Saya tak rajin untuk menuntut ilmu seperti Saidatina Aisyah, saya tak selembut Saidatina Khadijah, saya tak setaat Saidatina Fatimah . Tapi tak mustahil untuk saya dan ' anda ' cuba untuk jadi seperti mereka. InsyaAllah.| Jangan sesekali kita lupakan Al-Quran, takut nanti Al-Quran lupakan kita, siapa nak tolong kita di akhirat kelak? | Doakan mereka yang sedang berjuang mati-matian di Palestin sanaa, insyaAllah sama-sama kita berdoa. | A true dreamer is the one who will never stop dreaming and works very hard to make their dream comes true...
Wednesday 28 November 2012

Tidur awal?

Hyep assalamualaikum !

I won't have nothing if I didn't have you..-Monster Inc-

Ok, ok setelah sekian lama ku bersedih . Kini tibanya waktu untuk ku bersemadi bangun kembali ! Yeah ! Hidup ni perlu diteruskan. Rileks, rileks bak kata Zafirah ^^. Ok cukup. Harini Hana nak khabor kat uolls sikit pasal perubahan jadual tidur Hana. Ehh? Ade jugak? Takdelaa, I mean selalunya since cuti ni suka sangat tidur lambat, dekat 3.30 pagi pun ada. 'Woi, lambatnyaa' Elehh, jangan buat teruklaa, Hana tahula korang tidur lagi lewatkan? Kekeke.

So I decided or dah memang buat dah pun untuk tidur awal. Yea, yea ! But why? Uolls boleh nampak banyak kebaikannya tidur awal tahu?


Kalau uolls tidur awal tak kira la paling lewat pun pukul 12 tengah malam tu kira cukupla jugak dalam 6 jam.  Kita selalu dinasihatkan tidur berapa jam? Lapan, tujuh? Yea lebih kurang cenggitu laa. Tapi abang Hana cakap dia buat research emm entah kat mana, katanya kita tidur empat jam sehari pun dah memadai. Itu kata dia dan 'research' dia tu, korang jangan ikut. Tidur empat jam? Nak mati ka? Mungkin esoknya korang tak bermaya and bangun lewat sampai ke tengahari. Nak belajar pun susah macam dalam gambar kat atas. This is not good. No no no. Pastikan tidur uolls mencukupi sebab tidur yang mencukupi ni dapat mempercepatkan proses tumbesaran uolls. Haa, suka sangat tidur lambat-lambat nanti terbantut pulak. Kalau macam Hana ni ermm Hana tak tahula terbantut ke apa atau memang cenggini ? Ok cukup andaian itu. -___-



Jyeah, korang sayang mata takk? SAYANG !! Wow, bagus-bagus nampak semangat gitu bila menjawab tapi hakikatnya betul ke uolls sayang mata nih? Kalau sayang mata kenapa tidur lewat? Kenapa seharian menghadap laptop? Ini tidak bagus *ala-ala doktor yang tengah berceramah. Uolls tahu tak screen gadget yang selalu uolls tengok ni macam entah Hana pun tak tahu tapi as far as I know, dia macam ada chemical la yang boleh merosakkan mata. Ok, jangan percaya sangat apa Hana cuba nak sampaikan ni, actually Hana bodoh-bodoh hentam jee cuma Hana pernah baca boleh dapat cancer. Kekeke.

Ohya, kalau mata uolls rosak tak ke menyusahkan parents nak kena beli spek mata kat uolls. Merana tau pakai spek *mengikut kajian gua jee. Bagi yang dah pakai spek tu takpelaa nak buat macam mana benda dah jadi, ni haa yang tak pakai spek lagi jangan gatal-gatal nak buat bagi diri merana. Ingat tauu, spek tu dekat RM500 pun ada. Kalau setiap bulan spek uolls rosak, agak-agak kat mana nak angkut duit? Baik jimat duit pergi Paris Makkah.


Selain itu*dah bunyi karangan BM. Awwr rindu cikgu Maheran. Sobsob. Ok cukup berdrama. Kalau uolls tidur awal, keesokan paginya confirm uolls senang nak bangun awal-awal pagi. Senang nak bangun solat Subuh. Takdela macam Mumia jalan tutup mata sambil angkat dua-dua belah tangah sampai terlanggar dinding. Okay, terlebih sudah gua.

