAHNIAH. Ingat, dah berjaya tu teruskan dan asah lagi kejayaan kita, jangan sesekali lupa Allah yang sentiasa bersama kita. Kepada kawan-kawan Hana yang tak berjaya dapatkan straight A, it's not the end of the world. SPM masih ada dan jangan sesekali menyesal, kerana kalau kita menyesal, rugilah usaha kita selama ni, hargailaa usaha kita walaupun rezeki kita bukan sekarang. Trust me, Allah akan gantikan dengan lebih baik suatu hari nanti. Tahniah sebab korang tak pernah berhenti berusaha. =')


Honey, Zafirah, Aufa, Baby, Zati, Aida, Ariff, Nasir, Nani, Aisha, Su, Luqman, Daniel, Syahmi dan lain-lain, kejayaan sedang menunggu korang suatu hari nanti. Kejarlaa ia, jangan biarkan tali kejayaan itu terlepas begitu sahaja. Ayyan, Aqilah, Dinie, Amirah, Mizah, Elya, Fatin,Aina, Akmal, Syud dan lain-lain, top upkan kejayaan korang, jangan biarkan tali yang uolls dah pegang terlepas. (sorry kalau ada nama yang tertinggal)

#Perjalanan kita masih panjang, ayuh teruskan perjuangan kita. Niat semata-semata kerana Allah S.W.T.=')
Monday 17 December 2012

Beza kita dengan orang lain.

Hyep assalamualaikum !

Result PMR- 2 DAYS ...

Orang selalu cakap kat kita. ' Tak payah dok tengok orang lain, tengok diri sendiri tu. ' Ada jugak orang cakap. ' Jadi diri sendiri, buat apa nak jadi orang lain? ' For me, apa yang dikatakan tu semua ada benarnya, tetapi tak semestinya yang benar itu tak salah. I mean, setiap benda yang kita benarkan sometimes ada salahnya except apa yang Allah kata benar tu benarlaa memang tak dinafikan lagi. What Im trying to say is, Hana tak sokong sangat ayat-ayat yang Hana pink kan tu.

Hana nak tanya. Adakah setiap perbuatan yang kita lakukan itu benar? Adakah setiap perkara yang kita dah lalui itu cukup sempurna untuk dicontohi oleh orang lain? NO. Ini bermakna, kita ini tidak sempurna. Bila tak sempurna, apa perlu kita buat? BERUBAH. Yes for sure, we will change ourself to be a better person, change to have a better life. Dengan sapa kita nak mintak tolong untuk berubah? Pastinya kita carik orang yang lebih baik daripada kita dan nak tiru cara orang tu supaya kita dapat berubah menjadi lebih baik sama macam orang tu. Tak semestinya kalau kita meniru, kita salah, meniru kadang kala merupakan suatu perkara yang baik tapi kalau meniru waktu exam tu dah mintak dosa tu. :P

Jangan takut untuk berubah. Bila berubah, bukan bermaksud kita tak jadi diri sendiri. ;)

Ok, kejap-kejap. Kenapa Hana tulis cenggini. Ade motif takk? Yes for sure ada reason Hana berkata-kata. Beza kita dengan orang lain? Uolls perasan tak? Orang yang Hana maksudkan Hana tak tahu sapa tapi ini berdasarkan my own research. :D Bila kawan kita cerita kat kita apa diorang buat, mungkin kebaikan yang diorang buat saja nak cerita and takda niat pun nak riak. Apa reaksi kita??

Si Nyet nyet : Saya buat kelas tuisyen kat adik-adik saya harini. :D

Si Nyot-nyot : Amboii, dah cukup hebat laa tu? :P

Si Nyit-nyit : Wah, bagus kau nyet-nyet, bukan senang nak carik orang yang suka berkongsi ilmu zaman sekarang. teruskan usaha kau ya nyet nyet. :D

Nampak tak? Kebanyakannya antara kita sekarang seperti Si Nyot-nyot yang lebih suka perli kawan orang lain termasuklah Hana nih. Haa, Hana akan cuba ubah, same goes to korang, kita kena ubah cara kita supaya orang senang berkawan dengan kita. =)

Seterusnya, bila ada orang berjaya. Ada sajaa orang yang dengki. Kenapa? Boleh buat pepatah nih. Di mana ada kejayaan, di situ ada dengki. Kekeke. Bila orang lain berjaya, sepatutnya kita kena tumpang gembira, bukannya kita mengumpat kat belakang cakap itu ini. Beza tak kita dengan orang? :o


Last sekali, apa bezanya kita dengan orang? Bila orang lain pandai, expert benda itu ini. Apa tindakan kita?

Si Nyet-nyet : Aku berjaya dapat 8A dalam PMR .:D

Si Nyit-nyit : Aku tak berjaya, tapi tak mengapa, aku akan terus berusaha untuk mencapai kejayaan suatu hari nanti dan pasti lebih baik daripada kau. :D

Si Nyot-nyot : Aku tak berjaya. Aku tak pandai nak buat camana lagi, dah tak pandai, tak pandai laaa. =/

Nampak takk? Kita berada di tahap mana? Sepatutnya kalau orang lain lebih sikit, kita kena ada semangat dan azam untuk jadi lebih daripada orang tu. Itulah namanya orang yang suka mencari ilmu. Wahh, tak teringin ka nak jadi orang yang bersungguh-sungguh ni? Of course laaa nakkan. Hana pun berbeza dengan orang lain. Tapi, tak mustahil untuk kita ubah sekarang. Nilaa maksud Hana, kita boleh tiru orang yang lebih baik daripada kita. Takkan kalau kita lembab selama-lamanya nak jadi lembab?

#Tepuk kepala tanya mulut. Hana pun akan cuba berubah. Kekeke. :)
Sunday 16 December 2012

Saya letak CBOX.

Hyep assalamualaikum !

Puaskah kau lukaiku.. -WaliBand-

Eh, eh, titew letak CBOX laa kat blog titew. Awwr jelas ke'perak'kannya di situ. Perasan tak wahai kengkawan Hana yang berhati mulia ini, sebelum ni blog Hana tak wujud pun itu kotak kecil-kecil itu yang uolls suka tinggalkan jejak macam ' Titew singgah shiniw. Awwr ' takpun ' Titew dah follow datangla blog titew. Awwr '. Ok, terlebih sudah guaa. Sebenarnya Hana ja yang pergi blog orang tinggal jejak cemtu, hoho saja buat syokk. =3

Hana baru letak selepas sorang kakak blogger yang comel loteh ni tanya soalan. :P


Kekeke. Yelaa kak, Hana dah letak pun. Hehe. Sebenarnya, sebelum ni Hana pernah dah letak kotak kecil itu, tapi disebabkan ramai sangat omputeh yang datang tinggalkan jejak kat blog Hana dan majoritynya diorang ni meniaga. LOL. ' Hye, blogwalking here, visit mine too =D ' Hana rasa diorang ni bukan paham pun kejadah apa yang hana merepek dalam blog ni sebab Hana berbahasa Melayu. Nampak benor diorang datang tinggal link ja kat CBOX dan berlalu pergi. Keke, Hana mengharapkan pembaca dan pembaca tu meninggalkan jejak kat CBOX tu so Hana tahu dia ni pernah singgah, bolehlaa Hana baca blog orang tu jugak tapi kebanyakannya yelaa macam Hana cakap omputeh jee datang. :P

Jadi kalau korang singgah blog Hana, ingat ingat ingat dan ingat, jangan lupa tinggal jejak, sebab Hana ni jenis murah hati gilak, asal orang datang ja blog Hana, Hana follow blog diorang walaupun diorang tak follow blog Hana. Weee~ Murah hatilaa sangat. Puihh.

#Hana dah letak CBOX, Hana harap ada kengkawan datang tinggal jejak yee. ;D
Friday 14 December 2012

Persoalan kepada mimpi.

Hyep assalamualaikum !

Lepas ni no more facebook, twitter and ask.fm. But why? Maaf, saya takda jawapan untuk itu. Wallahualam. =)

Ok, back to the point. Mimpi ? Bila sebut ja mimpi, orang kata mimpi ni ' mainan tidur '. Tidur pun ada mainan ke? Ada jugak yang pernah cakap bahawa mimpi ni ' mainan syaitan '. Kejadahnya lagi teruk jawapan ni, saya lebih rela memilih jawapan pertama. LOL. Overall apa yang Hana boleh describe about ' mimpi ' ni ialah imaginasi kita waktu kita tidur. Ada jugak manusia yang cakap mimpi ni berlakunya apabila roh kita keluar berlegar-legar ke masa depan. Awwr, secara kesimpulannya, iolls tak dapat nak bagitau 100 percent maksud mimpi.