Lagi satu, kalau uolls bangun awal-awal pagi takdela kena bebel kan? Yela, cuba kalau terbangun lewat, mesti mak uolls bebel especially for girls, takkan kot mak uolls suka uolls bangun lewat. Semestinya takk. Same goes to me. Uhuk2.


Awwr omeynye baby tuu winnie the pooh. Ok, cukuplah Hana membebel panjang, Hana sendiri tengah practice tidur awal. Dah okay dah practice slow-slow ni tapi entahlaa semalam chat ngan ramai kawan sampai tertidur pukul 1 pagi. Sangat tidak bagus. Tolong jangan ikut. Kekeke.

#Ohyaa, tahniah kat kak Hanna ku and kak Amanina kerana dah habis SPM ! Lepas ni kawin pulak kan. Kekeke.
Friday 16 November 2012

Pulau Langkawi-Part Four.

Hyep assalamualaikum !

That's when I, I look at youuu. *intro.

Okay, setelah sekian lama Hana merehatkan minda *acecey rehatkan minda konon, buat macam tension apa jaa. Kekeke. Pagi tu, pagi 5 November 2012, Hana bangun dari tidur dan nampak honey tengah iron baju. Lepas tuu, siap-siap la then kemas barang-barang semua. Macam biasa lepas kemas barang dalam pukul 8 pagi pergi sarapan. Haaa, kat sini punya sarapan Hana boleh komen SEDAAP. Saya sukaa dan saya paling suka itu dadih eh dadih ka puding? Apa-apa jelaa yang penting sedap. HEE.

Lepas dah makan apa semua weoulls pun check out dan menuju ke tempat cable car. Awwr, baibai resort yang  ada kolam mandi yang beshh. Hewhew.

Kabus kat atas bukit. Awwr, Hana tak sure weoulls ada atas bukit or gunung. (sumber Honey)

Titi gantung ni weoulls tak dapat naik sebab kabus tebal sangat. Sedihlaa. Panjang dan tinggi tahu ! Teringin sangat nak naik dah macam orang mengandung yang mengidam dah. HUHU nak buat macam mana takdir telah tertulis yang iolls tak berpeluang nak naik. *hehe takdir pulakk sangkut.

Tinggi wuu. Huda sampai pucat. HAHA. Hana suka ! Hihi. (sumber Honey)

Hana dengan Aufa kat top station. Hihi. Aufa tak habis-habis suruh Hana buat bentuk love. I wonder why ? O.o (sumber Aufa)

Haa, lepas tu weoulls pun pergi ke Dataran Helang dan menuju ke jeti and then balik rumah. Kekeke.

Jangan lupa tengok video Hana nih. Barula rasa kenikmatannyaaa. Ehh? *apa-apa jelaa. 

#Hana suka trip ni. Mengeratkan silaturrahim. Thank you uolls  ! ;)
Tuesday 13 November 2012

Pulau Langkawi-Part Three

Hyep assalamualaikum !

Ku terima satu notaa, dari mu yang tertulis 'Aku Suka Kamu'. Awrrr. Intro je ;)

Okay, izinkan saya mengcontinuekan entry saya yee. Opps, uolls dah baca ka entry sebelum nih? Nah baca SINI. Lepas weoulls shopping batik kat Kedai Batik tu, weoulls pun pusing2x roundabout. Pusing roundabout? Haha , sounds weird tapi bende ni memang betol keyh. Mesti korang tengah nganga sekarang kan? K, tutup mulut korang. Buruk tahu. Biar Hana explain. Lepas dari Kedai Batik tu, cikgu pun tak buat keputusan lagii nak menuju ke mana sebab actually jadual weoulls waktu tu menuju ke tempat Cable Car tapi disebabkan cuaca yang tak mengizinkan jadi cikgu BUNTU. So, sambil cikgu tengah berfikir tuu driver bas pun pusingla roundabout banyak kali sebab tak tahu nak menuju ke mana. Ok, seriously memang lawak. HAHA. Bila Hana fikir balik macam cerita Mr. Bean pulakk. ^^

Fikir punya fikir cikgu pun bawak weoulls ke Idaman Suri. Haa, kat sini memang tempat idaman wanita yang suka buang duit bershopping. HAHA, lain macam je nada 'buang duit' tuu. Kekeke. Kat sini tempat pinggan mangkuk, cadar and many more untuk wanita yang macam emak-emak gitu membeli-belah. Memang murahhh. Im not lying and buat drama indon, kali ni memang Hana jujur gilaa. MURAH ! =)

Lai lai lai  , balang mulah * Huda dan barang-barang kat Idaman Suri. (sumber Elya ).