Ok, cukup. Sebenarnya entry kali ni bukan Hana nak jadi tukang tafsir mimpi uolls tapi Hana nak cerita mimpi yang paling kerap I ever had in my life. Jeng jeng jeng. Hana rasa uolls pun mesti pernah mimpi jugak benda nih, mimpi apaa? JATUH BANGUNAN. Tak kira laa bangunan kecik ke besor ke, tapi Hana rasa mesti antara hampa yang baca ni pernah alami mimpi ni. Bagi yang tak pernah, bentuk mimpi dia cenggini. Kita tengah syok tidur, tiba-tiba terjatuh bangunan. Awwr, something like that laa. Mimpi ni memang bagi orang terkejut gilaa sebabnya bila kita dah jatuh bangunan tu, secara automatiknya kita akan terbangun daripada tidur ataupun badan kita macam err macam terkejutlaa LOL. Mengikut apa yang Hana baca dalam google, mimpi jatuh ni sebab nak jumpa jodoh ataupun nak berkahwin tak lama lagi. Macam penipu jaa tafsiran tu. Ok, abaikan tafsiran tuttt itu.


Seterusnyaa mimpi yang Hana pernah dapat jugak dalam tiga kali, I think so. Mimpi berlakunya HARI KIAMAT. Sounds weirdkan? Yealaa, mana boleh orang imagine hari kiamat tu because kejadian tu kita sendiri tak tahu macam mana keadaan bila tibanya hari kiamat tu. Tapi, kita kan tahu dan dapat bayangkan sikit-sikit apa yang berlaku nanti macam cerita omputeh buat tuu ' The day after tomorrow ngan 2012 '. Kalau pernah tengok cerita tu maknanya korang dapat bayangkan laa sikit-sikit tapi cerita tu pembohong jaa, hero ngan heroin selamat pulak sedangkan hari kiamat mana ada orang selamatkan :P. Persoalannya kenapa kita mimpi cemni ?? Maybe ini something like petunjuk Allah supaya kita bertaubat. Mungkin Hana ada mimpi tu sebab Hana pernah leka dengan duniaa. MasyaAllah, mimpi cenggini memang menakutkan, bagi yang dah pernah rasa tahulaaa macam mana. Kekeke.


Furthermore, acecey english pulaks. LOL. Mimpi HANTU. Pernah mimpi tak hantuu? Yelaa mimpi kena kejar hantu ka apa ka. Tapi mimpi hantu ni Hana selalu mimpi Hana berlawan dengan hantu tu. Hoho. Entah macam-macam surah keluar waktu berlawan ngan hantu tu, *acecey dah macam pak ustaz yang expert uh. Hana pun taktau surah apa -__-. Lepastu bila dah mimpi hantu tu terbangun tidur mesti jadi takut. Keke. Tengok kiri kanan. Macam apaa lagii. Mulalaa duk ingat yang hantu tindih laa apalaa. Cakap pasal hantu tindih ni, pernah alami tak? Kadang-kadang ianya bukan hantu tindih kita tapi boleh jadii jugak kita mengalami ' sleep paralysis '. Amendee uh? Benda ni macam lumpuh seketika. Yea, like thatlaaa. Kalau nak tahu lebih lanjut bukak wikipedia. =3


Selain itu, mimpi BENDA YANG SELALU KITA FIKIR. Apa niii? Alaa, mimpi kengkawan laa, mimpi result PMR laa err, mimpi awekss laa and etc. Haaa, sebut pasal mimpi result PMR, orang kata kalau mimpi result teruk dapat result baik. Maksudnyaa kat sini bila kita mimpi apa-apa, in real life benda ni akan jadi opposite. Awwr. Maknanya, budak form 3 tolong mimpi result teruks baru dapat 8A cemtu arh? LOL. Takdaalaa. Karut. Huhu.

Kesimpulannya, mimpi ni mengandungi berbagai-bagai bentuk. Orang kata kadang-kadang kalau kita buat solat isthikarah contohnyaa, jawapan kepada solat kita tuu boleh dapat melalui mimpi. Haa tu Hana taktau. Tanya orang yang lebih arif soal benda-benda ni. Hee~

#Panjang pulak cerita pasal mimpi ni. Awwr =3

Thursday 13 December 2012

Takut nak ke sekolah.

Hyep assalamualaikum !

Cinta terhalang oleh monyet tuaa... o.O -Unknown-

Pejam celik pejam celik dah nak sekolah dahlaa. Wuuu. Mesti ramai yang seronok especially budak darjah enam yang nak masuk tingkatan satu. Yelaa, bebudak nih tak pernah alami lagi 'alam sekolah menengah'. Sebenarnya takdek beza pun alam sekolah rendah ngan sekolah menengah ni. Bagi Hana, samaa ja cuma yang bezanya alam sekolah menengah ni punyaa pelajaran makin lama makin susah. :o

Ok, sebenarnya cheq bukan nak cerita pasal alam-alam kejadah ni. Cheq nak habaqq mai yang cheq takuiit nak pi sekolah. LOL eja takut pun dah jadi semacam jaa. -__-

First thing, yang membuatkan fikiranku buntu sesangat nih. BUKU LOG PUTERI ISLAM. Hana tak buat lagi.-__- Masalahnya, yang Hana tak buat lagi ni tahap PUTERI BONGSU punyaa.'  Sungguh nak mampuss dah nak masuk form 4 tak buat-buat lagii. ' Eeee, tunggu kejap. Sebelum nak cakap apa-apa dengar dulu penjelasan saya, Hana bukan unit beruniform Puteri Islam pun sebenarnya. Baru masuk jaa waktu form 3 ni. Dulu Hana unit beruniform silat. Awwr silat. -__- Macam taik ja, tak buat apa pun kelab silat, sebab tu yang Hana masuk Puteri Islam. Orang lain dah ada dah sijil Puteri Bongsu. Cheqq ni budak baru lagi, blurr gila waktu masuk. Kena buat tu, buat ni. Last-last satu habuk pun tak buat sampailaa PMR. Dahsyaaat.


Masih terngiang-ngiang suara Puan MariaLiza yang garang bangeet itu :

Cikgu ML : Saya nak siapa yang tak siap lagi buku log puteri bongsu, hantar sebelum PMR. Saya malulaa nak jawab dengan pengetua kalau pengetua tanya kenapa dah sampai form 4 pun tahap bongsu pun tak lepas lagii.

Hana : *kblurran melanda* OMG OMG OMG. :o 

Ermm humm, ni bukan sebelum PMR, dah cuti dah pun tak hantar-hantar pun. Mati gua. -_-

Benda kedua yang Hana takuiiit. Buku Biasiswa tak hantar. Cikgu Zarina suh hantar buku biasiswa tu sbeelum cuti tapi disebabkan parents Hana yang sibuk yang tadak masak nak pergi update buku tu kat bank, sampai sekarang buku tu masihku simpan rapi. Habis, memang matilaa bukak sekolah nanti, confirm kena dengar cikgu membebel. Nak nangis arhh. ;(

Apa yang Hana nak cakap kat sini, Hana taknak pergi sekolah -___- Menakutkannyeee. Awwr. Hana harap dapat tukar sekolah sebelum jumpa cikgu-cikgu yang 'menakutkanyeee' itu. Sekian.

#Hana pun takut jugak erm hummm nothing. -__-
Sunday 9 December 2012

Cara biri-biri hilangkan stress.

Hyep assalamualaikum !

Kau janjikan bahagia, namun kauhantui dengan gurauan berbisa..-FL-

Sorry ehh lama tak update. Idea tu dah ada cuma 'kerajinan' menghilang. Haa, uolls perasan tak blog archive Hana tinggal sikit. Hana dah delete kisah-kisah lama Hana. LOL, abaikan. Haa lagi satu, Hana siap letak lagu lagi dalam blog takut uolls boring baca entry pemalas Hana nih. Weee~

Cuba tengok tajuk entry Hana. Stylee tak? Kekeke. Ok, cara biri-biri hilangkan stress ni merujuk kepada macam mana Hana menghilangkan stress. Kalau korang memang nak tahu macam mana iolls hilangkan stress, jom baca=)

'Tips ini mengandungi unsur merepeks banyak.'