Lepas tu weoulls pergi ke kedai pink entah kedai apa sebab waktu ni dah malam. Hana cuma nampak warna bangunan dia pink. Cikgu bawak weoulls ke sini sebab aduan Hana. Kekeke. Haritu kan chocolate Hana tertinggal dalam peti ais so Hana pun buatla aduan kat cikgu kata chocolate hilang wuu nak yang baru. HAHA. Dek kerana kebaikan cikgu , Hana dapat beli Toblerone lagii. Hihi. Haaa, dalam kedai ni ada berlaku sedikit pergaduhan ketidakpuasan hati. Waktu Hana ngan kengkawan jalan-jalan dalam kedai tu cari chocolate Hershey tiba-tiba kami dituduh menjatuhkan chocolates yang dalam bekas putih tuu. Actually weoulls pun pelik sebab weoulls baru je masuk kedai tu tiba-tiba nampak chocolates berterabur kat atas lantai. Tak pasal-pasal muka yang baik dan suci ini *ok perasan dituduh buat jahat gitu. 

Hana sangat tidak setuju dengan si kakak tua yang jaga kedai tu. Dia yang menuduh weoulls jatuhkan chocolates tu. Suka hatii jaa menuduh. Ramai yang tak puas hati tahuu? So, ada yang bersuara :

Nadia Amin : Kalau tak percaya tengokla CCTV.

Syazana (Ana) : Kami lalu jaa kot, tiba-tiba dah berterabur.

Hana :Im innocent. LOL

Ok, waktu dah nak keluar kedai tuu. Hana memang tak puas hati dengan customer service yang si kakak tua tu servicekan *err semacam ja bahasa. Boleh pulak kakak tu jeling-jeling kat kami. Inikah service yang korang bagi kat customer. Hello , Hana rasa kan si kakak tua tu tak belajar kot etika berniaga. Let me tell you, customer ni macam RAJA tahu? Apa pun yang customer buat kita kena sentiasa tersenyum dan sediakan khidmat yang sebaik mungkin dan semaksima seboleh-bolehnya dapat puaskan hati customer ada pahamm? (Dah nada boss marah dah ni. Kekeke)

Kolam mandi kat Twin Peaks Resort. Resort weoulls stay. (sumber Google)

Okay, malam tuu lepas makan weoulls dibenarkan mandi kolam ! Fuyooo malam-malam mandi kolam uolls. Sangaaat best. Nasib baik malam, bolehlaa Hana mandi jugakk. Tak payah pakai stoking pun takpaa, ala malam, berendam dalam kolam pun orang takkan nampak kaki, sekali gus aurat masih dapat dijaga dengan sempurna. Alhamdulillah. =) The best thing that I like the most is waktu Hana berdrama dengan Hamizah dalam kolam . Hihi. Hana kan kaki drama haha. Hana kacau Hamizah dengan drama Titanic.

Jake and Rose waktu diorang dah tenggelam dalam air. Waktu Jack berendam dalam  laut tu and Rose terbaring kat atas papan kot. So sweet. Hana suka suka part nih. 

Drama Hana dengan Hamizah (actually Hamizah tak suka Hana dok kacau dia tapi Hana kacau jugak!) :

Hana : *tarik pelampung Hamizah*

Hamizah : Hanaaaa, janganlaa kacau kami ! Kami nak belajar berenang.

Hana : Rose , rose, help me Rose. 

Hamizah : Apaa ni Hana.. 

Hana : Rose, promise me that you will marry and have many grandchildren..

Hamizah : Eh, betolka Jack cakap macam tu kat Rose?

Hana : Ishh, betol laaa . Wekkk.

Kekekeke. Hana suka drama Hana walaupun Hamizah tak relaaa. Hehe. Lepas mandi tu dalam pukul 10 malam weoulls pun balik bilik masing-masing. Hana kongsi katil dengan Aufa, =)

#Haaa, panjangkan? Hihihi. Hana harap uolls suka. Nantikan part seterusnya !
Friday 9 November 2012

Pulau Langkawi-Part Two

Hyep assalamualaikum !