Paling kerap sekali benda yang Hana selalu buat kalau stress, Hana akan makan banyak-banyak. Haaa, ini memang dah menjadi kebiasaan buat uolls kan especially girls. Asal stress ja makan. Asal makan ja stress. Okay. Hana syorkan korang makan benda yang 'sedap'. Sebab makanan yang sedap ni mengikut kajian Hana Shuhada Bt. Sarizat pelajar High School Bukit Mertajam yang baru lepas PMR dan masih menunggu keputusan PMR tersebut. Ok, cukup. Mengikut kajian iolls, kalau korang makan makanan sedap, korang akan rasa puas sangat dan dapat hilangkan segala masalah yang membuatkan fikiran korang seperti 'monyet'.  Jap, jangan makan sekali suap ja, makan banyak-banyak sampai rasa puas baru berhenti.Wee~ Sebelum tu, Hana nak ingatkan, jangan salahkan Hana kalau berat badan uolls naik yaa. Jangan saman Hana, Hana cuma bagitau ja apa yang Hana selalu buat. :P


Selain itu, bila Hana ada masalah yang membuatkan Hana stress, erm, ada ka masalah yang tak buatkan korang stress? LOL, abaikan. Hana akan masuk bilik->kunci pintu bilik->naik atas katil->amik fon->pasang lagu sedih->menangis. ^_^ Menangis laa sampai Hana rasa puas. Tapi ingat, kalau uolls nak ikut tips Hana nih, jangan menangis macam orang gila sambil mempersoalkan ujian Allah. No no no. Hana nangis sebab Hana dengar lagu tuu sedih bukan sebab ujian yang Hana terima. Lagipun, kalau kita diberikan ujian tu tandanya Allah sayang kita, jadi buat apa nak menangis, we should be happy for that ! :3

Seterusnya, Hana akan tengok cermin. Cakap sorang-sorang. Cakap jelaa apa pun yang korang rasa nak cakap. LOL. Tapi jangan sampai korang perasan yang korang cantik sedunia. Kekeke. Tapi, yang paling baik sekali cara untuk korang buat bile tengok cermin ialah berdoa.

'Ya Allah, jadikanlah aku seorang yang mempunyai akhlak yang mulia sama seperti wajahku yang cukup baik yang telah engkau kurniakan.'

Yakinlah pada diri kita. Monyet pun suka muka dia, kita ni macam mana? Kekeke.


 Last sekali, haaa ni yang harus Hana tekankan. Baca Al-Quran, dengar zikir, berzikir and etc. Cara-cara nilah yang paling terbaik sebenarnyaa berbanding cara-cara yang Hana listkan kat atas tadi. Ingat Allah sentiasa, insyaAllah hati kita akan sentiasa tenang. Doalaa apa pun, jangan berhenti doa, sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. :3

#Apa-apapun, jangan stress sangat. Hidup kita bukan untuk STRESS. Hana pun akan didik diri Hana pegang kata-kata ini. =D
Tuesday 4 December 2012

Bahagianyaa pendek =)

Hyep assalamualaikum !

Dengar laraku, suara hati ini memanggil namamu, karena separuh aku, dirimu... -Noah-

Eh, pendekk? Sensitifnya perkataan tu. Mintak maaflaa kalau ada yang terasa, tapi Hana pun pendekk jadi Hana terasalaa jugak sekarang.LOL. Sekarang Hana nak tanya, kepada uolls yang pendek ok jap, macam kasar sangatkan guna perkataan tu? Iolls tukarlaa bagi korang tak terasa sangat. Kekeke. Ok, bagi yang kecik-kecik tu, suka tak korang kecik? Bahagia tak? TAKK. Eh, kenapa jawab tak? Korang tak suka ka pemberian Tuhan, haaa haaa ayokk cepat buat solat taubat :P Ok, cukup merepek.


Hana nak cerita kat uolls. Bahagianyaa jadi pendek. Tak percaya? Korang baca apa yang Hana cuba sampaikan dan lepas baca, buat renungan refleksi diri. First of all, orang yang pendek ni comel tahu tak? Ok,  Im not saying that I ni comel, well ermm no no no. Tolonglaa jangan salah faham. Hana tengah memuji orang lain bukan Hana. Got it? Bila korang kecik, okay, look? Nama pun kecik, of courselaa comel sebab kecik tu maknanya comel. Tak kisahlaa muka korang tak secomel monyet biri-biri Hana pun tapi disebabkan korang kecik, orang akan kata korang comel. Trust me. Kekeke. ;D *Hana bukan puji diri sendiri.

Seterusnya, orang pendek kecik ni akan sentiasa nampak MUDA. Ok, lagi sekali Hana ulang, MUDA. Kekeke. Pergilaa mana-mana event ka especially waktu kenduri sedara mare ke, kotlaa adaa mak sedare belah tok angkat bapak korang ka yang dah lamaa korang tak jumpa. Mesti korang akan akan dapat perbualan cenggini :

Mak sedare belah tok angkat bapak lu : Eh, eh, eh, dah besor ghupernyee yee kome. Darjah berapa?

Si kecik comel yang innocent : *Dalam hati-> Darjah?! Kejadahnyer gua dah besar laa* Erm.. Hihi titew dah                   tingkatan laaa mak cik. :3

Mak sedare belah tok angkat bapak lu : Ohh iyerker, kenape kecik bebeno. Mak cik ingat darjah. :P

Ok, atas ni lakonan semata-mata. Jangan terasa melebih-lebih. Okay, nampak kan situasinya kat sini? I jamin hundred percent tak tipu , orang akan nampak korang muda. Ini bermakna, besor nanti, walaupun sebenarnya umur korang dah menjangkau usia 'warga emas', orang takkan perasan, confirm orang ingat korang masih 'warga gangsa' (ermm warga gangsa ni macam umur 30 something, rekaan Hana). Tak tipu mehh, tak pakai jamu dara pun takpa still awet muda LOL.


Kecik atau pendekk? Dapat jimat duit. Kalau uolls masuk mana-mana tempat yang mengenakan bayaran seperti Theme Park, Muzium, Taman Biri-biri *ok, akan wujud 10 tahun lagi, Hana punya taman. Semua tempat ni, orang yang jaga duit tu, bukannya tengok betul-betul pun. Korang tipuu jaa, bukan diorang mintak IC. Hana ni banyak kali ditipu menipu. Actually, bukan Hana tapi ayah Hana. Kekeke. Bila masuk Theme Park contohnya, Hana dikira sebagai kanak-kanak. Wee~ Titew kana-kanakla. Yey, yey, yey, titew kanak-kanak. Titew kanak-kanak. Ok, cukup. Agak terasalaa sebab digelar kanak-kanak tapi I don't mind asalkan jimat duit. Hehehe.^^

Last sekali. Uolls tak payah risau pasangan uolls pendek ke tinggi sebab uolls memang pendek. Hak hak hak. Terasanya :3. Ok. Yelaa kan dah memang kalau kita kecik, pasangan kita tinggi ka pendek ka takda bezanya. Tapi tak elokla kalau si makwe lagi tinggi daripada pakwe. Nampak awwr gitu -,-. Maksud Hana, kalau perempuan pendek takpelaa lelaki dia tinggi. Hehehe, apa Hana merapu. Alaa, korang dah besor, fikir sendiri laa. ;D


Ingaat, apa yang Allah bagi tu terima jaa. Hana pun dulu suka komen macam-macam tapi Hana sedar, semua ni pemberian Allah jugakkan? Ada yang kurang upaya pun tak pernah nak frust lebih-lebih macam kita. So, jangan disebabkan kita pendek sampai nak kena bunuh diri. Tak maluka nanti orang tanya ' kenapa arwah bunuh diri ? ' . Pastu kawan kita pun menjawab dengan bangganya ' dia bunuh diri sebab pendek.'. Orang tu pun jawab ' MasyaAllah. Arwah ni dulu baik orangnya ' LOL. Kejadahnya? Yelaa, baiklaa sangat sebab pendek ja nak bunuh diri. Kekeke.

#Hana dapat idea nak buat entry ni daripada Nasir. Thank you Mr. ^^
Sunday 2 December 2012

Tugas saya kat sekolah?

Hyep assalamualaikum !

Benarku mencintaimu, tapi tak begini... -Anang-

Kali ni Hana terasa nak buat entry yang berkaitan dengan sekolah, al maklumlah Si Ayyan ngan Piroh pun buat entry yang sebut nama sekolah Hana. Ohya sebelum Hana mulakan apa-apa. Hana nak mention nama kawan baru Hana. Say 'hi' to Ariff Assyakirin. =)

Ok, benda first sekali yang kita niat dan kita tahu tugas kita ke sekolah ialah BELAJAR. Am I right? Habistuu kalau uolls pergi sekolah sebenarnya untuk apa? Sebab parents suruh? Sebab nak jumpa kawan-kawan? Sebab nak jumpa bf/gf? Ok cukup. Lain orang lain niat tapi setiap orang mesti pergi sekolah sebab nak/kena belajar kan? :D Selain daripada 'kena' belajar, Hana ke sekolah jugak memegang tugas sebagai seorang pemimpin atau lebih tepat lagi PENGAWAS.