Pagi yang gelap kini sudah terang, aku adikmu dan engkau abang, aku amat merindui kamuuu. Hehe okay saja buat kata alu-aluan yang spesial special sikit. =)

Okay, sekarang dah masuk part two Hana bercerita kan kan? Kalau tak baca lagi part one korang scroll ke bawah takpun tekan SINI. Ok, pada pagi yang tenang 4 November 2012 tersebut lebih kurang pukul 6 kot. Hana dan Zafirah pun bangun setelah nyenyak tidur. Ermm, Im not sure whether Zaf seronok ke tidakk tidur sebab bangun2x jaa tengok dia duk berselimut macam pocong. Awrr pocong -,-. Alaaah, biasa la tidur dekat hotel confirm jadi ice cream ice. Okay, lepas tu macam yang dijadualkan, pukul 8 pagi breakfast so weoulls pun turun ke lobby hotel untuk menjamu selera.

Okay, breakfast-breakfast . Action je lebih ni, Hana bukan minum pun teh pagi-pagi. Haha, kalau rasa nak membuang pagi-pagi uolls minumlah teh. ^^

Ok, Hana sebagai pelanggan ataupun customer hotel ni, Hana ada hak kan nak komen tentang masakan pagi hotel ni kan kan? Berdasarkan lidah saya mengatakan bahawa (acecey action sungguh) , bihun yang Hana makan tu tak berapa nak rasa keenakkannye.. Rasa macam kurang garamla (hehehe, buat macam chef terkenal yang duk komen masakan orang tuu) . Hey, Im serious ! Bukan senang tau nak dengar Hana komen bab-bab makanan ni sebab Hana ni jenis yang bila orang tanya sedap takk? Hana akan jawab semua sedap. Jadi, kalau Hana komen memang sahla tak sedap. Kekekeke.

Lepas makan-makan semua weoulls pun packed barang-barang and then terus menuju ke Kilim Geoforest Park.


Gambar-gambar yang kat Geoforest ni Hana yang amik yee sebab memang dah set dalam mind nak share ngan uolls. Hihi. Kat sini, weoulls dibawa untuk menikmati udara yang segar, tengok pemandangan yang indah and apa yang menarik kat sini ialah batu-batu yang pelik. Okay apa yang peliknya? Meh nak khabor. Uolls tahu tak Langkawi ni banyak kisah pelik-pelik kan? Antara yang famous dan tipula kalau uolls tak tahu ialah kisah Mahsuri kena bunuh keluar darah putih tu. Awwrr, setakat apa yang Hana belajar selama Hana hidup di dunia yang Allah cipta ni, darah warna merahkan? So, kat situ kita boleh tahu dah yang kisah tu memang pelik. Nak tahu kebenarannya? Pegi amik pinjam alat doremon kalau nak kembali ke masa dahulu. Hihi.

Selain itu *acecey dah nada buat karangan BM pulak hehe, kisah Mat Cincang and Mat Raya. Jangan cakap uolls dah lupa, bende ni kita dah belajar waktu darjah berapa Im not sure. Kisah ni ada dalam buku teks. Kalau memang uolls tak tahu tu maknanya dulu cikgu korang tak pakai buku teks laaa tu. Haa, apa kisah ni sebenarnya? Ok, if Im not mistaken, Hana rasala dulu Hana ada baca, diorang ni disumpah menjadi gunung sebab diorang gaduh. Haaa, Hana tak tahula kenapa orang dulu-dulu kalau gaduh memang kena sumpah ke? Hihi, abaikan, sebab tak masuk exam pun.^^ 

Ok, panjang giler Hana bercerita kat hampa ehh. Dah serupa Tourist Guide derr. Tadi Hana ada cakap batu yang pelikkan? 

Jeng-jeng. Black Indian beb ! Inilah batu yang menyerupai Black Indian dari tepi. Tak nampak? Hey ! Tinggikan imaginasi sikit, jangan set dalam mind yang bende ni batu jaa. Kalau macam tu sampai bila-bila tak nampak bentuk Black Indian. Haishh.^^

Haa, ini namanya Pulau Kasut. Ade rupa kasut ke? Tengok betol-betol. Memang ada. Kalau abang boat tu bawak weoulls pergi dekat lagik dapatla uolls tengok dengan jelas, huh, tapi si abang boat tu tak peramah. Hewhew. 