Pengawas? Hana rasa tugas Hana senang ja. Waktu rehat, Hana kena jaga jalan kat depan kiosk ( kiosk ni macam kedai snacks ngan barang-barang cenderamata ). Yea, jaga? Rasanya Hana berdiri depan tu sambil menari-nari sebab boring. Memang takdek keja kat situ sebenarnya. Orang lalu Hana senyum. Hehe. Crush lalu? Ermm, sorry takde crush. LOL. Lepastu kalau kena duty pagi pulak. Jaga budak-budak form five yang perangai macam kanak-kanak ribena gituu. Sungguh penat.-___-


Tugas Hana kat sekolah bukan hanya sebagai seorang pelajar. Hana juga merupakan supplier kepada manusia-manusia yang berjantina perempuan yang bergelar 'terdesak'. Www what is that? Ok, mari saya terangkan. Agak-agak uolls laa kan, kalau girls ni terdesak selalunya terdesak apa? Tak lain tak bukan sanitary pad. Kah kah kah. Terkeluar sudah. Ok, cukup. Kebanyakannya selalu lupa bawak atau tak agak pun bila menstruate dia akan bermula so jadila kejadian 'terdesak'. Hana ni memang suka supply banyak-banyak dalam beg supaya Hana sentiasa selamat. Hana tak tahu laa macam mana ada certain manusia yang tahu Hana ni bawak banyak jadi kadang-kadang pagi-pagi tu kat kelas, adalaa manusia yang berdiri tegak kat depan pintu kelas 3 Dedikasi dan berkata. ' Hana mana Hana ? ' takpun akan ada orang yang cakap ' Tanya Hana. Hana selalu ada ' . Wow, tak sangka Hana sungguh dikenali . LOL. Sampai kakak senior dari blok sebelah pun carik Hana =3 Jadi lepas ni kalau uolls 'terdesak' carilah Hana Shuhada yee tapi sorryla kalau stock habis. Kekeke.


Kat sekolah jugak tugas Hana waktu rehat, kalau Hana takdek duty, Hana akan duduk sebelah honey(Fazira) untuk menunggu sisa makanan diaa. Kekeke. Bila Honey makan, Hana akan tunggu sampai dia habis, tapi dia tak habis makan pun, dia akan bagi makanan tu kat Hana. ' Nah, kami tak lalu ' . Setiap kali perkataan yang sama akan keluar. Hana pun terfikirlakan, honey ni kesian kat Hana ke memang tak lalu nak makan? Entahla. Tapi Hana sukaa. Hehe, jimat duit pergi Paris Makkah. Jadi tugas Hana di sekolah jugak untuk jadi Tukang Makan Sisa Makanan Orang. ^^

Ok, yang paling utama, tugas Hana kat sekolah untuk menggembirakan bini-bini Hana. Weee~ Kalau kat baby(Ezzaty), Hana akan selalu jerit panggil dia. Bieeee ! Bieee baaa biee ! Errkk bunyi semacam dah, kekeke tapi baby tetap menyahut dengan manjanya  ganasnya. ' Apa ??! ' Ok itu baby. Kalau honey(Fazira) pulak. ' Honeyyyyyyy, honeyy tengoklaaa sini kejap ! ' dengan manjanya Hana menyeru honey tapi honey buat derk ja. Buat macam Hana tak wujud sampaila Hana sendiri pergi kat dia -_____-. Pirohh? I mean Zafirah. Hehe, Zafirah Hana dah cerai ngan dia tapi waktu sebelum ni kat sekolah, Hana pergi kelas dia untuk bercerita ja. Hana mesti akan cerita semua yang terjadi kat Hana. She's a good listener. Rasa sayang pulak pergi ceraikan dia. Ohyea, how about Aufa? She's my scandal. Dah dekat setahun scandal ja, tak kawin-kawin pun. Entahlaa bila nak kawin. Nantilaaa. Kekeke.

#Haaa inilah tugas-tugas Hana kat sekolah. Pasal belajar satu ja. Pasal benda lain lagii banyak. Hihi. =)