And then lepastu, weoulls masuk gua kelawar. Kat sini, satu kelawar pun iolls tak nampak. Hai la kelawar, sampai hati tak tonjolkan diri kau ye kelawar, kesian kite tak dapat nengok. Lepas dah habis semua, weoulls pun pergi ke Galeria Perdana. Haaa, kat sini kalau uolls nak tahu, temat ni macam ala-ala muzium atau lebih tepat, tempat hadiah-hadiah Tun Mahathir dapat disimpan di sini. Erkk, disimpan ke ditayang? Whatever, yang pastinya, apa yang Hana dapat lihat semua hadiah tu cantik-cantik and majority nya hadiah tersebut berbentuk pasu hiasan. Bagi sesiapa yang suka tengok2x hiasan-hiasan yang cantiks cenggini, bolehla datang-datang melawat yee. Hana tak amik gambar pun sebab kalau nak bawak masuk camera kena bayar RM2. Ceyhh, lebih baik beli eskrem daripada membazir. Kekeke.

Then lepastu weoulls pergi tempat minyak gamat. Eh actually Hana tak sure weoulls pergi Galeria Perdana dulu ka pergi tempat minyak gamat ni. Ermm, takpela asalkan Hana cerita jugak. Hehe. Tempat minyak gamat ni bukan kilang tapi macam kedai jee. Kat sini adela Hana beli Bedak Sejuk, Losen Gamat dengan Sabun Aloevera. Haaa, kenapa Hana tak beli minyak gamat? Hoho, punya banyak kat rumah minyak gamat tersimpan buat apa nak beli lagi ??? 

Lepas tu weoulls pergi singgah pulak kat Kedai Kain Batik. Hewhew, Hana tak beli pun sebab Hana tak pakai dan mak Hana pulak tak suka kain batik Langkawi, katanya sebab kainnya kasar dan gatal-gatal. Awwr boleh pulak cenggitu? O.o Okay, keluar je dari kedai batik tu tetiba ramai kawan-kawan berkerumun kat satu meja ni. Kat meja tu penuh pinggang-pinggan dan kat tengah pinggan tu ada gambar manusia. Manusia mana pulak? Weoulls punya gambarla. Sorang-sorang dia amik candid. Hey ! Candid der, buruk gila muka Hana. Macam berok. -,- 

Cantik tersusun. -,- Dahla sepuluh ringgit satu pinggan. Baik simpan duit untuk topup. Awrr

#Eh, sedar tak sedar macam panjang pulak Hana taip entry kali ni. Okayla, nanti Hana sambung lagi yee.
Wednesday 7 November 2012

Pulau Langkawi-Part One

Hyep assalamualaikum !

Setelah sekian lama berdiam diri kini ku kembali.. Hoho. Ha, haritu Hana cerita kat korang yang Hana ada trip ke Langkawi kan? Haa, ni meh keme nak khabor perjalanan weoulls kat sana. Ok, memang best. Nampak tak perkataan BEST di situ? So, jangan buat pertanyaan 'best tak?' lagik sebab Hana dah jawab soalan korang. Hihihi. Ok, sebelum Hana memulakan apa-apa, nak cerita kat korang ni macam mana eh? Buat formal ka tak nih? Hmmm, lantokler Hana tulis je la macam mana pun asalkan uolls paham =)

Pada suatu hari Ok, Sabtu yang lepas iaitu pada 3 November 2012. Awwr weoulls beberapa orang budak form 3 High School BM sebanyak 30 orang KOT dan semuanya girls join trip ke Langkawi tu. Haaa, kekadang orang yang dah biasa ulang alik ke Langkawi macam Aufa mungkin rasa Langkawi tu dah macam kampung sendiri tapi masih ramai antara kita yang tak pernah ooo pergi Langkawi. Jangan memain, hehe. Ok. Sebelum apa-apa meh Hana buat sinopsis sikit. Uolls tahu kan nama Langkawi tu hasil daripada gabungan apa? Lang-Burung helang. Kawi- Batu kawi. As far as I know laaa. Hihi.

Okay, first of all weoulls berhenti kat satu tempat ni. Jeng jeng jeng. R & R Gurun. Hehe. Kat situ adela kitorang makan Nasi Lemak yang cikgu bagi. Awwr terharu baiknya cikgu. Hehe memang keje cikgu pun nak bagi kitorang makan -,-.

Huda, Honey ngan saya kat R&R Gurun. =) (sumber Elya)

Okay dalam sejam kemudian weoulls pun sampai la Jeti Kuala Perlis. Haa, gila badak ramai manusia kat situ. Hana pun tak tahula kenapa manusia-manusia tu tak pergi bercuti waktu school holiday nanti. Huhu. Kat situ baru Hana perasan bukan sekolah weoulls je yang buat trip rupanya banyak lagik sekolah-sekolah lain baik menengah mahu pun rendah. Acecey berBM pulak kat sini. Ok, disebabkan lama menunggu Hana pun bukak la novel 'A Girl Named Disaster' yang boring tu. Hoho, dah dekat dua bulan tak habis lagi baca. Memang teruk. -,-

Ok, pastu ferry pun sampai dalam pukul 12. 15 . Alhamdulillah lega giler waktu tu. Dalam ferry tak buat apa pun, tidur dan tidur itu keje Hana. Sesampai ja kat Langkawi weoulls pun dibawa oleh seorang tourist guide ni iaitu Pak cik Nizam kot if Im not mistaken. 

Check in hotel nih. =) (sumber Nadia Amin)

Ok, kalau korang perasan lah kan, gambar-gambar yang Hana selit ni semua gambar orang lainkan? Haa, meh cek nak habaq mai, Hana tak tangkap gambar kali ni punya trip dan Hana tak jadi photographer pun kali ni. Kekeke. Hana buat video je kali ni. Saja syok, lagipun ramai dah yang amik gambor sebab tu I decided nak buat rakaman je, lain daripada lain. ;D

Lepas weoulls check in, siapkan diri apa semua. Weoulls berjalan kaki ke Haji Ismail Group's shop untuk shopping. Weoulls beruntung sangat sebab hotel betul-betul kat Pekan and dekat pulak dengan kedai si haji ni. Dah memang dijamin halal chocolates yang ada dalam kedai ni sebab pemiliknya pun orang Islam tambah ade haji pulak kan. =)

Haji Ismail Group. (sumber waney)

Hana shopping chocolate je kat sini. Hihi. (sumber waney)

Okay lepas tu, Hana, Aufa , Zafirah and ZO balik dulu hotel nak letak chocolate baru weoulls ronda pekan. Awwr, nasib baikla hotel dekat je. Ha, kat depan hotel weoulls ade pasar malam tau. Memang beruntung sangat kami =)

(sumber Elya)

Malam tu weoulls jalan-jalan kat pasar malam. Wew, memang syokk. Rasa bebas sangat. Terasa macam pelajar U pun ada. Hak hak. Then, lebih kurang pukul 10 weoulls masuk bilik masing-masing. Ohya, actually satu bilik 3 orang tapi disebabkan Aida nak join dengan geng dia tinggallah Hana ngan Zafirah ja bermalam bersama. Awwrr, lain macam je bunyi but apa-apa pun memeng selesa stay dalam hotel Baron ni. Jadi kalau sesapa yang nak bercuti kat Langkawi bulan 12 ni pakat maila serbu Baron. Haha, promote pulak. Tapi peti ais dan telefon dalam bilik kitorang tak berfungsi. Sedihh -,-

Ohya, lupa pulak Hana nak khabor. Uolls tahu tak? Hana ngan Zafirah tertinggal chocolate Toblerone dalam peti ais hotel Baron nih. Hari kedua tu baru kitorang teringat pasal chocolate tu. Entahlaa macam mana boleh terlupa sedangkan chocolate lain boleh ingat. Lagipun Toblerone tu diletakkan dalam freezer jadi benda tu tertutup sebab tu la yang tak ingat langsung. Hmm tula, peti ais tak boleh pakai tapi gatal tangan jugak letak dalam peti ais. Awwr whatever. 

#Okay, penat menaip. Hoho. Ni baru first day tauuu dah panjang lebar. Hoho. ^_^